Nuffnang BH

Jul 25, 2014

pakej Ramadhan dan Raya

As Salam, 

Entry bulan puasa. Entry lapar dahaga dan emosi pun bergolak. Dengan berita-berita yang menyedihkan, Gaza, kapal terbang MAS. Macam-macam lagi.

Sekarang, sejenis perasaan yang banyak nak diluah tapi tak tahu nak cerita macam mana. Banyak benda nak bercerita tapi masa tak mengizinkan. Alasan betul la. Hidup masih sibuk dengan kerja, anak dan suami. Tak lupa family dan orang sekeliling. Akan datang bila baca semula entry-entry mesti kecewa sebab tak banyak kenangan yang aku post dalam blog ni.

Sadis betul hidup hanya untuk kerja. Yeah kalau ikut perancangan suami dah bagi green light supaya survey tempat mana nak bercuti. Dalam Malaysia je. As reward dan peluang nak habiskan masa dengan family. Nak gembirakan hati Ikhwan dan diri sendiri.

Sepanjang puasa dua tiga kali je beli di bazar Ramadhan, boleh kira dengan jari. Itu pun sebab emergency aku tak sempat masak. Memang nekad this year nak kenyangkan perut suami dan anak hasil air tangan sendiri. sedap tak sedap nasiblah. Setiap kali beli kat bazar mesti rugi; sebabnya makanan kurang kena selera dan ada yang basi. Frust betul. Tanggungjawab peniaga semakin kurang.

Dalam bulan Ramadhan ni jugak aku terlibat dengan kerja office jemput Ustaz Kazim Elias datang bagi tazkirah. Seronok ya ampun dapat jumpa ustaz live. Comel ustaz and kelakar jugak. Rezeki sangat dapat dengar ustaz share ilmu. Penat ya ampun sebab aku terlibat jadi ahli jawatankuasa. Penat tapi berbaloi.

Dan today hari last bekerja. Malam tadi dah start packing dan esok rancangnya nak bertolak awal. Semoga dapat tempuh perjalanan dengan selamatnya. Moga dijauhkan kesesakan jalan raya. Tahun ni excited nak beraya sebab beraya kat Pahang dulu.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin






No comments: