Nuffnang BH

May 5, 2014

membina impian

As Salam,

Hari ni hari isnin. Selalunya hari isnin hari aku bermenung 
lebih memikirkan plan untuk seminggu. 
Plan pasal kerja dan juga hal rumah. 
Hal kerja kena tengok mana satu priority
untuk discussion and implementation. 
Amboi gah bunyi nya hahhaha. 
Sila imagine yang indah-indah saja ok.

Hal rumah aku dah kena fikir apa nak masak
untuk bekal anak ke rumah pengasuh.  
Kali ni seperti kebanyakkan isnin yang lepas. 
Cuma tambahan dalam list bila fikir nak setelkan hutang dalam hidup, 
dan merancang untuk untuk rumah impian. 
Makin ditangguh makin kronik jadinya.

Kena readykan list hutang belajar, kena semak semula potongan zakat,
potongan takaful bulanan, budget Qorban tahun ni,
budget raya dan budget sedekah. Semua kena check semula.
Dan tak terkecuali plan masa hadapan untuk ada business sendiri.
macam aku dulu, pada umur 26/27 aku teringin nak bukak kedai dobi,
bila buat research dan menginjak umur ni minat pada dobi tu dah menurun.
Dah kenapa? So tengah cari plan lain.

Umur 29 tahun aku teringin nak buka kedai makan.
Aku teringin nak buka café. So now stage untuk study.
Mana tahu memang ini yang sesuai dan serasi. Ermm.
Kebetulan tadi membaca blog kawan aku
bercerita tentang impian nak ada business dia sendiri
so menguatkan lagi semangat aku nak ada kedai makan.
Moga dipermudahkan.

Adakah aku berumur 32 tahun ke atas minat nak buka cafe akan hilang?
Sama macam minat aku kepada business dobi?
Apakah?