Nuffnang BH

Apr 11, 2013

semangat.kerja..harus betul


As salam,

Ini adalah entry semangat satu hari satu entry. Semangat ini kadang2 membuak2 dan kadang2 tak pernah wujud langsung dalam diri. Maka tibanya hari ini bila sampai di office pada jam 8:16 pagi. Sedang dalam perjalanan otak berfikir macam2 perancangan untuk satu hari ini.

Kerja
Mempunyai Masalah adalah kehidupan yang normal bagi seorang manusia. Lain pula jika kita adalah seorang atau seekor alien. Tekaan aku alien tidak mempunyai masalah barangkali. Sebab aku tak pernah berkawan dengan alien. Jadi ia normal bila manusia mempunyai masalah. Dalam hal kerja memang banyak masalah akan timbul. Harus rajin menolong orang dalam melaksanakan apa yang dicita. Kena rajin/ringan tulang. Masalah juga jika berkomunikasi dengan orang yang berpangkat lebih besar/tinggi. Mahu dilayan seperti raja. Dan aku semestinya hamba rakyat jelata yang hina. Ok tak perlu jadi hina.

Ikhwan
Balik dari Melaka bandaraya bersejarah Ikhwan alami demam sakit perut yang agak teruk. Seperti perangai aku yang jika demam mesti datang dengan pakej sakit perut terberak cair dan selera makan yang menggunung tinggi. Berlainan dengan Ikhwan pakej dia tak lalu makan dan tambah dia kuat minum air masak sahaja. Ok anak sudah kurus. Sepanjang kesakitan dia asyik melarat dan merengek dan asyik tidur. Mana tak risau. Dan hari ni dia semakin aktif semula. Makan tak perlu dipaksa. Oleh itu harus meraikan hari kesihatan semula anak aku. Nanti fikirkan harus makan dimana. Makan lagi. Aishhh.

Suami
Semakin rajin, semakin rancak berkongsi cerita tentang kerja menimbun dan dijangkakan akan semakin sibuk sebab pihak atasan merasakan suami terlalu membuat kerja dengan pantas dan Nampak seperti tiada kerja di office. Bunyinya kelakar kan? Ianya benar. Bekerja dengan pantas dan menyiapkan tugasan lebih awal dari masa yang diberi adalah bahaya. Ia mengundang banyak kebarangkalian. Kebarangkalian pertama pihak atasan merasakan suami pandai meng adjust masa dan pantas membuat kerja, kedua suami terlalu selesa dengan kerja yang tak seberapa padahal hakikatnya kerja banyak macam orang gila. Woha. Ok ini semua disebabkan dua hari suami berpuasa dan keluar office pada pukul 6.30 petang kerana mahu berbuka puasa bersama isteri terchenta. Binawe. Kene pura2 sibuk ke macam ni?

Sekian berita melaporkan.

No comments: