Nuffnang BH

Nov 26, 2014

Syurga sebelum syurga sebenarnya dan hidup lebih hidup dari kehidupan sebenarnya


Gelak-gelak jugak tapi aku sedang memendam rasa. 
Rasa kecewa. 
Rasa tidak kesampaian. 
Dan rasa kesusahan. 

Aku berada dalam situasi mencari kekuatan. 
Kekuatan mengatakan salah itu salah walau seluruh dunia mengatakan ia benar. 
Yang pada sisi Allah ianya salah. 
Haram tetap haram.

Mencari kekuatan melawan kebencian pada satu kebusukan bernama zina dan maksiat. 
Tak akan pernah kata aku setuju pada satu kecurangan. 
Ya aku paham aku akur pada namanya poligami. 

Berkongsi. 
Itu hak lelaki. 

Tetapi jangan menggunakan tiket poligami untuk curang dan melakukan zina.  
Aku percaya akan tiba satu masa bila semua Allah izinkan untuk terbongkar. 
Maka bila masih punya peluang Allah masih sayang dan menjaga aib kita maka bertaubatlah.


Janji Allah, mati itu pasti. 
Neraka itu benar dan Syurga itu juga benar.  


Nov 25, 2014

Doa ibu..mama..mak..umi.. impian..harapan dan pesanan

Anak-anakku,

Waktu semakin menghambatku, menjadikan daku lemah dan semakin lesu.
Daku sering lupa dan mudah berasa
Fahamilah tatkala diulang-ulang bicaraku, usah kau tunjukkan wajah sinismu
Pabila kurang pendengaranku, jangan dijeritkan kata-kata yang ditujukan padaku 

Daku semakin tua anakku..
Jiwaku mudah sayu, tersentuh perasaanku dengan lirikan matamu yang terserlah ketidaksabaranmu
Pandanganku kabur dan kudratku tidak segagah dahulu
Mudah tertumpah suapan makanan dari tanganku, terlepas pinggan dan cawan mengotori meja makanmu
Bersabarlah denganku

Lututku semakin lenguh, melambatkan pergerakanku
Bantulah aku bangkit berdiri, hulurkan tanganmu memudahkan langkahku atau memapahku jika perlu
Usah pula bau tubuh usangku membangkitkan loyamu

Daku kesunyian anakku, ingatanku sering mengimbau kenangan lalu
Menjadikan daku suka bercerita 
Berilah masa buatku duhai anakku
Perhatianmu amat daku senangi

Ditakdirkan daku sakit terlantar
Doaku agar dikau dapat melayaniku, bersabar dengan ragamku dan mampu membersihkan diriku yang terpaksa bergantung sepenuhnya denganmu
Saat-saat akhir hayatku, semuga tetap dikau menjagaku sebagaimana bayi kecil yang tiada mampu

Pemergianku usah diiringi dengan tangisan, doakan agar dimudahkan daku di alam sana
Tiada lagi tambahan bekalan buatku selain doa darimu 
Semuga dinilai di sisiNya dikau sebagai anak yang soleh kerana telah kau tunaikan segala tanggungjawabmu terhadap orang tuamu ini
Terima kasih anakku..dipertemukan kita hendaknya agar bersama di syurgaNya nanti
 

Nov 21, 2014

kisah Mah, dan suami curang dengan si Zulaikha

As salam.

Sekarang kan tengah viral di internet pasal surat Mah yang maafkan suami Mah bila curang dengan wanita tak punya suami nama Zulaikha.  Bila habis baca sekaligus baca comment pembaca rata-rata semua nak cincang lumat lelaki tu. aku wanita yang punya suami ni harusla rasa tergugat. Tapi masalah utama kat sini ialah iman umat akhir zaman. 

Kan iblis dah berjanji nak sesatkan keturunan Nabi Adam. Pernah dengar kan kes lagi teruk bila imam sendiri buat onar. Ujian itu bahagian kehidupan masing-masing. Ujian Mah bila suami dia curang, ujian suami dia ialah melakukan zina. Ujian Zulaikha pulak nikmat dunia. Semua orang ada ujian masing-masing.

Kecik ke besar ujian bergantung tebal nipisnya iman. Syaitan yang goda imam-imam para ulamak tu bukan calang-calang syaitan. Mungkin berpangkat jeneral. Orang-orang kebanyakan yang iman senipis kulit bawang ni mungkin syaitan pangkat prebet saja yang goda.  Nak lepas ujian sentiasa la berpegang teguh dan takut kepada Allah. Kita ni cakap je tak guna. Sebab kita belum hadapi ujian lagi. Yang belum kena boleh amik pengajaran dari ujian orang lain. Amik dan improvise. Apa Bahasa melayu google sendiri.

Ingatlah apa yang kita buat hari ni kesannya pada masa jangka panjang. Hari ni berzina, dosa dah di creditkan. Menyusul kemudian kandungan luar nikah, malu, kerugian yang amat banyak. Bila agak-agak nak buat sesuatu tu fikir la Allah dulu. In sha Allah. Kita tak minta semua berlaku tapi Allah dah tetapkan untuk uji kita ni layak atau tidak masuk ke syurga Allah.

Fikir balik apa tujuan kita hidup. Sebab semua ni pinjaman saja. Dunia tempat beramal. Akhirat kelak tempat menuai hasil.


wallahulam

Nov 20, 2014

Kalau dah singa.. singa la jua sampai akhirnya

As Salam,

Perwatakan aku semasa di pejabat dan rumah memang dua karektar yang berbeza. Kalau di pejabat aku memang tegas, garang, sentiasa nak cepat buat kerja, rancang kerja dengan bijak, punctual dan segala benda lagi. Dan kepantangan aku kalau bekerja atau terjumpa orang yang masih tak tahu apa yang dia nak dalam kerja. 

