Nuffnang BH

Mar 29, 2013

Psychologists say

which one is urs?
mine??? all may be..
credit to facebook


longer..problems..bigger..stop..face

i got this from facebook 


Mar 28, 2013

rawak








As salam,

Dari rumah perasaan dah tak best. 
Datang office jenguk blog lagi bertambah tak best. 
Aishh. Benci sungguh. 

Macam nak lepaskan ke dinding. 
Nak kongsikan dengan seseorang.
oh aku terlupa yang aku memang keseorangan. 

senyap. sunyi. 


benih benci

As Salam

ini aku baca dari blog kawan aku bila bersoal jawab


Mar 27, 2013

wahai ATM Pin number...muncullah


As salam,

Semalam sibuk nak keluar duit sebab nak langsaikan hutang semua. Dan beberapa minggu lepas ada open account cimb Islamic. Dijadikan cerita sangatla bagus aku terlupa no pin cimb. Memang bangang sebab masa nak create pin aku macam dalam konflik. Arghh bab nombor ni fail bila nak hafal. I hate u nombor. Ok emo. Semalaman aku fikir, sebab siangnya aku dah try 2 kali no yang aku rasa aku akan guna. Tapi GAGAL. Oh Ya Allah. Lemahnya hambamu ini. Sangat hina.

Dan sebab malas nak fikir. Pedih otak woo fikir banyak2. Aku call customer service. Dahla banyak kali failed nak bercakap dengan operator sebab system layan diri dia kene key in ic and asyik cakap aku salah masuk ic. Dahla aku hate number pastu leh lak dia nak ragu2 kan aku ni. Hahhahah so after bersusah payah baru dapat bercakap. 

Staff tu cakap aku kene pergi semula kat branch aku open account then kene tunjuk ic, isi boring dan point paling takleh blah is aku akan dikenakan charge rm12 atas keterlupaan aku. What the heck. Dan aku Tanya lagi kalau kes ATM kene block pon sama je charge je. So baik aku pergi try sampai block baru g buat baru hahahah. Bukan ke patotnya leh reset je? Ke aku yg agak bodoh dalam hal ini? Dunia tanpa duit..memang takla kan?

So far aku dah selamat create cimbclick. Alhamdulillah. So aku berniat tak nak keluarkan duit tapi in case need money kene transfer ke maybank dulu la cenggitu. Kire orait gak sebab berdoa kat Allah mintak aku dikurniakan perangai konsisten menyimpan dan tak withdraw. So memang termakbul. Allah Maha Mendengar yaw. Gigih la aku menyimpan.


Mar 25, 2013

rawak


As Salam,

Allahuakbar. Kepala pening fikir macam-macam. Layan kerenah orang di sekeliling. Bila penat: badan penat otak penat mula la semua tak kene. Nak buat keputusan nak masak apa masa hujung minggu pon amik masa 2 tahun lamanya nak fikir. Over la sangat. Sadis ok.

Last week on Friday, office ada wat tournament bowling. Tak menang pon tapi meriah. As usual aku jadi part of community. Baik buruk event community la tanggung. Tak cukup itu, tak cukup ini memang kene atasi sebelum event start. Dah selesai event memang takde makna nak fikir. Tunggu meeting post-mortem baru luah semua yang serba kurang tu.

Macam lama sungguh tak menulis kan. Busy dengan duniawi. Dan aku skang sangat perasan yang aku tak perform  dah skang. Kira macam KPI aku tak achieve. KPI  aku dengan Penciptaku. Allah. Bila badan penat aku lambatkan solat. Amboi sesuka hati aku lambat2. Pastu bila lambat mula la kadang2 tertinggal. Nak tambah berdosanya lagi isyak selalu missed. Haishh. Takut dengan azab neraka tapi masih malas nak tunaikan kewajipan.  

Aku masih lagi mencuba yang terbaik. Nak jadi isteri baik/solehah, nak jadi ibu yang tak menitiskan air mata anaknya, nak jadi anak yang boleh buat mak gembira selamanya. Mampu ke?

