Nuffnang BH

Mar 12, 2013

Kenali Potensi Diri - Peluang



As Salam,

Sejak sebelum kahwin banyak dapat peluang untuk dengar talk macamana nak tolong diri sendiri dan tambahkan pendapatan. Tentang unit trust, takaful, dan seangkatan dengannya. Memang diakui semua yang aku tulis tadi memang adalah cara2 orang nak tambah pendapatan.  Memang syok kalau baca pengalaman orang yang berjaya buat sampai kaya raya.

Macam2 jenis orang aku jumpa sepanjang penglibatan aku mendengar talk2 tu. Ada yang ok, ada yang sekadar mencuba dan ada yang sedang2. Sedang2 tu maksud aku masih mencuba keserasian dengan peluang yang datang dalam hidup. Peluang yang sebenarnya bukan satu kebetulan tapi satu pilihan.

Sekadar berkongsi pengalaman aku pernah jadi consultant takaful. Siap amik exam bagai. Masa tu semangat berkobar-kobar. Yakin boleh buat tapi tak sepenuh hati. Entah keserasian tu tak maksima kot. So end up dengan aku malas nak buat. Aku stop. Bukan salah team leader. Bukan salah sesiapa. Salah diri sendiri la.

Dan sekarang aku rasa aku jumpa sesuatu yang baru. Masih menambah pendapatan. Masih kene berusaha. Aku doa aku dapat buat dengan jayanya. insyaAllah next entry aku cerita apa aku buat. Sampai sini dulu. 



No comments: