Nuffnang BH

Feb 25, 2014

Surat Layang 2

Aku nak menulis dan kemudian rasa lega. 
Aku nak salurkan kebimbangan melalui penulisan. 
Tapi tiap kali idea menjengah, masa tu bukan la sesuai untuk aku menaip 
dan terus update entry. Penat jiwa dan badan. 
Patutnya aku bersyukur dengan segala Allah turunkan. 
Tapi aku macam biasa jauh tersesat bila kepala terhantuk baru nak menyesal.

Aku penat. Kerisauan yang melanda hati. 
Fikir yang bukan-bukan. Puas nak redhakan hati tapi macam tak berjaya je. 
Keadaan ni satu pengalaman. 
Pengalaman yang seorang manusia akan tempuh. 
Aku penat dan aku buat apa aku suka. 
Tapi kerisauan dan kepenatan tetap tak hilang.


Penat badan penat minda. Aku tekap telinga pasang Yassin. 
Bia semua syaitan yang bertenggek kat badan ni terbakar, mati hangus. 
Jauhla perasaan was-was, jauhla godaan syaitan. 
Bantula aku Ya Allah. Aku masih lemah. 

Apa yang Allah tetapkan adalah yang terbaik. Sentiasa tepat. 
Yang terjadi tak pernah awal atau lewat sesaat. 
Jangan pernah ragu dengan apa Allah aturkan. 

Feb 19, 2014

mana kubur???

Pernah satu hari aku tanya suami
Satu hari kalau dia pergi dulu sebelum aku
Mana patut aku kuburkan dia
Terfikir dan bertanya

Suami macam biasa
Mungkin dah biasa dengan soalan aku yang selalu tiba2
Tapi jawapan suami yang aku terima
Tak menyenangkan hati, semakin bergelora

Itu kalau dia pergi dahulu, kalau sebaliknya?
Itu baru bab kubur, bab anak?, urusan pengebumian?
Bersediakah? Aku dan dia
Kalau ada rezeki aku nak satu kubur bersama

Satu keluarga. 

Feb 17, 2014

Festival Kucing Putrajaya 2014

As Salam,

Hari ni hari lemau sebab semalam macam tak cukup rest. 
Konon kalau duduk rumah lipat kain, tak menarikla hujung minggu. 
Jadi, untuk menjadikan minggu kali ni menarik mestila kena keluar. 
Jumaat hari tu dapat whatsapp image dari kawan pasal 
Karnival Kucing kat Putrajaya. Ahad baru tergerak nak pergi. 
Mujur En Suami sporting nak bawak.

Pergi balik memang penat rasa macam balik kampung Melaka pulak. 
Ke badan dah tua sangat? Cuaca macam biasa panas ya amat. 
Orang ramai. Kucing memang banyak tapi kena berebut kalau nak tangkap gambar. 
Kesian kucing-kucing sebab terlalu dekat dan sangkar dia 
kan budak-budak gegar-gegar sangkar suruh kucing bangun. 
End up owner kucing tutup sangkar dengan kain. 
Nak elak gangguan dan sejukkan kucing. Oh ye.. 
ada kucing yang ada kipas dia sendiri. Untung kucing tu. 
Ada kaunter jual kucing, makanan kucing, baju kucing, 
mainan kucing dan semua pasal kucing. Sesuai sangat peminat kucing datang.

kucing yg sepi dan blur






















kucing pon ada club.. sila follow


























yg ni la feveret aku.. muka penyek xsempat snap.. black

tuan ko kemain syg ko eh, dia berambut..sbb pnjak gila bulu

kucing xde bulu ni aktif & manja

lembut kulit dia mcm baby

poster ehsan google

ehsan google

ehsan google

ehsan google jugak

yg ni xde belas 







Feb 13, 2014

candle light dinner sgt

As salam,

Haih hati menjerit-jerit, meronta-ronta nak up entry baru dalam hidup. Bukan apa takda entry maknanya takdala kenangan aku leh simpan dalam blog ni. Kot masa tua nanti leh browsing mengimbau zaman muda-muda. Kot masih waras dan hidup lagi la.

Dua hari lepas balik kerja tengah tunggu iklan nak tengok ulangan Tom-Tom bak tetibe bergelap satu kawasan seksyen satu Wangsamaju. Ha memang elok, dengan tak mandi berpeluh kipas terpadam. Sementara tunggu en suami pulang duduk la melepak kat beranda belakang rumah yang sekangkang kera tu.

Suami sampai dalam pukul lapan still lagi elektrik takda so dapatla bercandle light dinner bersama sang suami dan anak. Pasang lilin yang sebatang. Excited Ikhwan. Susun makanan atas meja dan selesai makan baru elektrik ada semula.


