Nuffnang BH

Jan 29, 2014

didik anak dua tahun..

Salam,

Semalam or kerap kali jadi Ikhwan semakin membuas
Konsepnya kene bersabar
Tapi bila badan letih, otak penat nak fikir
Sabar tu semakin menjauh.

Macam semalam, hari yang stress selesai memasak
Baru start nak makan dia buat hal
Nak perhatian agaknya.
Tumpahkan makanan, nak suap sendiri

Tak marah, bersabar
Berfikir macamana nak buat dia faham
Dia kan baru dua tahun setengah

Memang islam ada cadangkan supaya beli rotan dan gantung kat dalam rumah
Tujuan untuk menggerunkan dia
Now kena start cari rotan
Dan tadi tengok video ni di FB
Boleh cuba. Cara orang Korea disiplinkan anak


Jan 22, 2014

Surat Layang 1


Kejam

Kenapa kau suka buat tuduhan melulu. Kenapa kau dengat sebelah pihak. 
Mana adil dengar sebelah pihak dan terus percaya. 
Kau selalu cakap tentang adil, zalim, hukum, neraka dan syurga. 
Sebab tu lahir rasa hormat sebab kau aku fikir kau selalu adil dan betul. 
Sebab aku selalu fikir kau betul la aku kecewa. Bukan sekali, bukan dua. 
Banyak sangat terlintas di telinga, depan mata kau agungkan yang salah. 
Dan kau terus percaya.

Topeng

Kenapa harus berkelakuan pelik. Buat biasa-biasa sudahlah. 
Aku dah Nampak diri kau dan masih mahu sembunyi di sebalik topeng. 
Kau terlalu beria. Terlalu mahu meniru sampai kau bukan diri kau. 
Tak gembirakah menjadi diri sendiri. Nampak sangat kau terdesak. 
Kau mencari sesuatu. Kau mengemis. 
Naikkan harga diri supaya aku boleh hormat kau. 
Jangan hilang arah. 
Imbangkan badan takut jatuh, nanti kau penat nak bangun semula selepas jatuh.

Cari salah


Memang sikap kau yang sempurna 
buat mulut kau tak henti memberi yang tak diminta. 
Itu ini semua ada silap. Kejayaan besar bila kau buat orang rasa gagal. 
Kau suka bila orang berubah muka. 
Kadang-kadang aku rasa kau memberi 
tanpa dipinta tu dah jadi seakan budaya, kemestian. 
Sekali kau tak buat kau rasa tak kena kan? Ingat, kerana mulut santan binasa. 

Jan 16, 2014

Pulau Pangkor - Jom Cuti

Hoi malasnya nak update entry pasal bercuti last year. Amboi macam dah lama sangat kan? Hahhahha. Padahal pergi 28-29 December 2013. Plan pun tak lama dan agak mengejut sebab layankan akak aku teringin nak berjalan time cuti sekolah. Nasihat siapa nak bercuti pergilah masa bukan cuti sekolah tapi kalau degil dan tahan lasak apa salah cuba. Kali ni bercuti yang dekat dan jimat duit. Tak nak penat drive dan tak ambil cuti ekstra pun. Kali ni bercuti ramai. 3 keluarga campur mak aku. Dalam anggaran 12 orang.

So kali ni jom jalan ke Pulau Pangkor Lumut. Naik dari Jeti Lumut, parking kereta kat parking bertingkat dengan bayaran RM12. Tiket feri RM10 pergi balik. Ramainya orang  sebab semua orang tahan lasak. Aku stay kat Teluk Nipah. Lepas buat survey google aku terpikat dengan Purnama Beach Resort. Harga room pun under budget, sangat dekat dengan laut then tempat dia bersih. Breakfast option sesuai dengan harga RM10. If compare resort macam Hornbil yang memang dekat dengan laut rasanya takda privacy kot. Tapi Purnama Beach Resort ni memang sebelah je dengan Budget Hotel. Masa kitaorg datang ni semua resort penuh. So sesiapa nak senang book dulu sebelum pergi kecuali hari biasa memang tak ramai orang. Pastu dari jeti ke Purnama naik van warna pink dia call teksi. Dia charge RM20. So senang jela boleh share kalau ramai-ramai ni. Jimat.

