Nuffnang BH

Jun 27, 2013

random la sangat

Situasi 1:

Kawan: lambat la bus arini, penat aku tunggu then x consistent lak masa. Suka hati je nak jalan pukul berapa.

Aku: haah memang pun. Selalu sangat macam tu. Tak pa aku plan nak comment kat FB diaorg suh improve.

Kawan: ala kau ni, perkara kecik kot, tak kan itu pun ko nak sound diaorg?

Aku: eh kita kan pengguna..ada hak kan? (tadi bukan ko beria complaint kata bus lambat?)

Situasi 2:

Kawan: aku geram gila officer tu buat macam tu. Tak adil bla3.

Aku: habis korang tak buat apa2 ke? Senior korang ada pergi jumpa ke? Ada slow talk ke? Tak pun ko g jumpa THE BIG BOSS.

Kawan: bukan ke officer tu baik dengan BIG BOSS? Ada perubahan ke kalau bagitaw pun?

Aku:  (usap dada) kalau sebelum ko usaha ko dah buat kesimpulan so memang tak guna aku nasihat apa-apa.

p/s: kawan bukanlah orang yang sama.

google image


Aku bekerja dalam persekitaran yang aku rasa hampir sama dengan semua orang kat Malaysia ni, politik, pijak memijak, ampu macam econ dan mangsa pemangsa. Ya memang tak boleh lari. Cara terbaik untuk aku survive ialah aku kene pastikan aku boleh/mampu berdikari di atas kaki sendiri. Berani justify in any action yang aku ambil dan aku rasa aku betul aku fight. Big Boss and second boss yang ajar. Jadi bila berhadapan dengan orang yang masih belum mampu untuk melawan aku rasa kasihan. 

No comments: