Pengalaman Cabut Gigi Dan Tips Penjagaan Selepas Gigi Dicabut

Rodiah Amir
0

Kali ni aku nak kongsikan pengalaman selepas gigi aku berjaya dicabut untuk rujukan aku pada masa hadapan. Sesuai juga untuk bacaan korang yang bakal dan telah pun dicabut giginya macam aku. 

Serius talk, sakit gigi adalah antara sakit yang paling sakit dan menakutkan pernah aku alami.
Sakit gigi boleh akibatkan kemurungan dan juga kesakitan berhari-hari lamanya. Penyelesaian hanyalah gigi bakal ditampal atau pun dicabut. 


Jadi sebelum gigi korang rosak sila jaga kesihatan gigi ok. Memandangkan gigi aku baru sahaja dicabut, aku nak kongsikan perkara-perkara perlu korang buat seterusnya iaitu tips penjagaan selepas gigi dicabut.


Pengalaman Cabut Gigi Dan Tips Penjagaan Selepas Gigi Dicabut


Rajinkan diri buat scaling sebagai rawatan menjaga gigi sebelum gigi rosak dan perlu dicabut. Boleh baca aku buat scaling gigi di klinik swasta - di sini. 




11 Tips Penjagaan Selepas Gigi Dicabut


Perkara penting perlu tahu sebab selepas gigi dicabut kadang-kadang darah masih tak berhenti keluar dan paling menakutkan bila fungsi ubat bius hilang sepenuhnya. Tips yang aku kongsikan dekat bawah ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri.

#1 Selepas berjaya cabut gigi, gigit kapas di tempat gigi dicabut. Korang kena gigit kuat-kuat paling kurang selama satu jam. Alhamdulillah aku buat darah cepat berhenti. 

Kalau tak memang muntah tertelan darah.


#2 Kurangkan bercakap. Semakin banyak kita bercakap semakin banyak gerakan dibahagian mulut. Untuk aku pula memang lepas aku cabut gigi aku kemurungan tiada mood nak bercakap dengan orang.


#3 Jangan asyik kumur dengan air. Aku cenderung nak kumur dan hilangkan rasa hanyir darah sebab aku fikir bila kumur akan bantu tetapi sebaliknya berlaku.

Jadi bertambah teruk sebab semakin kerap aku kumur dengan air semakin aku nak muntah. Tak membantu.


#4 Elak lidah atau jari sentuh gusi di bahagian bekas gigi yang dicabut. Aku jadi ketagih nak sentuh dengan lidah dan jadi tak percaya gigi dah tiada. 

Bahaya jika bahagian tersebut disentuh dan dikorek. Takut makin berlarutan luka.


#5 Aku pernah baca ada orang letak ais untuk hentikan darah, tapi aku buat sebab nak hilangkan ngilu. Malangnya darah tak berhenti dan gigi semakin sakit. 

Jadi kalau kaedah letak ais membantu hilangkan pendarahan boleh lah korang cuba.  yang mana sesuai korang teruskan.


#6 Kumur air garam dengan kerap. Bancuh air garam dengan air suam. Suhu suam tu amat membantu melegakan rasa ngilu dan juga stopkan pendarahan.


#7 Makan ubat antibiotik, ubat bengkak dan ubat tahan sakit yang diberikan oleh doktor apabila perlu sahaja. Memandangkan aku breastfeed anak aku, jadi doktor hanya boleh bagi paracetamol dan kapas sahaja. 

Paracetamol sebagai ubat tahan sakit. Derita lebih sebab gusi aku bengkak. Terpaksa tahan sahaja demi anak.


#8 Makan jangan tak makan. Aku faham selera nak makan akan hilang dan risau kalau makan akan mencederakan bahagian gigi yang dicabut. Kena pastikan makan ikut jadual untuk elak penyakit lain pula.


#9 Elak kunyah makanan menggunakan gigi di bahagian gigi yang dicabut. Sebab dah terbiasa kadang-kadang memang berlaku tergigit bahagian gigi dicabut. Risiko gusi cedera jika dibersihkan dengan berus gigi.  


#10 Kumur mulut menggunakan penyegar nafas seperti Listerine selepas makan. Selain membunuh bakteria, ianya membantu mengembalikan mood ceria untuk kita.


#11 Berjaga-jaga jika ada tanda-tanda demam atau sakit lain. Segera berjumpa doktor untuk dapat nasihat.



Kesimpulan


Pada saat artikel ni ditulis adalah merupakan hari ketiga gigi aku dicabut. Walaupun sakit tapi aku masih berjaya survive dan dalam proses nak biasakan diri tanpa gigi. 

Rasa nikmat hidup diambil sedikit. Betapa hebat ciptaan Allah. Dari sekecil-kecil otot sehingga sebesar-besar organ pasti ada kegunaannya.



Catat Ulasan

0Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan (0)