Nuffnang BH

Apr 14, 2014

semua milik Allah jua

As salam,

Lama meninggalkan blog. Nak berkongsi cerita. Macam-macam. 
Meluahkan rasa yang pelbagai. Nikmat Allah bagi tak pernah berkurang. 
Banyak. Tapi kelemahan aku sebagai hamba terlalu banyak. 
Disuruh menutup aurat aku endah tak endah. 
Aku tahu, menutup aurat tu wajib tapi aku masih bertarik tali. 
Aku tahu neraka itu wujud aku masih berani melanggar perintah Allah. 
Ya Allah tetapkan hatiku dalam menjaga solat dan aurat ku.

Aku selalu berpesan pada diri supaya jaga solat. 
Tapi selalu juga terbabas. Dalam kes menutup aurat juga sama. 
Minggu ni aku rajin aku pakai stokin. 
Bila stokin yang dicari tak jumpa aku tak pakai. Apakah itu? 
Tiada tekadkah? Lemahnya dengan godaan syaitan. 
Aku tahu dan percaya syurga itu wujud. Allah telah berjanji. 
Buat baik, dapat pahala dapat syurga. 
Tapi tewasnya aku dengan mudah bila syurga dunia ni menggoda.

Allah pinjamkan suami, pinjamkan seorang anak, 
masih diberikan ahli keluarga yang lain. 
Alpa bila syaitan sentiasa tiupkan bisikan supaya asyik bersengketa, 
bermasam muka. Salahkan syaitan Untuk menutup kelemahan diri?  
Allah. Lemahnya manusia.

Demi Allah aku sedang membaiki diri untuk kesejahteraan dunia dan akhirat. 
Cuba membahagiakan suami, mak, anak dan orang sekeliling. 
Teori nya hanya satu. 
Bila buat orang gembira nescaya kegembiraan akan terpantul semula. 
Tapi bila kegembiraan tak berjaya dipantul tapi dibalas tuba? 
Biarkan. Itu hak Allah.

Kita semua milik Allah. Satu masa kita akan dipanggil semula. 
Terjagakah solat kita? Allah, banyaknya kekurangan. 
Semoga kita semua mendapat hidayah, memperoleh kefahaman agama islam. 
Berubah kepada yang baik dan lebih baik. 
Kita semua dah tak banyak masa. 
Jangan berlengah.