Nuffnang BH

Apr 28, 2014

Perempuan dan tekanan hidup yang tak perlu

Perempuan macam aku selalu fikir yang tak perlu. 
Bila ada aktiviti atau kejadian 
yang memang diluar rutin  
memang akan aku fikir sebab dan punca sampai merekah kepala. 
Sampai aku bayangkan otak meleleh panas 
keluar mcm keju cair kat pizza. Eh. 

Bila fikir yang tak perlu maka 
akan keluarnya stress yang tak menentu. 
Ini semua symptom tandanya period just around the corner. 
Hebat kalau sebulan aku tak kena sindrom macam ni.
Perwatakan dirumah jugak berubah. 
Suara meninggi kalau suami jadi pekak jadian. 
Dalam pekak-pekak tepat jugak menjawab soalan aku. 

Suara macam halilintar pon boleh tak dengar. 
Adakah sebab sebutan aku yang berkelajuan 120/jam 
menyebabkan suami aku gagal nak terima mesej yang aku sampaikan? 
Atau adakah kerana dia sedang membaca 
surat khabar ketika itu menyebabkan dia endah 
tak endah nak dengar soalan aku? 
Atau lelaki memang selalu gagal dalam multitasking. 
Hoi banyaknya sebab. 
Ye bila period nak hampir mulala dosa aku menggunung tinggi. 

Eh.

Dan belum masuk fasa pinggang aku sakit 
dan nafsu makan menjadi-jadi seolah dirasuk hantu 
momok hysteria. Mungkin aku ter over menterjemahkan 
gelora dan gelojak emosi. Mungkin orang sekeliling 
Nampak aku biasa Cuma dalaman aku berperang sesama sendiri. 
Semakin sakit hati bila otak berfikir tentang sesuatu 
yang tak mampu aku afford buat masa sekarang. 
Rumah. 
Jangan bercerita nanti hati berdarah.



No comments: