Nuffnang BH

Dec 31, 2013

Selangkah ke arah kiamat

Hari terakhir 2013

Setahun berlalu datang la tahun baru.
Semoga sentiasa bersiap sedia.

Kiamat bila-bila masa.
Itu janji Allah.
Yang waktunya adalah rahsia.



Dec 19, 2013

manusia itu ini memang pelik

Manusia yang pelik
Satu hari kau mengeluh tentang kekurangan  diri
Kau minta simpati
Bila kau perloleh simpati, kau letak di bawah kaki

Patut bila ada yang sudi memberi
Kau hargai bukan kau maki
Itu tanda kau memang nak makan kaki
End up orang menyampah dan angkat kaki

Bukan persoalan ikhlas ke tidak dalam memberi
Tapi cukup kalau kau tahu untuk hargai
Tanda orang sekeliling masih ada hati
Cuma kau yang selalu pekakkan telinga butakan hati

Punya la aku sakit hati sampai aku up satu entry
Hanya untuk kau yang kurang kesedaran diri
Atau aku yang fikir diri bagus dan syok sendiri

Diam-diam aku doa kau jumpa apa kau cari
Yang penting sila lah muhasabah diri
Memang manusia ni banyak kelemahan diri

Tapi jangan jadikan alasan buat orang lain makan hati

Dec 13, 2013

kehidupan yang kelakar

Kehidupan ni kelakar. Kelakar yang boleh buat aku menangis.
Perasaan. Ye perasaan. Aku ting tong sekarang.                                          
Mungkin sebab hari ni jumaat jadi hormon amat tak stabil dan gemuruh jadi tak tentu arah.
Meluat dengan perangai manusia.
Hari-hari berdepan gigihkan diri maniskan muka
Padahal tahap nak muntah hijau

Esok sabtu dan terlalu rindukan mak
Nak lawat kubur abah
Setiap kali balik kampung mesti sibuk nak buat semua benda

Penghujung tahun jadi emosi pun di hujung tanduk
Ok tiada kaitan tapi badan penat
Malam tadi derita angin kat bontot menggila
Puas aku letak minyak panas dan bertungku gel panas
Last sekali penat terus tertidur

Jadi isteri balik kerja penat macamana pun kene masak
Malam tadi suami lapar, terus masak telur masak kicap dan goreng ayam
Badan tak sihat tapi sebab anak masih menyusu badan
Sakit-sakit nak luruskan badan pun kene susukan anak

Sebab aku emak dia anak

Dec 10, 2013

mari bantu adik Adam Haikal.. kasihan dia. jom derma

Assallamualaikum... adam...utusan allah buat ezza.. mohd adam haikal... adam berusia 5 tahun... adam tidak lh sebaik ank2 kite yg sempurna... adam di lahir kn dri ibu yg tidak brperi kemanusiaan... ibu nye mningl kn nye pda ibu saudara nye sejurus dia d lahir kn ke dunia... ibu sauadara pun.. tidak lh sesempurna kita .. ibu saudara nye blh d kategori kn yg lemah fizikal... adam... di lahir kn dgn kerosakkn kedua2 buah pingang & pengidap hydrocepfalus. ..

akibat kerosakkn buah pingang...adam tidak mmpu brjalan..adam juga mngidap pnyakit hydrocepfalus..byk cecair yg brkumpul mmbuat kn kepala adam makin mmbesar...setiap 4-5jam... satu tiub trpksa di masukkn di anu adam utk mmbuang cecair yg brtakung di kepala adam... adam juga tlh disah kn mngidap lukimia & beta thalassmia tahap 1-2... andai thalassmia adam tidak kurang @ sembuh... adam trpksa di tukar darah... masha allah... hebat sunguh dugaan allah buat adam... di saat insan2 sebaya nye brsuka ria ke sana sini brsama kluarga msing2... nmun dia menderita mnangisi pnderitaan itu... ibu & ayah...lngsung tidak prnh mmpedulikn adam... adam hnya mnumpng kasih insan2 jiran2 & seorg ibu sauadara nya...

akibat kerosakkn buah pingang nya itu... adam tidak lg mampu berjln.. dia hnya mnguna kn lutut utk brgerak...lutut adam dh parah kesan dri prgerakkn yg byk mngunakn lutut... sadis nye hidup mu dik.. jgn lah lagi klian xnye... di mna ibu & ayah adam... krana adam tidak brnasib baik sprti ank2 kita yg punya kita... sakit pning adam..hnya ibu saudara nye yg tahu...

