Nuffnang BH

Mar 18, 2014

Menjaga hati dan andai dapat diputar masa

As Salam,

Dulu masa aku sekolah menengah 
aku lebih prefer kawan lelaki berbanding perempuan. 
Lelaki tak leceh macam perempuan. 
Lelaki boleh back up aku kalau apa-apa jadi, 
lelaki tak mengada. Sebab tu aku pilih lelaki jadi kawan rapat. 
Sampai satu masa kadang-kadang perasaan kawan rapat 
bertukar jadi perasaan lain. Tapi demi menjaga hati dan hubungan, 
perasaan lain tu aku kekang.

Persahabatan antara aku dan kawan lelaki kukuh 
sampai bila masing-masing pandai bercinta. 
Dugaan datang bila kekasih hati kawan lelaki 
tak suka aku dan kawan lelaki rapat. 
Cemburu mungkin. Sedih rasa. 
Aku tak boleh pentingkan diri. 
Kalau itu kebahagiaan kawan lelaki aku, 
harus aku korbankan rasa pentingkan diri tu.

Sampai saat kawan lelaki aku berkahwin, 
ada anak satu dan sampai sekarang aku masih cuba cari dia. 
Atas dasar sahabat aku rindukan nasihat dan kata-kata dia. 
Hidup bukanlah panjang. 
Jadi aku tak nak sia-siakan peluang yang ada.

Sampai saat ni, bila aku cuba berhubung 
hanya untuk bertanya khabar. Jawapan dibawah aku terima. 
Sumpah. Aku tak ada langsung niat nak kacau hidup mereka. 
Aku ada suami dan anak, kami bahagia. 
Ustaz pernah kata, bila kita berhubung 
dengan manusia berlainan jantina sebelum berkata apa-apa 
fikirlah tentang hati dan perasaan pasangan mereka. 
Sebab aku fikir hati dan perasaan wife dia aku undur diri.
















Ketahui la sahabat, aku rindukan persahabatan lama.