Nuffnang BH

Jun 27, 2013

random la sangat

Situasi 1:

Kawan: lambat la bus arini, penat aku tunggu then x consistent lak masa. Suka hati je nak jalan pukul berapa.

Aku: haah memang pun. Selalu sangat macam tu. Tak pa aku plan nak comment kat FB diaorg suh improve.

Kawan: ala kau ni, perkara kecik kot, tak kan itu pun ko nak sound diaorg?

Aku: eh kita kan pengguna..ada hak kan? (tadi bukan ko beria complaint kata bus lambat?)

Situasi 2:

Kawan: aku geram gila officer tu buat macam tu. Tak adil bla3.

Aku: habis korang tak buat apa2 ke? Senior korang ada pergi jumpa ke? Ada slow talk ke? Tak pun ko g jumpa THE BIG BOSS.

Kawan: bukan ke officer tu baik dengan BIG BOSS? Ada perubahan ke kalau bagitaw pun?

Aku:  (usap dada) kalau sebelum ko usaha ko dah buat kesimpulan so memang tak guna aku nasihat apa-apa.

p/s: kawan bukanlah orang yang sama.

google image


Aku bekerja dalam persekitaran yang aku rasa hampir sama dengan semua orang kat Malaysia ni, politik, pijak memijak, ampu macam econ dan mangsa pemangsa. Ya memang tak boleh lari. Cara terbaik untuk aku survive ialah aku kene pastikan aku boleh/mampu berdikari di atas kaki sendiri. Berani justify in any action yang aku ambil dan aku rasa aku betul aku fight. Big Boss and second boss yang ajar. Jadi bila berhadapan dengan orang yang masih belum mampu untuk melawan aku rasa kasihan. 

Jun 18, 2013

Pee Mak best

As Salam semua,

Macam last time dalam entry aku yang ni..cite antu tu aku dah nekad nak beranikan diri nak tengok cerita hantu. Imiginasi tinggi sangat tu selalu tak berani nak tengok cerita-cerita genre seram ni. Sebab kalau tidur takut hantu ada bawah katil. teruk betul.

Berbalik kepada cerita hantu tu memang sumpah lawak oi. Sape yang agak-agak ada masalah dan payah nak gelak pergi la tonton. Lagi best beli cd boleh ulang banyak kali.

muka masing2 memang mintak pelempang ok..very the kelakar nak mampos..

suke sgt watak hero dalam cerita ni..sweet manja..comel dan kelakar..owh suka dia

scene atas sampan paling buat aku ketawa xberhenti..teka siapa sebenarnya hantu..bnyk btol teori

even hensem n cantik nak kojol tapi sayang gigi nya hitam..hahhaha

cite antu.,.seram mesti ada..tapi banyak gelak la..
*semua image ehsan google ok 

Jun 17, 2013

Rawatan Terapi Sonotron..info, lokasi

As Salam,

Selagi ada nyawa selagi tu tanggungjawab terhadap mak tak akan habis. Semalam balik dari Pahang terus ke rumah kakak di Puncak Alam. Berkumpul dan akak sulong ada cadangan supaya mak try rawatan sonotron. Ok macam kedengaran Indonesia sangat. Today, google then ini dapat aku share. 

"Rawatan Terapi Sonotron merupakan rawatan bebas pembedahan kerana dikendalikan secara luaran oleh pakar terapi. Terapi sonotron memberi kelegaan serta-merta tanpa penggunaan ubatan atau dadah. Menggunakan teknologi Amerika Syarikat, mengeluarkan PANCARAN DISCAJ KORONA BERFREKUENSI RENDAH (0.43 MHz)"


gambar dari google
Rawatan sonotron diperakui selamat oleh pengamal perubatan. Ia tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan, selain pesakit akan berasa lemah selama beberapa jam selepas jam menjalani rawatan. Bagaimanapun ianya hanyalah sementara dan pesakit akan bertambah pulih. insyaAllah. 

Anda PERLU cuba rawatan Sonotron sekiranya mengalami: 
  • Stroke 
  • Gout
  • Asma (Lelah)
  • Bronkitis (terutama kanak-kanak)
  • Sakit Tekak/Batuk
  • Kayap/Ekzema/Kudis
  • Sakit Pinggang/Pinggul
  • Sakit siku/jari/lengan
  • Migrain
  • Angin ahmar (Strok)
  • Resdung
  • Sakit sendi lutut
  • Kaki terseliuh
  • Bengkak pada tapak kaki"
  • luka 
  • ulser
  • Masalah kulit/ jerawat
  • Gastrik

Bayaran:
Dari apa aku baca kos kebanyakkan dari range 30-200 mengikut sesi. Setiap sesi dianggarkan 15-30 minit.  

Lokasi: Sila call dan buat appointment dulu lagi bagus. 

Panmedic Sdn Bhd,
A-3-12, 8 Avenue PJ,
Pusat Perniagaan Seksyen 8,
Jalan Sungai Jernih 8/1,
46050, Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Malaysia.
Tel: 
60-3-7954 3622 

Fax: 60-3-7954 1622 



AN-NUR SPECIALIST HOSPITAL
No 14 & 16, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan
Tel: +603 8926 6060 | Fax: +603 8926 6067


Klinik Keluarga Dr Hj Mohd Khadzali
No. 3, Rumah kedai
Jalan AU 5C/K
Ulu Kelang, Ampang
54200 Kuala Lumpur
03 - 41083716
Isnin – Khamis (9pagi-1tgh, 5ptg-7mlm, 8.30mlm-11mlm), Jumaat (9pagi-12tgh, 5ptg-7mlm, 8.30mlm-11mlm)
Sabtu (9pg-1tgh)


Klinik Dr Fauziah, 
NO 15, JALAN 2A/1, OFF JALAN ULU YAM BANDAR
BARU SELAYANG FASA 2A, 68100 BATU CAVES,
SELANGOR
Tell: 03-61890753. 
Klinik tu buka setiap hari kecuali hari Ahad.

*since mak dah duk sini, aku memang cari area KL/Selangor.
*credit to blog ini cerita aku dan thecoloursofmylife 
*harap membantu info yang aku cari ni

Jun 13, 2013

Pee Mak (Kencing mak ke???)

As Salam,

Since last week dah plan dengan my best pren Maria Mercedes bukan nama sebenar nak dating. Yeah. Either bowling or Movie. Selak2 cite kat TGV macam tak berkenan sampailah pagi terus tertarik bila baca blog cik epal review movie. Terus bukak TGV online tgk trailer dia. Cilakoi sungguh kelakar..

Best part cite tu ada scene main regu. Our family favourite game. Berhantu mainan tu kalau adik beradik balik. Anak buah paling bersemangat main. hahhahhahha. So terus whatapps Maria Mercedes ajak tengok movie cite ni.

Terus macam semangat meronta-ronta nak cuti jumaat ni. Even cuti masih kene datang office amik minutes. Sepatutnya cuti tapi last minutes postponed buat masa aku cuti lak. Tapi takpela.. Ada hikmah kan.


Jun 6, 2013

Cerita Israk Mikraj yang seronok bila dibaca



Kronologi Israk dan Mikraj

1. Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. 

Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. 
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; 
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatiankepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Langit Pertama: 
Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

Langit Kedua: 
Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

Langit Ketiga: 
Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga 

Langit keempat. 
Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

Langit Kelima: 
Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

Langit Keenam: 
Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

Langit Ketujuh: 
Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WALHAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

Tangga Kelapan: 
Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permatapermata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Tangga Kesembilan: 
Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

Tangga Kesepuluh: 
Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya: Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam,hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S.W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang.
Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka. 

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..

Jun 5, 2013

STRESS DAN CARA MENGATASINYA MENURUT PANDANGAN ISLAM

Surah Al-Baqarah(2):155
Firman Allah yang bermaksud:  
“Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar”.
Hadis…….
“ Kesedihan atau malapetaka yang menimpa seseorang muslim merupakan kafarah kepada dosa yang dilakukan” ( Riadus Solihin )

2.1 PERUBAHAN FIZIKAL
* Sakit
* Terlalu kurus / gemuk
* Hilang keceriaan diri
* Lesu / letih
* Terlalu / tidak langsung berhias
* Agresif
* Suka mengelamun
* Sering lupa
* Mengasingkan diri

2.2 PERUBAHAN SIKAP
? Mudah marah
? Mudah bosan
? Tidak mampu menguruskan diri / kerja
? Suka Mengalihkan kemarahan 
? Sentiasa berpandangan negatif
? Hilang pertimbangan / separa sedar

2.3 PERUBAHAN EMOSI
? Terlalu cemburu
? Penyedih dan sensitif
? Terlalu gembira / riang
? Ego dan mementingkan diri
? Kemurungan
? Kerisauan / kebimbangan
3. KESAN TEKANAN 
3.1  POSITIF
? Sumber motivasi diri
? Perubahan positif
? Kecemerlangan diri
? Kuat berusaha
? Persaingan diri
? Optimis
? Keyakinan diri

3.2 NEGATIF
? Prestasi menurun
? Resah gelisah
? Hilang kesabaran diri
? Rasa bersalah
? Rendah diri
? Pesimis dan sensitif
? Hilang pertimbangan diri
4. TEKNIK MENGURUS TEKANAN
? Muhasabah diri / koreksi diri
? Mengenali punca-punca tekanan:
 -  Kurang Kemahiran
 -  Kurang Ilmu
 -  Kurang Komunikasi
 -  Hubungan dengan orang atasan dan bawahan
 -  Pengurusan Masa tidak cekap
 -  Masalah keluarga/kewangan dll 
? Ambil tindakan tertentu:
 -  Menghadiri kursus
 -  Dapatkan bantuan pakar
? -  Meningkatkan ilmu/kemahiran komunikasi dll

5.  FAKTOR –FAKTOR STRESS
5.1 FAKTOR DALAMAN
? Keinginan melakukan yang terbaik
? Terlalu ideal
? Tiada keyakinan diri
? Putus asa / rendah diri
? Kurang pengetahuan agama
? Terlalu menjaga kepentingan orang lain
? Desakan untuk mendapat pujian / penghargaan
? Kaki kerja (workholic)
? Gagal menguruskan masa
5.2 FAKTOR LUARAN
? Ketua / majikan ( arahan tidak jelas & tidak sekata)
? Konflik Pasangan hidup  (suami / isteri)
? Konflik keluarga (anak bermasalah, penceraian ibubapa, dll)
? Pengaruh dan masalah dengan Rakan / sahabat / jiran
? Perubahan kerja yang terlalu kerap
? Penempatan yang terlalu lama di suatu tempat kerja
? Persekitaran dan kurang kemudahan/prasarana
? Tidak mendapat penghargaan
5.3 FAKTOR ISU SEMASA
? Kegawatan ekonomi dunia  
? Malapetaka / musibah
? Jatuh sakit
? Perubahan politik
? Kehilangan orang yang disayangi / tempat bergantung
? Perubahan status / kedudukan
? Gagal dalam memenuhi kehendak jabatan
? Perpisahan dan perceraian
6. TINDAKAN PEMULIHAN TEKANAN
? Ubah rutin hidup
? Latih diri dengan situasi baru
? Bertenang, sabar, kawal, abaikan
? Latih berfikir secara positif dan berusaha membuat perubahan positif
? Redha dan menerima situasi
? Dapatkan sokongan emosi daripada orang yang mempunyai hubungan rapat (kawan,ibubapa, suami isteri)
? Rehat, bercuti atau pindah
? Bersenam
? Sedar tahap keupayaan diri
? Seimbangkan aktiviti kehidupan
? Membuat perancangan yang teratur
? Pertingkatkan kemahiran / pengetahuan dalam pelbagai bidang
? Pertingkatkan ibadah / taqarrub kepada Allah
? Elakkan perkara yang dilarang agama / mendatangkan kemudaratan kepada diri
? Dapatkan nasihat pakar
7.  PENAWAR ROHANI
? SOLAT
  a. Hajat
  b. Taubat
 
 Firman Allah yang bermaksud: “ Mintalah pertolongan dengan Allah dengan sabar dan mengerjakan sembahyang”. ( Al-Baqarah (2):153)
? DOA 
 -  Doa mengelakkan lapan perkara:
  1.  Rasa sedih
  2.  Dukacita
  3.  Malas
  4.  Lemah
  5.  Penakut
  6.  Bakhil
  7.  Bebanan hutang
  8.  Gangguan Manusia
? ZIKIR
 -  Sebutlah nama Allah, Insyaallah hati kamu akan tenang.
? BACA AL-QURAN
 -  Al-Quran adalah penawar bagi segala penyakit
8. Apakah kesan buruk gejala stress?
Kesepian dan menyendiri merupakan simptom susulan akibat stress. Jika tidak diatasi, kesan buruk yang lebih serius boleh berlaku seperti tekanan perasaan dan bunuh diri. Jadi, atasi stress segera dengan bertenang & berfikiran positif untuk kehidupan yang lebih sihat.

9.  KESIMPULAN
Setiap manusia tidak terlepas dari ujian hidup.  Yakinlah setiap masalah ada jalan penyelesaian dengan syarat tabah dan redha menghadapi segala ujianNya.

Rujuk sini penerangan Suntingan dan sumber dari JAKIM

unnecessary stress

Unnecessary Stress

Aku memang keturunan kalau stress aku leh terbabas. Aku jadi baran dan hilang pertimbangan. Sampai dulu masa diploma orang panggil aku emo. Minah emo. frankly speaking i hate dat world..cam lahanat der. Dua tiga minggu lepas aku ada terfikir pasal unnecessary stress ni. Memang nak share kat blog then today is the kemuncak day. Aku geram. Orang yang konon tak emo sebenarnya lagi emo. Ptui. Whatever la kau nak gelar aku pun. 

Office
bila aku jumpa bos pastu ada jiran sound "wah rajin jumpa bos". bila discussion " wah gile babi kerja tak henti". memang ko ingat tu kelakar tapi bagi aku tak kelakar langsung. sekali dua aku leh terima, kali ke empat ratus aku jadi muak dan aku rasa tekanan sebab aku pendam yang aku tak suke bila ko sibuk nak campur hal aku. lagi unnecessary stress. 

Kawan
soalan bangang dari kawan aku bila nak tambah anak since Ikhwan dah masuk dua tahun. Sekali dua soalan tu macam aku rasa biasa sangat. Tapi bila aku "patahkan" pertanyaan dia dengan statement "ko kahwin dulu pastu aku baru jawab" telah mengakibatkan kesan stress yang tak terurus. orang yang macam ni bagi aku telah menambah unnecessary stress dalam hidup aku. So cara baik is aku jauhi unnecessary stress.

Anak
Anak aku kalau anta g umah pengasuh balik mesti ada lebam kene gigit. cucu angkat pengasuh gigit bila main-main. anak aku gigit tapi tak power xlebam. dalam otak hari-hari fikir macamana nak buat? pastu tekanan bila fikir kalau jadi ape-ape yang tak elok. Pastu fikir benda lain yang macam tak patot fikir, aku dah tak leh produce susu lebih banyak contohnya. padahal aku dah usaha lebih dari biasa. aku tak dapat control benda-benda yang luar kawalan tapi aku nak try jugak. see unnecessary stress. lagi bagus kalau aku berusaha luar biasa dan aku berdoa dan aku redha dan kalau masih tak berjaya namanya takdir la kan. 



adik beradik bujang.. 3 A

As Salam,

Kalau dalam family aku anak ke 6 (dari ke daripada patut aku guna nih? confuse!!!) from 10 siblings. Dalam 10 anak masih tinggal 3 bujang yang lain telah dimiliki. chewah dimiliki sangat. oleh sebab arini nak cerita pasal anak bujang so aku malas kira total cucu wan miah n arwah tok amir. dalam belas-belas gak la. Kalau raya semua ada kat rumah asyik kene masak dan basuh pinggan. ok tak suka part tu hahahaha.

Anak bujang paling berumur (Ani)
- dah dapat kerja dalam bidang dia belajar. fuh lega sebab sebelum ni dia stay dengan aku kerja macam-macam. bukan tak ok, cuma yela kan, study lain kerja lain macam tak achieve goal dia belajar je. tak dapat praktikkan. Alhamdulillah matang nak handle hidup sendiri. Paling penting tahu bezakan baik buruk. Pandai cari kawan dan tahu balas jasa mak dan abah. So sangat tak risau kalau  dia nak buat apa-apa.

Anak lelaki terakhir bujang (Ayoi)
- kerja biasa-biasa dan paling tak matang dalam family. Manja dengan mak dan kuat memberontak. Yang bagus dia ialah penyayang dan lembut hati. Tapi nakal nauzubillah. Doa-doa dia diberi petunjuk dan Hidayah. rindu zaman kecik nak buli dia je.

Anak bujang paling bongsu (Ayu)
- baru mendaftar masuk matrikulasi. adik aku yang bongsu of cos kasih sayang lain sket berbanding dengan yang lain. semenjak arwah abah dah takde, rasa tanggungjawab nak beri apa yang adik perlukan tu meluap-luap. Semalam call adik. gossip, kutuk-kutuk sikit, tanya khabar dan adik nak guna duit beli buku. ok cancelkan shopping list bulan ni, kasik adik duit. Selalu cakap adik suh jadi dentist. since abang sulong doctor so paksa adik jadi doctor jugak. macam pembuka dan penutup is doctor. adil x? hahahhaha. tapi adik ada cita-cita sendiri. adik nak jadi Engineer. ptui sebab adik tak minat biologi so dia tak mo jadi doctor. jadi doctor kene amik bio ke? eh..

kasih sayang sampai syurga

my family my HERO