Nuffnang BH

Jan 14, 2013

Setahun 4 bulan

Assalamualaikum. 


Dua tiga hari ni semasa menyusukan Ikhwan terasa masa bergerak pantas. Terasa Ikhwan dah semakin membesar. Sekarang Ikhwan dah setahun 4 bulan. Lagi 6 bulan Ikhwan je nak completekan sesi penyusuan. Syukur proses penyusuan Ikhwan tak banyak masalah. Takut juga nanti di Tanya di akhirat. Sekurangnya tanggungjawab kat situ dah lepas. 6 bulan tu tak lama mana pun. Sedih pulak bila fikir. Anak mama dah besar.

Alhamdulillah setahun 1 bulan Ikhwan dah boleh berjalan lancar, setahun 4 bulan ni dia dah berjaya recognize banyak benda la jugak, bila tengok buku dia leh kenal girl (kakak), fish, bird dll. Tak banyak tapi cukup menghiburkan. Setahun dia dah kenal anggota badan dia, tak reti sebut tapi bila Tanya mana tangan, kepala semua dia tunjuk. Dia just pandai sebut mama, abah, kakak, cat, bird. Yang lain dalam usaha nak bagi dia kenal lagi. Tapi wan, makcik, umi,  semua dia kenal leh tunjuk bila Tanya. Syukur. Gembiranya rasa.

Tapi sekarang tengah buat research pasal perangai Ikhwan skang ni. Everytime bangun tidur pagi. Yang kebiasaan aku akan kejut at 6.55/7 am untuk susu sebab aku kene keluar rumah at 7.15am. abah dia yang  akan mandikan dan hantar ke rumah pengasuh. Dia akan menangis tak puas hati. Bangun mesti kene pujuk ajak main ball n tengok bird. Aduh. Bila susukan dia mesti masa nak ceraikan susu tu kene bertarung bagai. Nak marah tak sanggup. Kesian pun ada. Dan hari2 kene dengar dia nangis. Tengah cari solution macamana nak kasi dia stop nangis jugak ni. Then sekarang dah besar sikit sangat susah nak gosok gigi. Kalau la boleh ajar dia mahalnya nak servis gigi bila besar nanti kan bagus. Kene jaga gigi dari awal. Kalau boleh biar gigi dia cantik macam abah dia. Gigi mama fail hahahhaha.

So skang dah start bayangkan macamana nak ajar dia pergi tandas, camna nak makan proper, dan macam2 lagi. Mampukah aku nak buat semua ni.