Nuffnang BH

Dec 22, 2014

Manjakan diri dekat GossipRoom7 ... massage

As salam.

Meh nak cerita tempat best yang boleh melegakan stress dan menyedapkan badan. Masa cuti hari Sultan Selangor lepas, aku telah membuat perancangan strategic dengan niat nak memanjakan diri dengan berurut. Dah lama follow satu ig ni yang betul-betul dekat dengan area rumah aku. Belakang je. Dekat Dataran wangsa Melawati KL. Nama dia GossipRoom. So if nak follow kat Instagram nama dia gossiproom7.

Dia offer banyak service macam ManiPedi+Facial+Waxing+Boutique+Cafe+Makeup+Massage. 
Yang aku baru cuba which is massage la. Sebab dia buat offer 15% discount so lagi bersemangat. Macam aku, sebagai new customer aku lebih suka test product yg ada discount dulu.. then satisfied baru la kurang kisahnya nak bayar harga penuh. If tak best tak ada lah rasa rugi teringat-ingat sampai masuk dalam mimpi. Lol. So teruskan niat suci murni buat neck, back and shoulder massage for 1 hour.

Memang dasar aku tak suka lambat untuk appointment so masa datang memang dia baru bukak. Kira first customer. Since staff yang nak urut aku tu pukul 11.30 baru nak start urut so dia makan la dulu. Kang nak urut kena ada energy.

So bermula la urut mengurut. Yang urut aku namanya anis. Muda lagi orangnya. Cara urut pon not bad. Serasi dengan aku. Nak tahu serasi tak serasi bila lepas urut patutnya ada perubahan la rasa dekat badan. Macam sebelum ni pernah urut kat tempat lain. Segar tu segar badan tapi macam tak lama sangat la. Alhamdulillah badan tak ada lebam yang teruk. Sakit badan amat minimum.

Overall sangat puas hati, start dari nak buat appointment, layanan staff dan lain-lain amat berbaloi nak manjakan diri. Nanti boleh datang lagi.
 
masuk2 akan ada tempat untuk relax boleh makan-makan sambil tunggu turn

untuk pedicure 
customer yang tengah buat manicure.. mani and pedi berdepan je
pastu kat hujung ada sofa tempat jual2 accessories and baju2 
ni dalam bilik untuk berurut.. kecik tapi selesa la.. ok
pilih la nk warna apa
cantik pulak warna dia.. 
after discount tak sampai rm50 untuk urut sejam..



No comments: