Nuffnang BH

Apr 23, 2014

Bercuti di Pulau Langkawi..

As salam,

Menceritakan semula pengalaman aku bercuti 
sekeluarga bersama rakan office di Langkawi. 
Tak ada gambar aku nak upload sebab kawan 
dah upload kat blog dia and ada tag di FB. 
Kalau teringin nak tengok gambar cantik 
super cun sila lawat blog kakak Sally 

Overall, pengalaman di Langkawi super-duper best 
sebab aku memang teringin nak melawat Langkawi. 
Pergi pulak dengan orang yang satu kepala so rasa kurang tekanan. 
Terima kasih kepada kak sally + Juma, 
Endy + Ina sebab memahami dan paham aku yang beranak kecik ini.

Flight ticket:

Aku book Air Asia setahun sebelum or less kot. 
Sebab masa promo dan masa mengumpul duit. 
Harusla kumpul sebab aku golongan pertengahan je. 
Kalau anak raja ari ni berangan esok terus pergi. 
Alhamdulillah perjalanan dengan Air Asia berjalan lancar. 
Tak ada delay dan sekejap saja.

Kereta sewa

Kami sewa kereta di jeti sebab kawan dah booked 
based on dia punya last experience. 
Tapi malangnya kali ni owner dia macam sembunyi kos. 
Sebab kami amik kereta di jeti dan nak pulang di airport 
dia cas rm 20 extra. Btw kami sewa Viva untuk satu family. 
Sewa sehari RM 40/50 nampak macam murah, 
then bila kira semula sebab hidden charge 
and deposit yang lambat diberitahu kami rasa macam tertipu. 
Nasib kereta tak buat hal. Alhamdulillah. 
Standard rate viva rm 60 per day.

Aktiviti air:

Aku naik pakej bot (Island Hoping) yang pergi 
Tasek Dayang Bunting, Eagle feeding dan Pantai Beras basah. 
Sebab we all dah book boat untuk kesenangan kami 
so memang flexi ikut kami la. 
Nak sekejap or lelama kat satu tempat. 
Semua tempat yang aku g tu memang meninggalkan kesan mendalam. 
Ciptaan Allah memang indah. 
Untuk next trip nak pergi tapi tunggu Ikhwan besar sikit. 
Then untuk naik bot tu orang berumur memang kasihan. 
Takut sakit badan terhentak. 
Since first time pergi memang tak amik pakej snorkelling.

Penginapan:

Aku stay kat Hotel Bahagia area Kuah. 
Dekat dengan tempat shopping. 
Aku ambil pakej breakfast sekali sebab senang 
tak payah mencari mana port makan. 
Malam je la kena merayap. Hotel ni bersih, 
makanan boleh la untuk isi perut dan service pon ok. 
yang penting bila balik hotel selesa nak tidur. 
Sebelah hotel adalah restaurant Thailand yang glamour. 
Restaurant Wan Thai. Berbaloi and sedap.

Shopping.

Aku memang gila bila masuk kompleks HIG. 
Nampak coklat dan beg terus berpinar mata.
pergi idaman suri sibuk tengok pisau dan kuali ajaib. 
Dah set dari awal aim untuk coklat, kuali ajaib, dan pisau. 
Kuali ajaib dah guna, pisau je belum rasmi. 
Untuk mendapatkan harga berpatutan 
untuk beli beg murah dan coklat harus melawat dan beli di HIG. 
Untuk barang seperti pisau, kuali ajaib sila beli di Idaman Suri.

Tempat makan:

Untuk lunch sila pergi ke kedai Jom Ikan Bakar. 
Sedap nya tak tipu. Segala jenis lauk ada dan harga berpatutan. 
Walau panas tapi berbaloi. 
Untuk lepak minum petang aku singgah di Laksa Power. 
Tapi mengecewakan. Orang ramai tapi service hampes. 
Makanan pulak lambat. Mungkin sebab ramai sangat 
sampai tak terlayan. Harga pon mahal. 
Semua tempat makan ni dekat dengan Airport.

Tempat lain:

Pergi cable car tapi tak sempat amik pakej yang skali duck tour. 
Kagum dengan kecantikkan pemandangan kat atas tu. 
Untuk orang gayat, beranikan diri sebab berbaloi. 
Makam Mahsuri enjoy cuma macam lawat muzium la. 
Siapa yang hargai sejarah akan seronok nak explore. 
Singgah di Telaga Tujuh, cadang untuk mandi manda tapi sebab kemarau. 
Air terjun pun kering. Pendakian ke atas tu memang perlu stamina. 
Stop kat Gamat Nusantara aku just tunggu dalam kereta sebab panas. 
Ok kalau nak beli ubat,balm semua. 
Aku pas kat suami je. 
Beras terakar tempat paling aku rasa tak berbaloi pergi. 
Panas terik and kemarau, then tempat beras terbakar tu pun kecik aja.

Untuk next trip dah book dengan Fire Fly pulak. 
Nak cover tempat yang belum pergi 
dan may be kurangkan activity lasak sebab bawak mak pulak kali ni. 
Moga Allah permudahkan segalanya. Amin. 
Macam biasa kena siapkan list to go and simpan duit. Yeaa.

No comments: