Nuffnang BH

May 23, 2013

menjelang wesak day..baby mati lemas


As salam

Esok cuti wesak dan semalam hari pemalas. Pas berbuka aku melepek nak tidur tapi meracau sebab panas nak mati. Asyik ulang alik bilik air basahkan kaki pastu baring depan kipas. Tak pedulikan ikhwan, adik aku, dan suami. Semalam pulak suami kene rasuk hantu raya nak mengemas rumah. Dia start kemas dapur, meja makan, dan basuh kain.

Sambil bebel muka masam dan aku buat tak dengar. Nampaknya trick buat-buat pekak berkesan. Rupanya kakak dia nak singgah rumah patut mengemas beria sangat.

Semalam baca berita baby 14 bulan lemas dalam baldi. Takut jugak. Ikhwan suka main air dalam baldi. Suka main mini kolam dia. Kadang-kadang macam cuai jugak. Memang la ajal tapi kalau boleh tak mo menyesal sebab perbuatan kita anak terkorban.

baldi tu sebijik macam yang aku punya ada kat rumah
Semalam lepaskan hajat buat tempura sayur. Aku beli terung purple, bendi, and carrot. Ikhwan suka. Beli tepung dia bancuh dan goreng. Yea jadik. Tetibe rindu kehidupan lama. Nak ada masa keluar makan, main bowling, tapau makanan. Nak buat assignment, nak merasa perasaan bila class cancel, jawab test, periksa akhir tahun dan convo.

Rindunya semua tu. Kalau boleh undur masa memang tipu la kan. Hidup kene nyata. Taw mimpi or kenyataan. Malam tadi mimpi benda tak elok. Mimpi orang fitnah aku. Kurang hajar dalam mimpi pun ikut masuk jugak. 

No comments: