Nuffnang BH

Mar 6, 2014

misi baru isteri

Jari gatal je nak mengomen pasal isu hot sekarang ni.
Betul la dunia akhir zaman ni benda semua tunggang terbalik.
Bunuh orang, anak derhaka, budak rogol budak,
budak jadi mangsa rogol, perosak rumah tangga.
Pagi ni, baca tentang perempuan rampas hak perempuan lain
Tadi dalam fb kawan kongsi suami menduakan isteri

Aku perempuan, perempuan banyak emosi
Sekali kena gores, luka akan sembuh
Tapi bekas parut tu ambil masa lama nak hilang
Kena guna produk berkualiti tinggi
Paling koman dari oversea

Tadi pagi manusia jantan tegur kelemahan diri
Gurau kot tapi aku memang sentap
Terus makan hati, tapi kenyataan memang perit untuk ditelan
Gigih taip kat google cara kempiskan badan
Terus tak lalu makan nasi lemak bungkus paru
Tolak tepi di pandang sepi

Sebab ni ke suami cari alasan menduakan diri?
5 tahun akan datang, 10 tahun akan datang
Aku akan pastikan suami sama hodoh
Atau suami sama cantik macam aku
Gelak syaitan berkumandang
Misi baru isteri

1 comment:

Aishah Jahirah said...

moga misi tercapai...ahak kejam gila kot misi...dorang yg mulut xde insurans....