Nuffnang BH

Feb 25, 2014

Surat Layang 2

Aku nak menulis dan kemudian rasa lega. 
Aku nak salurkan kebimbangan melalui penulisan. 
Tapi tiap kali idea menjengah, masa tu bukan la sesuai untuk aku menaip 
dan terus update entry. Penat jiwa dan badan. 
Patutnya aku bersyukur dengan segala Allah turunkan. 
Tapi aku macam biasa jauh tersesat bila kepala terhantuk baru nak menyesal.

Aku penat. Kerisauan yang melanda hati. 
Fikir yang bukan-bukan. Puas nak redhakan hati tapi macam tak berjaya je. 
Keadaan ni satu pengalaman. 
Pengalaman yang seorang manusia akan tempuh. 
Aku penat dan aku buat apa aku suka. 
Tapi kerisauan dan kepenatan tetap tak hilang.


Penat badan penat minda. Aku tekap telinga pasang Yassin. 
Bia semua syaitan yang bertenggek kat badan ni terbakar, mati hangus. 
Jauhla perasaan was-was, jauhla godaan syaitan. 
Bantula aku Ya Allah. Aku masih lemah. 

Apa yang Allah tetapkan adalah yang terbaik. Sentiasa tepat. 
Yang terjadi tak pernah awal atau lewat sesaat. 
Jangan pernah ragu dengan apa Allah aturkan.