Nuffnang BH

Jan 6, 2014

tanggungjawab manusia

"Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya. (Riwayat Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)."

Berat sungguh tanggungjawab sebagai makhluk kat muka bumi.
Kita ini hidup bersaudara. Tangungjawab tu bersangkut paut.
Hubungan yang bermacam, adik, kakak, ayah, ibu, abang, anak saudara, sepupu, saudara sesame Islam.
Macam-macam jenis dan level tanggungjawab berbeza.
Menjadi tanggungjawab kita menegur dengan berhemah kalau saudara kita membuat salah.
Tapi harus kena dengan cara dan masa.
Melihat dosa-dosa berlaku depan mata buat aku terpana.
Sedih.
Macamana nak tolong supaya mereka tahu apa yang mereka buat itu satu dosa.
Mati itu pasti. Entah esok entah lusa.


Mana tahu nyawa dicabut malam ni juga.