Sekarang dah start nak kuruskan badan. Nak jaga balik apa yang tak terjaga. Oleh itu mari sokong aku ke arah kebaikkan ini. Kalau berkesan nanti aku share pe aku buat. Kalau tak berkesan aku diam2 sudah. Hahahha. 

Mar 15, 2013

memilih untuk berjaya..EMAS


As salam sudah Jumaat,

Masih ingat entry ni: cara buat duit last time aku cerita macamana aku nak tambah pendapatan sedia ada. Kalau dalam otak sekarang ada macam-macam. Tapi dek kekangan modal, masa dan pengalaman memang tak dapat nak proceed semua tu. Macam aku cakap la kan, nak senang bukan sekelip mata. Amik masa.

Aku baru berjinak-jinak dengan dropship. Sesape yang tak tahu sila google la eh untuk keterangan lanjut, tapi konsep dropship bagus untuk beginner macam aku ni. Yang tak de modal tapi nak tambah side income. Next time aku share pasal dropship ok.

This time aku nak share pasal sesuatu yang menjana pendapatan. Aku rasa semakin hari orang dah semakin sedar kot pasal ni. Sesuatu yang menguntungkan iaitu EMAS. Aku diperkenalkan pasal emas ni oleh kawan satu pejabat. Memang dari dulu lagi aku berminat nak buat duit dengan EMAS. Yang memang tak tipu, yang terpaksa cari downline bagai. Sebab aku clear dengan EMAS so aku memilih buat investment dengan EMAS.

Memang banyak bentuk pelaburan emas. Ada fizikal, online, account simpanan dan macam2 lagi. Since aku ni ilmu pelaburan pun masih cetek so aku ambil langkah mudah dan low risk untuk melabur EMAS fizikal. Pernah terdetik nak bukak akaun emas kat bank tapi bila baca bab haram/halal buat aku ragu-ragu. So aku meneruskan niat aku membeli dan menyimpan bar gold.

Cukup untuk kali ni. Next entry aku cerita kenapa aku yakin untuk beli dan melabur duit untuk emas. Jumpa lagi nanti. 



Mar 12, 2013

Kenali Potensi Diri - Peluang



As Salam,

Sejak sebelum kahwin banyak dapat peluang untuk dengar talk macamana nak tolong diri sendiri dan tambahkan pendapatan. Tentang unit trust, takaful, dan seangkatan dengannya. Memang diakui semua yang aku tulis tadi memang adalah cara2 orang nak tambah pendapatan.  Memang syok kalau baca pengalaman orang yang berjaya buat sampai kaya raya.

Macam2 jenis orang aku jumpa sepanjang penglibatan aku mendengar talk2 tu. Ada yang ok, ada yang sekadar mencuba dan ada yang sedang2. Sedang2 tu maksud aku masih mencuba keserasian dengan peluang yang datang dalam hidup. Peluang yang sebenarnya bukan satu kebetulan tapi satu pilihan.

Sekadar berkongsi pengalaman aku pernah jadi consultant takaful. Siap amik exam bagai. Masa tu semangat berkobar-kobar. Yakin boleh buat tapi tak sepenuh hati. Entah keserasian tu tak maksima kot. So end up dengan aku malas nak buat. Aku stop. Bukan salah team leader. Bukan salah sesiapa. Salah diri sendiri la.

Dan sekarang aku rasa aku jumpa sesuatu yang baru. Masih menambah pendapatan. Masih kene berusaha. Aku doa aku dapat buat dengan jayanya. insyaAllah next entry aku cerita apa aku buat. Sampai sini dulu. 



rawakkan

As Salam,

aku taip aku padam. taip padam. dah hampir tiga kali buat benda sama. 

1. nak menulis tapi macam banyak sangat benda kat otak.
2. salah tafsir kang salah pemahaman pulak. 
3. kesihatan turun naik after perubahan structure kat tempat kerja. Tekanan bertambah. 
4. Ikhwan semakin menawan. manis je senyum. Solat pon dah pandai bab sujud. tapi sujud dia is baring cium lantai.hahhahah.