Baru sekejap bekalan elektrik takde. Tapi berpeluh dah macam duk dalam sauna. Sabar jela. Orang dedulu steady je takde kipas. Orang sekarang ni je mengada. Ok cakap pasal diri sendiri. 
























sampai juling mata kau nak.. 


Feb 4, 2014

selepas gigi dicabut

Since baru cabut gigi so nak share pe yang boleh bantu untuk stopkan darah dan hilang sakit lepas ubat bius hilang fungsinya:

  1. Lepas cabut gigit kapas kat tempat gigi dicabut, gigit kuat-kuat paling kurang satu jam. Aku buat darah cepat stop.
  2. Kurangkan bercakap
  3. Jangan asyik kumur dengan air.
  4. Lidah or jari jangan gatal-gatal nak cucuk kat gusi, bekas gigi tu. Ini penting. Jgn usik dengan lidah terutamanya.
  5. Ada orang letak ais untuk hentikan darah, tapi aku buat sebab nak hilangkan ngilu tapi tak hilang ngilu tapi semakin sakit adalah. So yang mana sesuai korang teruskan. Ikut keselesaan diri.
  6. Kumur air garam dengan kerap. Suam dan masin.
  7. Makan ubat antibiotic, ubat bengkak and tahan sakit jika perlu sahaja. Kes aku sebab breasfeed so doctor hanya bagi paracetamol dan kapas. Derita lebih sebab gusi aku bengkang. Tahan jela.
  8. Jangan makan or kurangkan makan, dan makan jangan kunyah guna bahagian gigi yang dicabut.  Dah makan kumur dengan Listerine.


Ini hari ketiga gigi aku tinggalkan aku. Aku rasa sunyi dan masih lagi sakit. Menahan dan terus menahan.


cabut gigi

Salam,

Masa cuti CNY aritu aku balik bercuti di kampung. Kemain seronok nak habiskan masa kat kampung. Plan macam-macam. Kemas rumah bagai. Malam jumaat dah start masa tak syok. Sebab cuaca kat kampung dengan cuaca Kl so telah mengakibatkan gigi aku sakit. Gigi aku sensitip je kalau tempat tu panas. Merana la dari jumaat malam tu bertarung menahan sakit gigi.

Gigi ni setiap tahun memang problem. Bila g clinic then cuci ok. then biasa tahun-tahun lepas sebab takut cabut gigi aku tampal je. Penakut ok. tahun ni macam tekad nak cabut je. Seram sejuk nak cari klinik. Paham-paham jela tengah cuti ni ada ke yang bukak. Tawakal dan merayap ke Triang kemudian terus ke Temerloh. Tanya klinik yang bukak dan akhirnya nurse recommend:

Klinik Pergigian Shahar

Address:
737B, Jalan Semantan 2, Lurah Semantan, 28000 Temerloh, Pahang🔸

Phone:
+609-2965284

Tutup:
Sunday

Lokasi dia betul-betul tepi stesen Petronas Temerloh depan sungai tu, Klinik tu macam rumah sederet dengan kedai makan bawah masjid tu. Kiranya klinik adalah di depan stesen bus. Sederet dengan Pustaka Saujana. Kedai buku Temerloh. Gitu aku explain. Takut tak paham.

Doctor yang cabut is Doctor Shahar, dia charge aku RM65 sebab gigi depan. Gigi geraham aku lupa sebab aku sakit malas nak dengar. Doctor tu Masya Allah sangat baik. Aku mintak extra bius sebab gusi aku dah start bengkak. Dia explain kata kalau cabut masa bengkak nanti akan rasa sakit, so dia nasihat awal-awal supaya ready.

Oleh sebab aku memang nak cabut jugak so aku amik risiko. Lepas bius dia suruh aku keluar tenangkan diri dalam 5 minit then dia panggil masuk. Masa cucuk bius aku takut so badan aku keras sangat hahhaha. Masa cabut aku lebih relax dan positif. Start je dia seret kerusi suh aku duduk, aku dah start selawat. Tak tinggal walau sesaat. Bila dia cabut selepas percubaan kedua, yang pertama gigi aku rapuh, patah atas dia.


Dia explain la kata ini yang bahaya sebab bila patah semakin susah nak cabut. Tak sempat panic aku lajukan selawat, lembutkan badan terus gigi berjaya dibuang. Dalam masa kurang 5 minit. Terperanjat sebab sekejap. Dengan izin Allah tak sakit. Pandang gigi yang kaku, Panjang woo gigi. Then hiba bila gigi yang bersama kita berpisah di klinik gigi. Aku tak ambil bawak balik pun. Jagalah gigi. Hargai pinjaman Allah ni. Banyak berjasa.