Nuffnang BH

Dec 15, 2014

Pasal Anak.. Ikhwan Hafeez

As Salam

Sibuk sekarang dengan cuti dan aktiviti akhir tahun. Patutnya akhir tahun lagi slow la activity ni lagi banyak aku kena ready sebab activity tahun hadapan macam tak menyempat nak buat. Itu semangat namanya. Setelah sekian lama aku jarang-jarang update pasal anak kat blog. Tak ada sebab khusus Cuma aku memang dah setkan dalam minda hal anak suami aku lagi prefer menulis email dan send to them. Aku memang create email untuk suami dan anak. Bila tiba masa nanti aku bagi la. Sweet tak? Ok puji angkat bakul.

Untuk perkembangan Ikhwan yang dah masuk tiga tahun. Rasanya banyak benda dia dah belajar. Dulu suka warna hijau sekarang suka warna biru. Semua nak warna biru. Tak nak ben10 sebab kartun tu warna hijau. Oh anak. Dia dah pandai menstructure kan ayat. Ayat lebih dari 4 perkataan dia boleh construct atau lebih tepat dia kuat bebel. Macam aku.

Peel setiap pagi, addicted nak makan makanan tambahan yang aku bagi setiap hari. Celik mata mintak ‘ubat’. Makanan Sunnah Qaseh Junior. Alhamdulillah membesar dengan bijaknya anak aku. In sha Allah. Sekarang melatih dia untuk bebas pampers. Agak lambat kalau compare dengan anak orang lain. Tapi sorry la aku tak sokong compare2 ni. Kelak binasa perasaan sendiri. masih bersabar. Cuba jadi mama terbaik untuk anak sendiri.

kuaci memang favourite.. aku la jadi tukang kupas

ni dia main jual-jual

nak jadi photographer kot one day..