Nuffnang BH

Jan 22, 2013

mari melawat zoo negara

Assalamualaikum..

Weekend lepas on Saturday melepak di rumah adik jenguk anak buah then on Sunday seperti cacing kepanasan duk di rumah. untuk makluman Ikhwan tidak boleh duk saja dirumah bila cuti. mau bergerak keluar makan angin. hewww. Seperti orang kaya lagak kau nak. 

Oleh yang demikian Ahad lepas selepas sesi timbal balik, akhirnya zoo jugak yang dituju. zoo yang sekangkang kera jaraknya dari rumah sewa kami. Mempersembahkan zoo negara Malaysia. 

gambar ehsan google mls nak amik dr tab

Dengan tambang masuk rm30 jadi haruslah manfaatkan sebaik mungkin. masuk at 12 noon then keluar 15 minit sebelum zoo itu tutup. harus begitu. So berjalan la ke semua sudut. tunggu animal show bagai. makan minum dan bergambar. itu harus ok. 

Ikhwan suka, bila nampak bird, lion, semua binatang besar tu. mintak2 dia ingat semua tu. itu tujuan dia. supaya dia recognize and belajar secara live la. nampak depan mata. so t bila bukak buku abah dia beli. dia boleh recall semula. 

maka habislah sepanjang hari do zoo negara. Penat tapi berbaloi. Alhamdulillah. 

Jan 17, 2013

Umpatan, mengumpat dan seangkatan

Assalamualaikum..

Sedikit perkongsian yang nak di share kan kat blog since menonton program kat TV9 pagi tadi. Janganlah kamu mengumpat, kerana mengumpat seolah-olah kamu memakan daging saudara     seagama kamu. Begitu hinanya perbuatan mengumpat. 

Mengumpat bermaksud:

Berkata sesuatu yang BENAR tentang seseorang dengan niat untuk menjatuhkan seseorang. 

Fitnah bermaksud:


Berkata sesuatu yang TIDAK BENAR tentang seseorang dengan niat untuk menjatuhkan seseorang. 

Dan sesungguhnya, hanya manusia dapat memaafkan dosa manusia yang lain. Bila dah berdosa kena la minta maaf. Kalau manusia lain yang di umpat/ fitnah tak dapat nak maafkan pengumpat/pemfitnah nanti susah la jalan nak ke Syurga.

Sekian. 


Jan 14, 2013

Setahun 4 bulan

Assalamualaikum. 


Dua tiga hari ni semasa menyusukan Ikhwan terasa masa bergerak pantas. Terasa Ikhwan dah semakin membesar. Sekarang Ikhwan dah setahun 4 bulan. Lagi 6 bulan Ikhwan je nak completekan sesi penyusuan. Syukur proses penyusuan Ikhwan tak banyak masalah. Takut juga nanti di Tanya di akhirat. Sekurangnya tanggungjawab kat situ dah lepas. 6 bulan tu tak lama mana pun. Sedih pulak bila fikir. Anak mama dah besar.

Alhamdulillah setahun 1 bulan Ikhwan dah boleh berjalan lancar, setahun 4 bulan ni dia dah berjaya recognize banyak benda la jugak, bila tengok buku dia leh kenal girl (kakak), fish, bird dll. Tak banyak tapi cukup menghiburkan. Setahun dia dah kenal anggota badan dia, tak reti sebut tapi bila Tanya mana tangan, kepala semua dia tunjuk. Dia just pandai sebut mama, abah, kakak, cat, bird. Yang lain dalam usaha nak bagi dia kenal lagi. Tapi wan, makcik, umi,  semua dia kenal leh tunjuk bila Tanya. Syukur. Gembiranya rasa.

Tapi sekarang tengah buat research pasal perangai Ikhwan skang ni. Everytime bangun tidur pagi. Yang kebiasaan aku akan kejut at 6.55/7 am untuk susu sebab aku kene keluar rumah at 7.15am. abah dia yang  akan mandikan dan hantar ke rumah pengasuh. Dia akan menangis tak puas hati. Bangun mesti kene pujuk ajak main ball n tengok bird. Aduh. Bila susukan dia mesti masa nak ceraikan susu tu kene bertarung bagai. Nak marah tak sanggup. Kesian pun ada. Dan hari2 kene dengar dia nangis. Tengah cari solution macamana nak kasi dia stop nangis jugak ni. Then sekarang dah besar sikit sangat susah nak gosok gigi. Kalau la boleh ajar dia mahalnya nak servis gigi bila besar nanti kan bagus. Kene jaga gigi dari awal. Kalau boleh biar gigi dia cantik macam abah dia. Gigi mama fail hahahhaha.

So skang dah start bayangkan macamana nak ajar dia pergi tandas, camna nak makan proper, dan macam2 lagi. Mampukah aku nak buat semua ni.



