Nuffnang BH

Feb 22, 2013

Raksasa gorgon telah membesar


As Salam,

malam tadi seekor raksasa dipercayai telah dijumpai di kawasan perumahan flat kediaman di Wangsamaju. Malam sekitar pukul 8.30pm raksasa ditemui di Pizza Hut seksyen 4. Raksasa itu dipercayai telah menyerang retaurant fast food berkenaan. Saksi di tempat kejadian mengesahkan tiada kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda dilaporkan. 

Sejurus kemudian, raksasa tersebut telah kembali kepangkal jalan dilihat berada di wangsmaju. kelihatan raksasa itu sedang memakan sepinggan nasi bersama ulam-ulam yang popular di malaysia.  sebelum itu, beliau dipercayai telah menghabiskan 2 potong piza island supreme dan meratah 2 keping chicken wing. sungguh huduh perangainya. 

Kemudian kelihatan raksasa itu menangis teresak-esak sebab peha dia semakin membesar dan perut semakin berlapis. raksasa kemudian membawa diri di sebalik gunung dan berehat dengan jayanya memikirkan cara hendak mengembalikan bentuk badannya 8 tahun yang lepas.

sekian berita melapurkan untuk anda.