Nuffnang BH

Feb 7, 2013

bersyukur

As Salam,

dalam kehidupan seharian aku jumpa ramai orang. orang yang sama hampir setiap hari dan ada orang baru yang muncul. kadang2 cuma lintas dalam hidup aku. dan pagi tadi aku jumpa orang yang hanya lintas dalam hidup aku. yang buat aku rasa nak menangis. 

kesian dia. bersyukurnya aku kalau dia seorang islam. dia cacat. seorang lelaki. dia berkemeja. pergi kerja mungkin. kecacatan dia buat aku bersyukur sangat aku masih mampu berjalan.

badan, otak aku penat. agak tak selari harini. semalam lambat balik kerja dan tak sempat nak bermain dengan Ikhwan. pagi ni pun lambat ikhwan bangun. rasa sedih sebab tak dapat luangkan masa dengan anak sendiri. ok balik nanti mama tebus semula ok sayang. 

badan penat tapi otak masih perlu bekerja. chaiyok. dan hargailah apa Allah kurniakn kat kita. Selagi ada masa dan selagi Allah masih mengurniakan nikmatNya. Amin. 

No comments: