Nuffnang BH

Apr 2, 2013

Kenapa perlu tukar duit kertas kepada emas fizikal?



Kenapa perlu tukar duit kertas kepada emas fizikal?

Wah otak aku memang sangat tak boleh nak menulis macam orang berbisnes. Puas aku intai2 blog orang yang tulis pasal emas. Konon2 nak buat entry macam terror padahal ilmu takde la mendalam sangat. Ok la baik aku tulis macam apa aku paham ok. Aku memilih melaburkan duit aku, atau nama lain duit kertas yang aku simpan dalam bank tu dan tukarkan kepada bentuk fizikal emas.

Yes. Emas. Aku ni dulu mengaji berkaitan bisnes la jugak, so aku memang terdedah kepada emas dah lama dah. Masa belajar dulu duit lebih takde so aku pendam jela perasaan nak beli emas. sekarang dah bekerja baru berpeluang. So sesiapa ada peluang sedari kecil (muda) gunakan peluang sebaik mungkin. Kenapa aku pilih fizikal emas?

- Tahan lama & kalis inflasi – rumah, kereta, wang kertas semua tu terdedah kepada risiko susut nilai, dan musnah. Kalau dulu seringgit boleh dapat 5 biji karipap sekarang perlukan 2 ringgit untuk dapatkan kuantiti yang sama. Berbanding emas smakin lama nilai semakin tinggi. Tak percaya? Cuba check harga emas segram pada tahun 2001 dan bandingkan dengan sekarang? Mesti teruja.

- Senang nak convert kepada cash – jika dibandingkan dengan yang lain emas lebih mudah untuk dijual atau digadai dengan harga yang tinggi.

- Low risk and high income

- Sendiri punya emas, sendiri jaga – jual bila rasa memerlukan duit.

- Diiktiraf seluruh dunia – emas boleh diniagakan diserata dunia, jadi pilih emas fizikal yang international dan diterima dimana2.

- Kadar pulangan 20-35% setahun, kalau dibandingkan dengan simpanan di ASB (6%), Tabung haji(7%) dll. (yang ni sebab kukuh aku terjerumus dalam emas.

Erm so far itu antara sebab2 aku memilih emas. lain entry aku share lagi. benda lain. Kalau ada pe2 soalan boleh tanya. Ilmu yang ada haruslah dikongsi bersama. 

p/s: emas fizikal adalah pelaburan sederhana dan jangka panjang. Bukan untuk mendapat  pulangan bulanan ye kawan2.