Nuffnang BH

Sep 15, 2014

Mudahnya Menjemput Rezeki 0.1

As Salam,

Tadi baca buku mudahnya menjemput rezeki. Baru start selepas habiskan buku motivasi Irma Hasmie (SMILE). Seronok membaca. Dapat ilmu. Ilmu tu satu rezeki. Bila baca tadi ada ayat yang kata... Segala benda yang membawa manfaat kepada seseorang baik positif atau negatif adalah rezeki. Ilmu juga kategori rezeki. 

Rezeki telah Allah tetapkan secukupnya untuk seseorang sehingga hari kiamat. Indah sungguh caturan Allah. Yang Maha Menguasai. 

Sesuatu yang milik kita, yang ada pada kita macam gaji, wang simpanan, makanan, dan lain-lain belumlah sepenuhnya rezeki kita selagi kita belum gunakannya. Dalam wang gaji kita ada sebahagian untuk orang lain. Bila kita sedekah, bila kita tergerak hati nak bagi dan tolong orang. Allah yang menggerakkan rasa itu. Sebab memang bukan rezeki kita. Tapi rezeki orang. 

Pernah ada kejadian berlaku lama dahulu, sama macam contoh dalam buku aku baca sekarang. Kisahnya bila ke masjid selipar hilang, maka syaitan buat hasutan supaya ambil selipar masjid dan pulangkan kemudian. Dan akhirnya bila ambil terlalu selesa dan lupa pulangkan. Itu rezeki haram. Nikmat haram.. Mujur aku lama dahulu aku sempat pulangkan. 

Walaupun rezeki Allah sudah tetapkan tetapi kita harus berusaha mencarinya. Allah tak akan ubah nasib sesuatu kaum melainkan dia berusaha. Jangan berusaha sampai meletakkan Allah menjadi no 2. Ini dugaan selalu berlaku pada aku. Mencari dan memberi keutamaan kepada dunia sebab nak siapkan kerja. Solat di akhir waktu konon mahu kusyuk dalam solat selepas kerja siap. Berdosa.

Macam kisah sahabat nabi. Sedang menyiapkan kerja menyusun batu bata. Tinggal batu bata yang terakhir untuk diletakkan. Tapi azan berkumandang. Segera dia tinggalkan kerja dan solat dahulu. Kuatnya iman sahabat nabi. Mendahulukan Allah dari segalanya. Nampak kecil saja tapi kesannya luar biasa. 

No comments: