Nuffnang BH

Dec 5, 2013

masih disini

Taip dan delete. Lama betul tak ada masa dengan diri sendiri. Selepas busy dengan life, kerja kat office, urursan peribadi langsung tak sentuh. Balik kampung suami dan demam terus meleret sampai la hari ni. Hari ke 12. Batuk masih melawat tapi kurang. Semalam seharian hidung berdarah, panas dalam. Setiap kali hembus mesti darah keluar sekali. 

Syukur kuasa Allah, aku masih bernafas, masih mampu berjalan dan bergembira. Masih ada orang penting dalam hidup. Syukur masih mampu senyum. Walau kehidupan turun naik. Tapi masih mampu untuk berfikir. Sekurangnya berfikir yang baik-baik.  

Masa dua minggu lepas masa jejak kaki balik kampung, hati terbakar. Suara sinis sindir badan semakin mengembang. Baru jejak kaki tak sempat suami matikan enjin, telinga disambut dengan kata sindiran semakin gemuk. Mengucap panjang. Berdoa tak mahu derhaka. Cuba kawal tak menjawab tapi gagal. Cuma dapat rendahkan suara sahaja.

Mak dah hampir sebulan balik kampung. Ambil peluang masa adik bongsu cuti sem. Lepas tu memang liat mak nak balik duduk dengan anak-anak. Berat hati nak berkeras. Tunggu masa sesuai aku bawak je terus balik KL. Malam-malam sebelum tidur fikir impian yang belum tercapai. Nak ada rumah sendiri, nak duduk buat bisnes sendiri, nak jaga mak, nak yang seronok-seronok tapi berat betul nak berdoa, nak meminta. Sombong betul rasa dengan Pencipta.

28 tahun hidup berkualiti ke solat aku? Nak jaga bagi cukup pun payah. Inikan pulak nak solat di awal waktu. Betul aku mengaku aku lebih suka solat di office. Kurang gangguan. Jadi bila penat bekerja, berhenti solat adalah jalan terbaik. Bila dekat rumah aku jadi leka, aku banyak halangan, banyak unsur tarikan. Nak cepat habiskan solat, tak pun anak ajak main bersama, suh teman tengok TV. Lemahnya iman.


Sekarang musim hujan. Semoga semua berada di bawah lindungan Allah. Banjir di pantai timur. Bera masih selamat.