Nuffnang BH

Apr 2, 2013

weekend yang sudah


Tadi pagi taip pasal sesuatu yang serius. Tentang nak jadi kaya, nak cari duit lebih. So petang kene taip yang lebih santai. Sepatutnya dulu2 masa bujang aku seorang yang simple. Aku lebih suka yang senang difahami. Sekali baca dan semua paham maksudnya. Bila sudah melalui zaman berbadan dua, ditiduri suami dan punya anak, operating system aku sedikit berbeza. Lambat dan perlu sentiasa service.

Seorang blogger perlukan identity. Identity tu boleh kita cari dalam entry2 yang blogger tu buat. Bila aku baca kembali entry2 sebelum ni aku terdiam? Ape jenis category aku ni? Fikir lagi sampai jumpa jawapan.  

Jumaat lepas mak aku baru sampai dari Negara di bawah bayu. Bercuti dan menghabiskan duit jumpa anak lelaki di sana. Release tension katanya. Maka sesudah sampai melepaklah aku bersama adik beradik yang lain dengan misi nak bersuka ria esok harinya.

Sabtu pagi siapkan bihun sup dengan kelajuan maksima untuk jamu kakak sekeluarga dan terus keluar mengasah bakat bermain bowling. Sambil main sambil gelakkan bola masuk longkang. Bergembira sampai ke malam. Ahad tak mahu kalah, sang suami ajak meneroka nilai 3, walau ikhwan demam tapi masih gigih melaksanakan misi. Kecundang juga akhirnya terbeli sepasang baju raya, tikar upin ipin, dan tudung. Pastu menyesal sebab baru perasan yang esok baru 2 haribulan April. Jauh lagi nak tunggu gaji.

Sudah la bebel kali ni. Cuba untuk kekalkan identity untuk mudah difahami.
Sekian.