Lambat adalah orang yang rugi. Sama juga masa aku belajar. Aku la antara orang paling awal siap dan tunggu kawan sekelas yang lain bersolek sambal buat muka garang. Kawan aku cop aku singa. Dan aku anggap itu sebagai pujian. Singa handsome what.

Kalau aku balik ke rumah aku mula tukar perwatakan. Aku jadi orang paling pemalas. Paling banyak bagi alasan. Berlambat-lambat dan seangkatannya. Tak tahu kenapa tapi memang macam dah di setkan. Auto set. Husband pernah tegur, kenapa tak aplikasikan apa aku buat di pejabat sama di rumah. aku sendiri tak tahu kenapa.

Semangat tu lain. Mungkin di pejabat aku tiada siapa nak diharapkan since aku memang kerja seorang dan reporting bos sahaja. Kalau kat rumah aku harapakan suami. Contoh segala tugas aku menanam harapan suami akan buat or sama-sama buat. Bila ada harapan konon-konon kerja menjadi sedikit kurang mula la malas. Itu kot alasan paling kukuh aku bertukar macam tu.

Wassalam.

Nov 18, 2014

Jika terpaksa membenci

Sumber inspirasi:

Jika terpaksa membenci, jangan ketara.Sembunyikan bersama sabarmu.Pendam rasamu, rendam katamu.

Jika terpaksa membenci, benci seadanya.Jangan dirinya, tapi kelakuannya.Jangan keterlaluan, jangan berlebihan.

Jika terpaksa membenci, jangan sampai dapat dibaca.Sembunyikan segala di sudut hati.Namun ingat, jangan beri hatimu padanya.

Jika terpaksa membenci...Ahhh... alangkah indah jika kalimah itu tiada!

credit pada : InaAchik - blog

Nov 13, 2014

Masalah Bila Air Asia Mintak duit - Need payment after buat online banking transaction

As salam terus up entry sementara masih fresh. Tadi beli tiket Air Asia macam biasa. Selepas bertarung memilih dan membeli ticket akhirnya click untuk teruskan bayaran. Dia direct terus ke bank pilhan. Macam aku buat cimbclick. 

Yang aku perasan interface dia lain sikit kali ni. Sebelum ni kecik je box and skang dia dah full page macam kita bukak cimbclick tu in separate page. Paham ke tidak ni. Hahhaha. Bila setel page dia dah tak direct ke AirAsia tickect Itinerary. Kena pepandai check flight kat account Airasia. Cuak seh. Bila check Air Asia cakap aku belum bayar and need payment.

page keluar ni. status need payment
Jangan risau. Macam aku,  sambil google baca review org sambil aku taip aduan kat web Air Asia. Tengah duk mengarang masalah nak attach bukti bayaran, Pastu macam magic dapat email dari Air Asia kasik Itinerary flight tu. Terus lega. Alhamdulillah. Aku syak web dia problem. Tu lambat tu. macam aku panic tadi sebab bayar tiket mahal so nak marah jela. Tak baik sungguh nak marah saja. 

Apa-apa pun semua dah selamat. Alhamdulillah. Pesanan aku untuk semua yang face problem cani:

1.      Rilek tarik nafas. Toksah nak pening buat second payment pulak. Macam aku tunggu dalam 5-10 minit jugak la.
2.      Screen short atau simpan bukti payment.
3.      Buat report. Pergi link kat website dia and hantar bukti. ni kat e-form Air Asia
4.      Call la call centre dia. Nak senang pergi kaunter dia yang terdekat. Sebab aku tahu call centre memang payah nak angkat phone maka aku memang suggest last skali la.


ni e-form yang Air Asia sediakan. ikut review org kurang 24 jam Air Asia akan reply.


Itu saja untuk kali ni. Wassalam. 

Nov 5, 2014

Aku terima nikahnya..

As salam

Nak menaip tapi tak nak buat entry sampah. Jadi aku update sekadar kongsi apa berlaku di sekeliling untuk memori masa hadapan bila dizinkan tuhan untuk pandang belakang semula.

Selesai sudah adik aku wani, melangsungkan akad nikah dengan pasangan sendiri setelah bercinta bagai nak rak. Setelah pelbagai dugaan, onak dan duri mereka mencapai kata sepakat.

Bagi aku yang nak masuk tahun ke empat ulang tahun perkahwinan semestinya sangat throwback masa aku menikah dulu la. Masa sendiri nikah tak ada nangis masa adik nikah ni air mata nak tertumpah.

Beza sekarang abah taka da bersama untuk jadi wali. Ganti dengan abang sulong. Untuk nikah kami buat di rumah kakak di klang. Kenduri akan menyusul di kampung 29 november nanti.

Bila abah tiada maka semuanya mak akan harapkan adik beradik. Makanya bulan ini bulan travel dan bergotong royong. Ani nikah, meeting orang kampung untuk pembahagian tugas semasa kenduri, dan kenduri hujung bulan. Tiga minggu yang memang meruntun komitmen dan tenaga.

Alhamdulillah suami memahami dan banyak membantu.

Sebut perkahwinan.. aku tengah belajar pasal perkahwinan. Masih banyak perlu dibelajar. masih cuba memahami bagaimana rasa kasih sayang berkurang, perasaan bosan terhadap pasangan dan kegagalan kesepakatan dalam rumahtangga.


Ilmu.. aku masih menuntut dengan pengalaman dan orang sekeliling. Mereka adalah guru. 

semua yang terbaik utk awak adik..ani

tulang belakang rombongan
selamat datang ahli baru..