Nuffnang BH

Dec 10, 2014

Pengalaman Shopping online di Nile.. Seronok

As  Salam.

Semalam kegembiraan terpancar bila selesai shopping online dekat Nile. Ini semua salah blogger-blogger yang kemain promote tak ingat. Ini bukanlah entry yang dibayar. Ni free review untuk kemudahan orang lain yang takut-takut nak beli secara online. Semakin tua ni semakin kurang masa nak shopping kat kedai.

Dah la harga murah, service pon tip top. Arini aku beli dalam tengah hari camtu.. esok pagi sudah terima bungkusan. Sekarang Nile tengah buat promo, free postage dengan syarat minimum pembelian RM 45. Kalau tak silap la. Itu kena check semula. Total 4 baju dan sehelai skirt ialah RM125.49. yeah sangat gembira. Murah kan. Mampu milik la kiranya. 


Bagi aku yang size agak gempal dan bonjol sana sini seharusnya memangla tinggi rasa insecure nak beli online. Takut terlebih panjang paling takut tak muat or sangat ketat. Dah la kurang ketinggian. Tapi dek kerana terpesona aku terus hilang takut. Tips dia aku selalu beli kalau blouse la, aku beli size up sket size model pakai. So untuk kali ni aku beli semua size L. Alhamdulillah malam tadi fitting. Semua menarik kecuali blous pink, Nampak sedikit lemak benjolan. So tunggu kurus la baru pakai. Eh..

Chiffon Cotton Blouse- Khakis - RM 29.90. Paling aku suka sebab butang and material dia. 
Chiffon Long Skirt- Black - RM 22.90 - skirt tebal and sangat selesa
Lace Sleeve Chiffon Blouse- Green - RM 31.90 - Lace dia cantik and again tebal 
Long Sleeve Stylish Blouse - RM 21.80 - dia agak pendek tapi sebab suka gambar dia beli jugak
Simple and Plain Cotton Blouse- Rose - RM 18.99 - yang ni memang kosong. simple sgt and agak ketat bagi aku. tapi sebab mengidam lama dah so beli jugak. 

Itu saja kot nka share kali ni. Shopping adalah terapi tapi kena bijak membeli. Semoga membantu. 

No comments: