Nuffnang BH

Mar 25, 2013

rawak


As Salam,

Allahuakbar. Kepala pening fikir macam-macam. Layan kerenah orang di sekeliling. Bila penat: badan penat otak penat mula la semua tak kene. Nak buat keputusan nak masak apa masa hujung minggu pon amik masa 2 tahun lamanya nak fikir. Over la sangat. Sadis ok.

Last week on Friday, office ada wat tournament bowling. Tak menang pon tapi meriah. As usual aku jadi part of community. Baik buruk event community la tanggung. Tak cukup itu, tak cukup ini memang kene atasi sebelum event start. Dah selesai event memang takde makna nak fikir. Tunggu meeting post-mortem baru luah semua yang serba kurang tu.

Macam lama sungguh tak menulis kan. Busy dengan duniawi. Dan aku skang sangat perasan yang aku tak perform  dah skang. Kira macam KPI aku tak achieve. KPI  aku dengan Penciptaku. Allah. Bila badan penat aku lambatkan solat. Amboi sesuka hati aku lambat2. Pastu bila lambat mula la kadang2 tertinggal. Nak tambah berdosanya lagi isyak selalu missed. Haishh. Takut dengan azab neraka tapi masih malas nak tunaikan kewajipan.  

Aku masih lagi mencuba yang terbaik. Nak jadi isteri baik/solehah, nak jadi ibu yang tak menitiskan air mata anaknya, nak jadi anak yang boleh buat mak gembira selamanya. Mampu ke?

Sekarang dah start nak kuruskan badan. Nak jaga balik apa yang tak terjaga. Oleh itu mari sokong aku ke arah kebaikkan ini. Kalau berkesan nanti aku share pe aku buat. Kalau tak berkesan aku diam2 sudah. Hahahha.