Ezza bkn lh sape2 dgn adam.. kmi tidak ada talian darah... xp sbagai srg hamba allah yg ckup sifat.. hati kecil ini trpngil utk mmbantu mringan kn adam....adam tidak lh mngharap kn apa2 dari kita semua... ckup lh sekadar kita dpt mringn penderitaan adam demi masa depan adam..dlu adam d kedah brsama mksu nye... akibat sllu trputus bkln makanan..bklan susu..

eza sebulat suara mmbawa adam tingl brsama ezza... ezza mmbawa adam & 3org lg adik bradik adam yg mngidap thalassmia.. yg trbaru...abg adam mirul.. mngidap thalesimia yg kronik... subahanallah... berat sunguh ujian allah buat ank2 ini... ini utusan allah buat ezza..mari lh kawan2.. derma kn sedikit sumbngn utk keperluan pembesaran adam..adam 24 jam trpksa pakai pampers... krana saluran air d kpla nye mngalir 24jam utk kluar melalui anu nye..ezza brbesar hati mngharap ehsan kwn2 di luar sna utk mringan kn bebanan yg d tangung adam & adik beradik nye...

mari lh brsama kita mmbntu mringan adik adam... bagi lah pluang dia senyum & trus senyum... salurkan bantuan anda ke akaun yg eza khas kn buat adam.. eza merayu kawan2 di luar sna.. hulurkn tangan anda demi kebahagiaan adam...

Utk pengetahuan semua... ezza tlh melnjut kn rawatan adam di hosp sungai buloh....kawan2 doa kan eza kuat demi adam & adik bradiknye ... doa kn ezza tabah demi mmprjuangkn nasib ank2 ini.
Kawan2 di luar blh hubungi eza d 014-6391782... insya allah... segala amanat ini akn eza laksana sebaik mungkin...
Muhamad adam haikal...
Muhamad amirul haikal..
Ya allah ya rahman ya rahim..

Kau berilah ketabhan utk ank2 ini.kau ringan kn lah penderitaan nya ya allah..
Kau berilah keaijaiban mu ya allah.
Kau ganti kn pnderitaan ini dgn keceriaan mu ya allah...
Ya allah ya rahman ya rahim...amenn...
Kawan2... setingi terima kasih eza mewakili adam.. di atas stiap sen sumbngn anda.. hanya allah mampu mmbalas jasa kalian...setiap doa kalian buat adam.. akn mmbuat adam & adik bradik nye bhagia... tlg sebar kn walau dgn bantuan rm1 kita mampu mngubah pnderitaan adam ke arah kebahagiaan....insya allah...

Ini link fb eezza untuk mengikuti perkembangan Adam dan boleh hulurkan sumbangan ke account:

CIMB: Azizah Mohd Rafi – 1277 000 2877 208. 

Kita adalah insan terpilih untuk membantu mereka yang memerlukan. 

Dec 9, 2013

Sampaikanlah ilmu walau satu ayat

Soalan: Bolehkah kita ucap RIP atau "Rest in Peace" bila orang bukan Islam meninggal dunia?

Ustaz Azhar Idrus:

Kita dilarang ucap RIP atau "Rest in Peace" pada orang bukan Islam yang meninggal dunia kerana ianya bercanggah dengan Quran dan Hadis. Kita sebagai orang Islam wajib beriktiqad bahawa orang bukan Islam sebaik sahaja mereka mati, mereka akan terus mendapat seksaan di alam barzakh dan kesudahan mereka di akhirat adalah buruk jika mereka tidak sempat beriman. Kita juga dilarang mendoakan keampunan dari Allah untuk orang bukan Islam.

Jika kita berkeyakinan mereka akan mendapat keamanan setelah mati, maka itu boleh merosakkan aqidah kita kerana kita telah bercanggah dengan Quran dan Hadis. Berhati-hati lah kita.




"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh atau solehah dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.
Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan." -Hassan Al Basri-

Dec 6, 2013

Menerima kebenaran memang payah.

