Nuffnang BH

Dec 22, 2014

Dinner kat Aroma Ikan Bakar jeram

As Salam. 

Oleh sebab aku ni memang penggemar makanan laut, udang terutamanya so memang kemaruk nak pergi makan tempat sedap tapi tak mau jauh-jauh. Pastu sibuk google banyak la good review pasal Aroma Ikan Bakar Jeram Selangor. Aku orang KL so nak pergi sini so memang ikut Highway LATAR sajalah. Akan lalu la cendol bakar tapi tak singgah sebab semangat nak makan seafood lagi tinggi.

Sebelum ni dah makan seafood and ikan bakar kat Umbai Melaka. So expectation aku haruslah Aroma at same par atau lagi sedap. Pukul 4 dari rumah, jalan agak jem then sampai sana dalam pukul 5:45 petang. Sebelum pergi dua hari sebelum aku dah call untuk booking. Kawan office bagi tips kalau nak book, sila call petang. So far aku book ada je orang jawab.

Bestnya sampai awal kita boleh rebut tempat duduk kat pondok buloh. Betul-betul dekat dengan pantai.  Ada dua size, satu kecik sesuai untuk 6 orang kebawah and satu lagi yg more than 12 people la. Rezeki aku dapat duduk tapi kena charge RM10 sebab duduk situ.

Meja tempat duduk memang luas. Agak ber section. So siapa yang walk in kalau tak kisah duduk kat mana saja so boleh la cuba nasib. Datang terus. Perasan jugak ada la dalam 5 family bermuka hampa sebab nak duduk tepi pantai tapi satu section tu telah di reserved untuk event dinner.
Tempat solat agak kecik and bilik air super luas. Nak solat maghrib la agak mencabar. Tapi overall bersih. Kitchen and tempat basuhan pinggan mangkuk bersih. If bawak anak kecil pon selesa la.

Overall:

Food: sedap kena tekak aku.food yang tak habis boleh bungkus bawak balik boleh amik plastic bungkus yang disediakan. Tapi layan diri la.

Menu malam tu:
Siakap stim – Rm 42.24 (yg ni aku rasa mahal, ikan agak besar so sedapkan hati ok la kot)
Ketam masak cili – RM 30.38 (untuk tiga ekor gemuk2).. baru sedar ketam 10 inggit sekor.. oh mai
Udang size A (butter prawn – RM 18.90 (5 ekor)
Kerang bakar – (kerang gemuk – RM 6)
1 jug jus tembikai – (jug kecik – RM 15.. pekat tapi mahal woi)
Cendawan goreng – (cendawan masak tiram – RM 4)
Nasi puteh – (2 pinggan – RM 2.40)

Kebersihan: tak terserempak dengan kejadian atau benda-benda yang kotor so aku cukup puas hati.

Harga: bila compare dengan Melaka. Melaka lagi murah and puas hati.


saung 6 kena bayar rm10
xde la banyak sangat pilihan laut dia.. ok la dari tak ada



budak kecik ni paling gembira








air tu rm15 ok 



kami duduk kat second layer..



rugi je order sayur..
bungkus
saja nk tunjuk aku orang pertama call untuk book wkakakka



muka confuse hahahha

ermm tanya diri sendiri mahal ke tidak? ni campur duduk kat saung

No comments: