Nuffnang BH

Feb 4, 2014

cabut gigi

Salam,

Masa cuti CNY aritu aku balik bercuti di kampung. Kemain seronok nak habiskan masa kat kampung. Plan macam-macam. Kemas rumah bagai. Malam jumaat dah start masa tak syok. Sebab cuaca kat kampung dengan cuaca Kl so telah mengakibatkan gigi aku sakit. Gigi aku sensitip je kalau tempat tu panas. Merana la dari jumaat malam tu bertarung menahan sakit gigi.

Gigi ni setiap tahun memang problem. Bila g clinic then cuci ok. then biasa tahun-tahun lepas sebab takut cabut gigi aku tampal je. Penakut ok. tahun ni macam tekad nak cabut je. Seram sejuk nak cari klinik. Paham-paham jela tengah cuti ni ada ke yang bukak. Tawakal dan merayap ke Triang kemudian terus ke Temerloh. Tanya klinik yang bukak dan akhirnya nurse recommend:

Klinik Pergigian Shahar

Address:
737B, Jalan Semantan 2, Lurah Semantan, 28000 Temerloh, Pahang🔸

Phone:
+609-2965284

Tutup:
Sunday

Lokasi dia betul-betul tepi stesen Petronas Temerloh depan sungai tu, Klinik tu macam rumah sederet dengan kedai makan bawah masjid tu. Kiranya klinik adalah di depan stesen bus. Sederet dengan Pustaka Saujana. Kedai buku Temerloh. Gitu aku explain. Takut tak paham.

Doctor yang cabut is Doctor Shahar, dia charge aku RM65 sebab gigi depan. Gigi geraham aku lupa sebab aku sakit malas nak dengar. Doctor tu Masya Allah sangat baik. Aku mintak extra bius sebab gusi aku dah start bengkak. Dia explain kata kalau cabut masa bengkak nanti akan rasa sakit, so dia nasihat awal-awal supaya ready.

Oleh sebab aku memang nak cabut jugak so aku amik risiko. Lepas bius dia suruh aku keluar tenangkan diri dalam 5 minit then dia panggil masuk. Masa cucuk bius aku takut so badan aku keras sangat hahhaha. Masa cabut aku lebih relax dan positif. Start je dia seret kerusi suh aku duduk, aku dah start selawat. Tak tinggal walau sesaat. Bila dia cabut selepas percubaan kedua, yang pertama gigi aku rapuh, patah atas dia.


Dia explain la kata ini yang bahaya sebab bila patah semakin susah nak cabut. Tak sempat panic aku lajukan selawat, lembutkan badan terus gigi berjaya dibuang. Dalam masa kurang 5 minit. Terperanjat sebab sekejap. Dengan izin Allah tak sakit. Pandang gigi yang kaku, Panjang woo gigi. Then hiba bila gigi yang bersama kita berpisah di klinik gigi. Aku tak ambil bawak balik pun. Jagalah gigi. Hargai pinjaman Allah ni. Banyak berjasa.