Nuffnang BH

Apr 11, 2013

Juvana & kes buli ketua darjah

As Salam,

Allah Maha Besar. Tadi selepas membaca di blog oh bulan aku jadi takut. Jadi risau dengan keadaan budak2 sekarang. kes ketua darjah dibuli dan dipukul ramai2 tu buat aku jadi fobia kot nak hantar anak aku kesekolah. Anak aku lelaki. Kalau anak aku yang menjadi mangsa, yang disepak diterajang tanpa belas bagaimana? 

Luluh hati mak bapak mangsa dan jugak si pelaku. Ramai pulak tu yang join tengok dan rakam. Ini ke wajah pemimpim kita di masa hadapan? 

Dalam artikel tu disebut filem Juvana beri kesan dan budak2 tu meniru aksi dalam cerita tu.. Jujurnya aku rasa aku tak menyalahkan seratus peratus yang filem adalah faktor utama menyumbang kepada berlakunya jenayah buli ni. Banyak faktor di ambil kire. Peranan mak bapak, didikan, agama dan macam2 lagi. 

Aku setuju filem Juvana memang ganas, kasar dan itu hakikat kehidupan sekarang. Kita manusia mana mampu menghalang perubahan pembangunan. Pembangunan negara, kadar Jenayah akan naik selari. itu pendapat aku. Tapi kalau ilmu agama di asuh dari kecik, aku tak rasa jenayah macam ni boleh berlaku. 

Sedihnya rasa kasih sayang sesama umat itu macam tak wujud. Perasaan belas kasihan. Aku doakan yang terbaik kepada mangsa buli. Jangan takut meneruskan kehidupan. Logik berlaku si mangsa akan mengambil tindakan bodoh seperti bunuh diri..nauzubillah. 

Dan hukuman kepada pembuli iaitu buang sekolah. Adakah itu tindakan terbaik Sekolah mampu buat? Apa akan jadi kepada mereka selepas itu? samseng? masuk rumah/ sekolah budak2 jahat? atau apa?