Nuffnang BH

Jan 9, 2014

Dijentik dan terus dijentik

Aku dijentik kuat dan lebih kuat lagi.
Selama ini Allah bagi jentikan yang cukup buat aku hilang imbangan.
Aku cuba elak untuk jatuh dan terus imbangkan diri.
Seketika aku macam mampu untuk tegap berdiri.
Aku cuba dan puas mencuba. Cuba untuk tidak terjatuh.
Dan sekarang goncangan dah ke tahap maksima.

Apakah Allah mahu aku jatuh dan belajar?
Adakah aku jatuh dan tak dapat bangun lagi? Lemas atau mati?

Aku penat.
Rasa sesuatu ditarik perlahan dari jiwa.
Rasa yang mencengkam. Rasa membunuh dalam diam.
 Kalau dapat aku cari sebab aku begini alangkah bagus.
Tersepit antara rasa hormat dan derhaka.
Bimbang syurga makin menjauh bila aku lupa diri, bila cuba untuk hapuskan punca.
Terus jadi derhaka.

Allah Maha Mendengar..Allah Maha Mengetahui
Bantulah aku Allah
Sesungguhnya aku dalam kesusahan
Aku menderita dalam diam
Jiwa aku perlahan hancur tanpa sedar


No comments: