Nuffnang BH

Jan 22, 2014

Surat Layang 1


Kejam

Kenapa kau suka buat tuduhan melulu. Kenapa kau dengat sebelah pihak. 
Mana adil dengar sebelah pihak dan terus percaya. 
Kau selalu cakap tentang adil, zalim, hukum, neraka dan syurga. 
Sebab tu lahir rasa hormat sebab kau aku fikir kau selalu adil dan betul. 
Sebab aku selalu fikir kau betul la aku kecewa. Bukan sekali, bukan dua. 
Banyak sangat terlintas di telinga, depan mata kau agungkan yang salah. 
Dan kau terus percaya.

Topeng

Kenapa harus berkelakuan pelik. Buat biasa-biasa sudahlah. 
Aku dah Nampak diri kau dan masih mahu sembunyi di sebalik topeng. 
Kau terlalu beria. Terlalu mahu meniru sampai kau bukan diri kau. 
Tak gembirakah menjadi diri sendiri. Nampak sangat kau terdesak. 
Kau mencari sesuatu. Kau mengemis. 
Naikkan harga diri supaya aku boleh hormat kau. 
Jangan hilang arah. 
Imbangkan badan takut jatuh, nanti kau penat nak bangun semula selepas jatuh.

Cari salah


Memang sikap kau yang sempurna 
buat mulut kau tak henti memberi yang tak diminta. 
Itu ini semua ada silap. Kejayaan besar bila kau buat orang rasa gagal. 
Kau suka bila orang berubah muka. 
Kadang-kadang aku rasa kau memberi 
tanpa dipinta tu dah jadi seakan budaya, kemestian. 
Sekali kau tak buat kau rasa tak kena kan? Ingat, kerana mulut santan binasa. 

2 comments:

Aishah Jahirah said...

erm...kadang2 kena hipokrit...tp kan bila perlu je kot...hihii kita kan manusia suka tunjuk perasaan..hik3

Rodiah Amir said...

hipokrit kang org marah kang dituduh talam dua muka.. so aku amalkan konsep bertindak mengikut keadaan. gitu sgt