Jan 7, 2013

Ikhwan Hafeez

1 january lepas Ikhwan Hafeez dah masuk umur 1 tahun 4 bulan. Besar dah anak mama. Manja sangat. Pandai merajuk. Pandai berlakon. Owh rindu bila teringat Ikhwan.  Ikhwan dah start jalan laju2 after 1 year & 1 month. Selera makan dia turun naik. Dengan izin Allah Ikhwan masih lagi menyusu susu ibu. Cuma bila di rumah pengasuh aku bekalkan susu formula takut tak cukup je. Ikhwan dah ada dalam 10/12 gigi termasuk geraham dia. Kalau gigit memang sakit.

Berlakon

Setiap pagi bila mama and abah dah siap-siap nak mandikan Ikhwan setiap kali kejut dia bangun tidur mesti abah/mama akan beri salam dan suruh dia bangun. Ikhwan akan pura-pura tidur dan gerak-gerak sikit. Mata dia buka sket. Then dia senyum. Oh anak. Itu perangai mama. So tak boleh nak kelentong abah lagi. Abah dah masak trick tu mama guna bila malas bangun tidur. Lol. Sampaila mama and abah cium-cium dia pastu kata nak g school baru dia bangun betul-betul itu pun nangis tak mau bangun.

Solat

After masuk setahun dua bulan Ikhwan dah pandai solat. Solat bagi Ikhwan ialah angkat takbir dan tangan letak kat perut macam qiyam tu. Pastu dia amin. Macam tu la bila kami suruh dia solat. Ikhwan pandai kalau suh solat masa dalam bilik, dia akan capai sejadah dan solat cara dia tu la. Ikhwan kalau dengar azan kat tv or bacaan Al Quran automatic dia solat. Semalam depan tv masa azan kami kusyuk tengok Ikhwan solat. Alahai anak moga kamu rajin solat dan terjaga amalan.

Bola Sepak

Kalau bawak Ikhwan pergi tempat mainan perkara pertama dia akan buat is capai bola. Dia suka sangat bola. Abah dia suka layan dia tengok bola. Bila ada game dia memang semangat tengok. Kalau off day abah akan main bola dengan dia, so takda la dia ganggu mama masak. Kalau boleh minat dia tu tukar la nanti. Tak mo la main bola. Kawan2 mama banyak injured sebab bola.

Menari

Lagu fevered Ikhwan is Gangnam style. Wah dia sgt recognize muzik tu. Dia leh wat tarian tu tapi tangan jela kan. Ni semua pengaruh kat umah pengasuh la. Kartun favourite so far xde lagi. Upin ipin n boboiboy tu biasa2 je. Suam2 kuku.

Kucing

Kalau balik kampong memang suara mama jerit marah kucing. Hahahha Ikhwan marah jugak. Sebab kucing tu bia je bila Ikhwan ramas2 bulu dia. Mama yang rasa sakit bila Ikhwan tarik. Kucing leh wat dek je. Ikhwan memang suka sangat kat cat. Rasanya memang semua budak2 kecik suka cat kot.

So far yang aku ingat itu jela. Kalau ada lagi aku cerita lagi. 


kekasih hati mama n abah..love u

Jan 2, 2013

Blog Kereta Mayat menjawab


Selamat Tahun Baru 2013. Alhamdulillah masih lagi di bumi Allah. Bernafas. Arini Rabu macam hari Isnin. Penangan cuti semalam masih berbekas. Ikhwan demam skang. Demam sebab berjemur kat pantai last Sunday aritu kot. Hope tak lama lagi sihat. 

Entry kali ni nak share sikit pasal blog yang selalu aku lawat bila aku stress, bila aku rasa macam bosan malas nak kerja. Pernah satu hari tu aku stress dengan keadaan kat office aku email Hamba Allah ni bertanya sesuatu. Kenapa aku email dia bukan kat tanyalah ustaz??? sebab cara dakwah dia, cara dia menjawab, entry yang dia publish. Kalau nak tahu sila g baca blog dia. Aku siap beli buku dia. Ye dia juga seorang penulis. 

Btw hal yang aku email dia tu pasal hal office. Hal manusia. Aku tak mengharap pon dia balas. Sebab sudah semestinya dia busy. Dan soalan aku tu macam soalan budak sekolah kot. Sila tengok image di bawah if nak taw pe aku tanya. 




Dia jawab ringkas tapi aku puas hati sangat. Aku encourage orang yang banyak persoalan pasal dunia & akhirat rajin-rajin jenguk blog dia. amboi promote tak ingat. Iyelah yang baik  kene berkongsi ye x?

Moga setiap entry memberi pahala kepada yang membaca dan memberi ilmu kepada semua. Alhamdulillah. InsyaAllah.