Nuffnang BH

Mar 15, 2013

memilih untuk berjaya..EMAS


As salam sudah Jumaat,

Masih ingat entry ni: cara buat duit last time aku cerita macamana aku nak tambah pendapatan sedia ada. Kalau dalam otak sekarang ada macam-macam. Tapi dek kekangan modal, masa dan pengalaman memang tak dapat nak proceed semua tu. Macam aku cakap la kan, nak senang bukan sekelip mata. Amik masa.

Aku baru berjinak-jinak dengan dropship. Sesape yang tak tahu sila google la eh untuk keterangan lanjut, tapi konsep dropship bagus untuk beginner macam aku ni. Yang tak de modal tapi nak tambah side income. Next time aku share pasal dropship ok.

This time aku nak share pasal sesuatu yang menjana pendapatan. Aku rasa semakin hari orang dah semakin sedar kot pasal ni. Sesuatu yang menguntungkan iaitu EMAS. Aku diperkenalkan pasal emas ni oleh kawan satu pejabat. Memang dari dulu lagi aku berminat nak buat duit dengan EMAS. Yang memang tak tipu, yang terpaksa cari downline bagai. Sebab aku clear dengan EMAS so aku memilih buat investment dengan EMAS.

Memang banyak bentuk pelaburan emas. Ada fizikal, online, account simpanan dan macam2 lagi. Since aku ni ilmu pelaburan pun masih cetek so aku ambil langkah mudah dan low risk untuk melabur EMAS fizikal. Pernah terdetik nak bukak akaun emas kat bank tapi bila baca bab haram/halal buat aku ragu-ragu. So aku meneruskan niat aku membeli dan menyimpan bar gold.

Cukup untuk kali ni. Next entry aku cerita kenapa aku yakin untuk beli dan melabur duit untuk emas. Jumpa lagi nanti.