Nuffnang BH

Feb 22, 2013

Raksasa gorgon telah membesar


As Salam,

malam tadi seekor raksasa dipercayai telah dijumpai di kawasan perumahan flat kediaman di Wangsamaju. Malam sekitar pukul 8.30pm raksasa ditemui di Pizza Hut seksyen 4. Raksasa itu dipercayai telah menyerang retaurant fast food berkenaan. Saksi di tempat kejadian mengesahkan tiada kemalangan jiwa dan kerosakan harta benda dilaporkan. 

Sejurus kemudian, raksasa tersebut telah kembali kepangkal jalan dilihat berada di wangsmaju. kelihatan raksasa itu sedang memakan sepinggan nasi bersama ulam-ulam yang popular di malaysia.  sebelum itu, beliau dipercayai telah menghabiskan 2 potong piza island supreme dan meratah 2 keping chicken wing. sungguh huduh perangainya. 

Kemudian kelihatan raksasa itu menangis teresak-esak sebab peha dia semakin membesar dan perut semakin berlapis. raksasa kemudian membawa diri di sebalik gunung dan berehat dengan jayanya memikirkan cara hendak mengembalikan bentuk badannya 8 tahun yang lepas.

sekian berita melapurkan untuk anda. 

jadilah anjing bukan ayam


As Salam,

Tadi dalam teksi pakcik tu asyik mengeluh. mana tak mengeluhnya bila orang lalu lintas sesuka hati. kenderaan lain pun asyik cilok mencilok. bahaya betul. tadi nyaris nak langgar seorang lelaki.

melintaslah seperti anjing, jangan jadi seperti ayam. 

Feb 21, 2013

Rawak..rawan


Seorang anak mendapat berita bila doctor sahkan ayahnya mengidap penyakit barah hati dan punya masa sebulan untuk hidup. Bertambah derita bila dia baru selesai menjalani pembedahan buang ketumbuhan di bahagian ovari. Malang menimpa bila adiknya pula terlibat dalam kemalangan jalan raya (putus ligament) dan menunggu hari pernikahan.
I dalam dilemma bila susu makin berkurangan dan malas makin meninggi nak turun pam sebab sekarang pam dapat sikit dari dulu. Pagi sebelum pergi kerja dan after balik masih menyusukan ikhwan. Misi dulu nak susukan sampai umur 2 tahun. Harap-harap dapat la selesaikan misi ni.
Tengah dalam mood nak mencari tempat nak berjalan. Dalam otak, ada air terjun, lost world of Tambun, genting highlands, bagan lalang, Melaka..what Melaka again??? Otak penat perlu masa untuk redakannya. Tak pun pergi sunway resort jela.
Otak tengah ligat cari jalan nak keluar dari kepompong kehidupan sekarang. Nak beli rumah, nak tambah pendapatan, nak naikkan taraf hidup, nak mulakan perniagaan sendiri. Allah permudahkanlah urusan kami. Amin.

Feb 8, 2013

I is jatuh cinta



As Salam,

Today is Jumaat. Well semua tahu tak yah sebuk nak bagitahu. Sedikit kemengongan today bcos baru shj membaca belog-belog yang sempoi, ceria dan lazat. Tak yah nak fikir panjang lah..meh I share link untuk baca bila korang tak sihat, bosan dan tak kerja lain seperti i. ingat I bukan la jadi duta belog2 dibawah, tak dapat royalty pon. Tapi I dapat nilai2 murni bila membaca entry mereka sekalian. So berkongsi la dengan u all.

Belog akak senduk meriahuoll – belog ni buat I gelak sampai keluar air mata. I rasa dekat di hati bila baca entry yang di post. Yang lahir dari hati. Chewah macam I is kenal akak senduk ye x? rasanya akak senduk ni che ki, yeke? Lantak kau la kak senduk. But u make me happy.

Belog kak tijah dikja – omg. I fall in love dgn kak tijah after baca few entry. Kak kau mmg sempoi. Dah bekeluarga dan orang nogori. Simple je setiap entry tapi kelakar tak ingat dunia.

I rasa disebabkan usia semakin menginjak ni, I lebih berselera dengan belog2 begini. Kalau dulu I is setia baca remaja2/belia awal usia punya belog macam yuyu zulaikha, hanis zalikha dan bermacam ka lagi.. kini sudah beralih arah. next time i jumpa i will share dengan yang lain jugak ok..

Tak menyesal pon. I is love u all. Sekian u all pergi jenguk itu belog ok. Sekian. 

Feb 7, 2013

bersyukur

As Salam,

dalam kehidupan seharian aku jumpa ramai orang. orang yang sama hampir setiap hari dan ada orang baru yang muncul. kadang2 cuma lintas dalam hidup aku. dan pagi tadi aku jumpa orang yang hanya lintas dalam hidup aku. yang buat aku rasa nak menangis. 

kesian dia. bersyukurnya aku kalau dia seorang islam. dia cacat. seorang lelaki. dia berkemeja. pergi kerja mungkin. kecacatan dia buat aku bersyukur sangat aku masih mampu berjalan.

badan, otak aku penat. agak tak selari harini. semalam lambat balik kerja dan tak sempat nak bermain dengan Ikhwan. pagi ni pun lambat ikhwan bangun. rasa sedih sebab tak dapat luangkan masa dengan anak sendiri. ok balik nanti mama tebus semula ok sayang. 

badan penat tapi otak masih perlu bekerja. chaiyok. dan hargailah apa Allah kurniakn kat kita. Selagi ada masa dan selagi Allah masih mengurniakan nikmatNya. Amin. 

Feb 1, 2013

Sakit leher dan ubatnya


As Salam, 

Macamana boleh sakit leher pagi ni aku pun tak sure. Allah nak bagi banyak plak aku tanya kan. hurm tapi sakit leher ni betul2 buat aku tak senang duduk la. aku siap bawak yoko2 dari rumah. tapi kurang effective la. 

bila sakit leher mula la merebak ke kepala, perut dan lain-lain. dah tu aku pun search la pe senaman yang bagus bagi hilang sakit leher. ha cuba korang baca ayat kat bawah ni dengan kadar bacaan yang perlahan. jangan laju2 takut tak berkesan. 


Alhamdulillah, berkesan kat aku. hari ni tak sakit leher dah tapi aku rasa nak demam. aishh dugaan betul. Selamat hari Wilayah, suami kat rumah jaga anak. aku keluar cari rezeki. kira ok la kan..padahal jeles cuti. 


Let's do it

If you want something you never had, do something you have never done.


Don't go the way life takes you.
Take the life the way you go.
& remember you are born to live and
not living because you are born.


Some times Prayers doesn't change the situation,
but it changes our attitude towards situation,
& gives us the hopes which changes our entire Life


Happiness always looks small if you hold it in your hands,
but when you learn to share it,

you will realize how big and precious it is..