Nuffnang BH

Jul 12, 2013

Berpuasa Di Bulan Ramadhan kekdahnya

Salam,

Lama tak menaip sebab tak banyak kot cerita nak share. Hari ketiga berpuasa. Hari pertama makan nasi ambang. Kedua makan kat aeon big, nasi ayam sweet sour tp rasa lebih kepada sour je. Hari ketiga masih berfikir.

So far sahur masih gagahkan diri masak nasi dan lauk. Sekali pakej bekal Ikhwan la. So baru macam perasan Ikhwan cam debab makan nasi hari2, ke sebab aku puasa aku tak larat nak dukung dia? Ermm.

Hari pertama Ikhwan behave tak bangun kacau sahur pun, masuk hari kedua telinga dia sudah alert bila aku memasak. Cis.. dah la asyik nak melekat. Sekejap2 nak mama nak wash.. mama pis..mama tek.. dan macam2 lagi. Pandang abah dia sebelah mata je.

 Hari ni plan nak berbuka di rumah kakak ipar. Pastu sahur t nak goreng ikan bilis dengan bawang tu. Pastu telur ada. Telur dadar cukupla.

Bab baju raya untuk kedua pihak aku dah setelkan. Baru je. Adoi penat cari baju. Raya sebelah mertua ke ejaan dia mentua ha? Belasah je.. kami pakai warna hijau turquoise, sebelah Pahang pakai pink. Yes. Mr Zamri setuju nak pakai pink. Yeaahahhaha. Bukan baju melayu pon. Kemeja sebab balik Pahang dah raya ketiga mungkin. sobs.

Kuih raya dah order Cuma t tambah-tambah sikit. Pastu duit raya anak buah tak allocate lagi. Gaji still sama takde pun dapat tambah bila nak raya so kene bijak guna duit ni.


Hope raya kali ni berjalan lancer. Btw, before this gaduh nak balik raya. Tup2 boss suh mausk kerja awal. Kan dah kena. Allah tu Maha Mendengar. Gaduh lagi kan da dapat balasan.