Depan laut memang ramai orang bukak kedai makan dan cenderahati. So memang tak risau pasal makanan. Harga still ok. Sabtu lepas check in kami semua jalan cari makan then mandi laut sekejap then sambung kat pool. Kejadian yang memang tak akan dilupa masa syok makan ada sorang mamat muda lagi, dengarnya konvoi ramai-ramai dari langkawi.  Tengah syok kunyah nasi tetibe dia menggelupur kena sawan pig. Kus semangat, kelam kabut akak kedai suruh jirus muka, kepala dengan air kasik sejuk. Dalam 3/4 minit menggelupur siap ramai-ramai pegang dia jangan menggelupur. Saat itu jugak selera makan ku bagai ditarik sekali. Tak lama lepas tu dia sedar dan dia memang tak sedar siap tanya member apa berlaku.

Malam hujan renyai dan keluar cari makan kat gerai yang bukak. Memang tak berani makan kedai jual seafood sebab harga mahal nak mampos kot. So malas just beli yang cepat dan kenyang. Esok pagi dah memang amik breakfast dengan resort so ok la. Masa kami datang ni musim hujan tak habis lagi. So renyai-renyai la hujan. Agak terbantut activity. Dah alang-alang sampai redah jela.
Esok lepas check out kami sewa van nak pusing pulau. Dia charge RM80. Untung pergi ramai sebab leh cut cost. Mula pusing stop kat Kilang Makanan kering kot nama dia. Gila beli sotong gula tu. Ok paling sedap keropok dia la aku rasa. Yang lain aku rasa biasa-biasa je. Oh suka ikan bilis jugak. Then dia stop kat Tokong Cina. Ha kat sini fridge magnet, dll amatlah murah compared to kat chalet. So simpan duit beli kat sini. Pastu ke tempat kesan tinggalan sejarah. Apa nama aku lupa. Then dia hantar kami ke jeti semula.


Pusing pulau sekejap sangat dats y aku pergi hari akhir. Sebenarnya ada activity macam pergi snorkelling and naik bot tapi kami tak buat. Atas factor anak kecik dan mak tak kuat sangat so banyak rehat je. Next time kalau pergi lagi mesti buat tu semua. Air laut Pangkor terbaik. Bersih. Next time nak bercuti lama sikit. 

Ikhwan kecik2 dan dapat naik feri..untungla

bersih..staff peramah

harga biasa bukan cuti sekolah bawah RM100.. untuk tidur shj ok

pool dia pon bersih..cantik

yg first skali tu chalet aku stay. depan pool ok. 

Jan 9, 2014

Dijentik dan terus dijentik

Aku dijentik kuat dan lebih kuat lagi.
Selama ini Allah bagi jentikan yang cukup buat aku hilang imbangan.
Aku cuba elak untuk jatuh dan terus imbangkan diri.
Seketika aku macam mampu untuk tegap berdiri.
Aku cuba dan puas mencuba. Cuba untuk tidak terjatuh.
Dan sekarang goncangan dah ke tahap maksima.

Apakah Allah mahu aku jatuh dan belajar?
Adakah aku jatuh dan tak dapat bangun lagi? Lemas atau mati?

Aku penat.
Rasa sesuatu ditarik perlahan dari jiwa.
Rasa yang mencengkam. Rasa membunuh dalam diam.
 Kalau dapat aku cari sebab aku begini alangkah bagus.
Tersepit antara rasa hormat dan derhaka.
Bimbang syurga makin menjauh bila aku lupa diri, bila cuba untuk hapuskan punca.
Terus jadi derhaka.

Allah Maha Mendengar..Allah Maha Mengetahui
Bantulah aku Allah
Sesungguhnya aku dalam kesusahan
Aku menderita dalam diam
Jiwa aku perlahan hancur tanpa sedar


Jan 6, 2014

tanggungjawab manusia

"Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang muslim, maka Allah akan membuka aibnya. Dan siapa yang aibnya dibuka Allah, maka Dia akan membukanya sekalipun di dalam rumahnya. (Riwayat Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)."

Berat sungguh tanggungjawab sebagai makhluk kat muka bumi.
Kita ini hidup bersaudara. Tangungjawab tu bersangkut paut.
Hubungan yang bermacam, adik, kakak, ayah, ibu, abang, anak saudara, sepupu, saudara sesame Islam.
Macam-macam jenis dan level tanggungjawab berbeza.
Menjadi tanggungjawab kita menegur dengan berhemah kalau saudara kita membuat salah.
Tapi harus kena dengan cara dan masa.
Melihat dosa-dosa berlaku depan mata buat aku terpana.
Sedih.
Macamana nak tolong supaya mereka tahu apa yang mereka buat itu satu dosa.
Mati itu pasti. Entah esok entah lusa.


Mana tahu nyawa dicabut malam ni juga.