Nuffnang BH

Jun 27, 2014

aku minta maaf

Bagi sesetengah orang, bila meminta maaf 
Tandanya begitu mudah kita melupakan apa yang terjadi. 
Bila minta maaf kita lah pihak yang bersalah. 
Lagi teruk bila kita mintak maaf, 
Sebelah pihak lagi hanya diamkan diri. 
Mungkin fikirkan kita terlalu mudah memaafkan dan melupakan. 
Dan kemudian di masa akan datang 
Berfikir kita akan mengulangi kesalahan dan meminta maaf. 
Kejadian yang sentiasa berulang.

Bukankah maaf itu yang sepatutnya. 
Maaf bukan bermakna salah atau kalah. 
Maaf adalah ikhtiar kita untuk memadamkan api pergaduhan. 
Meletakkan titik kepada penghujung bermasam muka. 
Merendahkan ego, untuk sesuatu yang lebih baik. 
Bukan bermakna kita kalah kalau kita dahulu yang meminta maaf.

Kalau dulu aku membenci amalan meminta maaf. 
Aku pernah melalui fasa dimana aku begitu muak 
Dengan orang yang kerap memohon maaf 
Dan kemudian kesalahan diulang semula. 
Sampai aku begitu benci sesi bermaafan ketika Aidilfitri.

Lama kelamaan aku mula paham. 
Manusia dengan kesalahan  memang payah dipisahkan. 
Manusia itu lemah. Melakukan kesalahan dan meminta maaf 
adalah bukti hati masih lembut untuk dipujuk. 
Masih lembut menerima wahyu. 
Masih lembut menerima kritikan dan nasihat.

Dan segeralah kamu (mengerjakan amalan-amalan 
Yang baik untuk mendapat) keampunan dari tuhan 
kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas langit dan bumi, 
Yang disediakan bagi orang- orang yang bertaqwa. 
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya 
pada masa senang dan susah, dan orang-orang 
Yang menahan kemarahannya, dan orang-orang 
Yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah) 
Allah mengasihi orang-orang yang yang berbuat 
perkara-perkara yang baik.” (Surah Ali Imran 3:133-134).

Aku mahu syurga Allah. 
Dan perkara inilah yang akan membantu aku semasa di dalam kubur.