Nuffnang BH

Sep 18, 2013

-tekanan-impak-hasil-

Salam,

Setiap pagi cuba amalkan zikir elak sihir, bala dan orang yang zalim. Cuba ingatkan diri supaya tak lupa doa mintak kat Allah supaya semua urusan dipermudahkan. Cuba jangan lupa diri dengan dunia sahaja. Terima kasih Allah kerana masih mendengar dan tak pernah lupa. Syukur. Allah turunkan petunjuk melalui apa saja makhluk yang Dia rasa Dia mahu. Allah berhak. Hari ini aku aku bersyukur Allah memilih seseorang untuk berkongsi petunjuk. Untuk aku bersedia. Petunjuk atau teguran yang aku rasa aku mudah nak terima. Yang tak mengguris yang buat aku berfikir macam-macam perkara. Terima kasih Allah. Terima kasih makhluk Allah.

Allah boleh bagi teguran bila-bila masa dan berbagai cara. Cara halus atau cara kasar. Cara yang menyenangkan atau cara yang boleh buat makhluk terluka. Sekali lagi bersyukur aku dipilih untuk cara yang halus. Sayangnya Allah kepada makhluknya. Alhamdulillah.

Teguran dari makhluk Allah tu suruh aku bersedia. Bersedia dengan apa sahaja. Peringatan supaya aku kekalkan batas dan sikap yang perlu ada. Menjadi professional dan tahu limit dalam apa jua keadaan. Jauhi conflict dan berbaik dengan semua orang. Perubahan kali ni aku rasa menyeluruh. Tapi hanya sebahagian yang akan terkena kesan. Kesan ke atas individu akan berbeza. Dan aku terpilih untuk kesan yang agak besar. Bukan senang kalau kita bukan pilihan. Harus tonjolkan sikap yang boleh “dibawa” kemana-mana.

Kita akan belajar dan kenal diri sendiri bila kita di uji. Bila diri dibawah tekanan. Semua sikap, tindakan, keputusan mencerminkan siapa kita. Adakah cerminan kita binatang buas? Orang kaya yang zalim? Cermin yang rapuh? Atau ais yang membeku? Paling utama, bagaimana kita memilih untuk memberi reaksi kepada ujian. Melatah? Tenang? Meraung? Meratapi? Menyalahkan?

Bila kita minta Allah supaya jadikan kita kuat Allah pasti makbulkan. Dengan cara, Allah turunkan pelbagai ujian. Sebab bila kita dapat atasi ujian, kita akan menjadi kuat. Jadi aku minta pada Allah aku mahu kuat dan urusan aku dipermudahkan. Aku mahu lepas ujian. Paling penting aku belajar sesuatu selepas mengharung ujian.


Kegagalan pada pertama kali adalah kesilapan, tapi gagal pada kali kedua adalah pilihan. 


No comments: