Nuffnang BH

May 22, 2013

bermuka - muka dan kaitan dengan kuih talam


Dalam kehidupan seawal kita mencelik mata kita dah ada pilihan, lebih dari satu. Pilih untuk bergembira atau bersedih, menjadi positif atau negative. Untuk kisah silam semalam aku biasanya kuburkan dengan kesimpulan untuk hari ini. Apa next action item bergantung kepada kesimpulan pagi ini. Memang apa yang dijangkakan akan terjadi jadi sebolehnya aku tolak semua unnecessary stress. Contoh: aku dengar orang bercakap buruk di belakang aku. Aku risau fikir kalau aku berdepan dan clearkan keadaan keadaan akan bertambah buruk dan aku hanya akan menambah musuh. Lihat unnecessary stress disitu bila aku mula fikir apa orang kata dan tentang menambah musuh. Aku boleh rancang atau amik satu action plan dengan muhasabah diri dan cuba menjauhkan keadaan yang boleh perangkap aku.

Aku lahir pada bulan November. Kalau ikut tafsiran bulan kelahiran oleh Dato’ fadilah kamsah orang November banyak berimiginasi dan perangainya berubah-ubah. Kalau hari ni dia Nampak taksub dengan sesuatu esok ada kemungkinan dia Nampak lesu dan benci perkara itu. Sebab along the journey sifat berimiginasi yang tinggi buat dia buka mata dan minda. Banyak kebrangkalian yang buat dia ubah fikiran. Seperti aku mungkin arini aku keluarkan kata-kata negative pasal seseorang sebab aku belum sempat kenal lebih mendalam, dan mungkin selepas sebulan dua aku menjadi akrab sebab aku kenal diri dia. Jadi orang diluar mungkin anggap aku bermuka-muka. Dulu kata tak suka, and now??

Aku tulis ini atas dasar perkara ni berlegar di minda. Kalau sesiapa terasa. Padan muka kau.