Hari ni ada Health Day dekat office. Ada check kesihatan percuma da nada yang berbayar. Yang free utnuk check darah, mata, BMI, tulang, hati etc. yang berbayar utk check cholesterol, gula urid acid screening. Alhamdulillah dalam banyak-banyak hanya bone and hati sahaja aku tak sempat nak check lagi. Yang lain aku buat walau takut nak kojol orang nak cucuk jari amik darah. Penakut nya aku. Satu kebanggaan aku beranikan diri. Cucuk sikit je kot.

Lepas check semua result yang paling buat aku down is BMI. After test boleh taw biological age. Kiranya ko timbang berat, ukur tinggi then pegang alat dia macam nak merempit tu so akan keluar figure. Semua jenis fat yang aku tak paham pun medical assistant tu tunjuk. Malu sebab ramai yang tengok. Tapi aku tak peduli. Sebab nak tahu kebenaran supaya aku ni sedar yang aku memang dah gemuk. Badan aku gemuk dan lebih tua dari usia aku yang sepatutnya. Masa dapat result nak menangis ok.

Ye berazam nak kuruskan mana yang patut. Nak kurangkan berat badan. Tapi itula bukan senang. Kene tampal result ni kat rumah rasanya baru bersemangat. Malas tu lagi banyak dari segalanya. Ini kene muhasabah diri baru timbul kesedaran kot.

Dan banyak jugak aku shopping supplement. Aku beli jenama Flavettes. Beli CalD3, pastu beli multivitamin Daily plus, beli vitamin C untuk Ikhwan. Puas hati. Harap dapat maintainkan tabiat makan supplement ni. Untuk masa hadapan.



Dec 5, 2013

ingat-ingat lupa tarikh penting

Dua hari lepas aku main game dengan suami. Konon-konon nak eratkan kasih sayang disamping aku nak tingkatkan memori aku la. Siyes aku memang jenis dasar manusia malas nak ingat fakta, nombor dan seangkatan. Kalau ko tanya peristiwa bulan lepas. Belum tentu aku ingat pe aku cakap. Lain dengan suami aku, dia mesti ingat sebutir-sebutir apa aku cakap. Tu sebab kalau gaduh aku kalah dengan fakta so kalau menang pon sebab aku tukar strategi aku putar belit keadaan tanpa menyebut fakta mahupun nombor. Agak rumit aku nak terangkan kat sini.

Back to game yang aku buat, sebenarnya aku tiru kat tv je. Objektif aku ialah bila next time gaduh dengan suami atleast dia takda point kata aku asyik lupa and tak kenal dia. Aku senaraikan lima soalan pasal makanan kegemaran, hobi etc then masing-masing teka pasal pasangan. Lima soalan aku jawab dua je betul. Aku bantai gelak. Dan seperti dijangka la suami aku betul hampir kesemua soalan ditanya. Yang aku kene hafal, ingat, tahu pasal suami ialah, dia suka Lisa Surihani, suka sate, hobi dia bersilat, warna kegemaran dia merah dan dia suka nombor 4. Aku teka no 14. Pui. Aku lemah bab ingatan moga dengan cara ni dapat eratkan hubungan kami.


Kengkonon la kan kalau suami tanya aku tiba-tiba bila tarikh merisik, bila tarikh nikah, bapa tahun dah kenal and bersama memang aku failed la. Aku gelak besar pastu rasa macam otak nak pecah. Weh aku malas nak ingat tu semua. Oh please bukan aku tak hargai tapi memang aku malas tahap gaban nak ingat. Tapi aku cuba sedaya upaya untuk ingat. Aku stil ingat tarikh lahir, tarikh nikah and sekarang tarikh lahir anak aku yang seorang tu pon aku ingat-ingat lupa. Pui. 

masih disini

Taip dan delete. Lama betul tak ada masa dengan diri sendiri. Selepas busy dengan life, kerja kat office, urursan peribadi langsung tak sentuh. Balik kampung suami dan demam terus meleret sampai la hari ni. Hari ke 12. Batuk masih melawat tapi kurang. Semalam seharian hidung berdarah, panas dalam. Setiap kali hembus mesti darah keluar sekali. 

Syukur kuasa Allah, aku masih bernafas, masih mampu berjalan dan bergembira. Masih ada orang penting dalam hidup. Syukur masih mampu senyum. Walau kehidupan turun naik. Tapi masih mampu untuk berfikir. Sekurangnya berfikir yang baik-baik.  

Masa dua minggu lepas masa jejak kaki balik kampung, hati terbakar. Suara sinis sindir badan semakin mengembang. Baru jejak kaki tak sempat suami matikan enjin, telinga disambut dengan kata sindiran semakin gemuk. Mengucap panjang. Berdoa tak mahu derhaka. Cuba kawal tak menjawab tapi gagal. Cuma dapat rendahkan suara sahaja.

Mak dah hampir sebulan balik kampung. Ambil peluang masa adik bongsu cuti sem. Lepas tu memang liat mak nak balik duduk dengan anak-anak. Berat hati nak berkeras. Tunggu masa sesuai aku bawak je terus balik KL. Malam-malam sebelum tidur fikir impian yang belum tercapai. Nak ada rumah sendiri, nak duduk buat bisnes sendiri, nak jaga mak, nak yang seronok-seronok tapi berat betul nak berdoa, nak meminta. Sombong betul rasa dengan Pencipta.

28 tahun hidup berkualiti ke solat aku? Nak jaga bagi cukup pun payah. Inikan pulak nak solat di awal waktu. Betul aku mengaku aku lebih suka solat di office. Kurang gangguan. Jadi bila penat bekerja, berhenti solat adalah jalan terbaik. Bila dekat rumah aku jadi leka, aku banyak halangan, banyak unsur tarikan. Nak cepat habiskan solat, tak pun anak ajak main bersama, suh teman tengok TV. Lemahnya iman.


Sekarang musim hujan. Semoga semua berada di bawah lindungan Allah. Banjir di pantai timur. Bera masih selamat. 

Nov 21, 2013

Syurga buatmu..Ahmad Amar Ahmad Azam Ab Rahman.

As salam,

Dengan izin Allah, sekelip mata Allah bukakan mata, cerahkan hati gerakkan minda berfikir dan memahami apa itu kematian. Tujuan hidup di dunia. Dunia adalah tempat kita berpenat lelah untuk melakukan kebaikan, bersenang lenang hanya di Syurga.

Di Istanbul umat Islam berebut-rebut membuat kebaikan dan di Malaysia orang Islam berebut menunjukkan kebodohan, melakukan kemungkaran. Ya Allah, mana hilangnya rasa takut kepada hukum Allah. 

Ya Allah pilihlah aku menjadi sebahagian orang yang dipilih untuk syahid di jalanMu.
Sebak baca pasal Ahmad Amar Ahmad Azam Ab Rahman. Juga boleh tonton tentang diri arwah di youtube.. seronok baca di page sahabat kita yang juga hebahkan pasal Ahmad Amar. effafarhana


Syurga aku bila mati nanti? 

sumber google

Nov 11, 2013

Kalau Allah mahu maka jadilah

Salam Isnin,

Lama dah tak menaip. Taip padam taip padam end up langsung takda entry. Banyak benda berlaku. Pejam celik pejam celik dah masuk November 2013.

Keluarga

Mak masuk wad sementara sebab demam virus yang tak mau surut. Hari ketiga bawak mak cucuk kat klinik swasta tapi demam tak nak kebah. Hari keempat doctor nasihatkan uji darah takut denggi. Pagi keempat hari ahad, bawak mak ke klinik kesihatan Bera dan bagusnya alat uji denggi tu rosak. Mencabar keimanan betul. Terus bersiap after dapat reference letter menuju kaunter kecemasan hospital temerloh. Dari pagi sampai matahari tenggelam, baru mak dapat keluar wad pemerhatian. Darah diamik dua kali. Yang pertama doctor tak puas hati sebab kandungan garam terlalu sedikit dalam darah. Mana tak nya mak tak makan langsung. Ok tipu mak makan terlalu sedikit itu pun macam nak berperang suh mak makan dan minum. Kali kedua amik setelah masuk air dua bekas ape nak sebut bekas ke botol tah. Suhu mak baru turun dan baru lah bertenaga. Comel mak miah. Tersenyum lebar lepas doctor kata darah ok, tak da denggi. Balik rumah pengsan kami anak beranak. Letih.

Adik dirisik dan merisik. Selesai berbincang tentang masa depan penyatuan dua jiwa. Walau ada yang tidak sekata tapi sekurangnya masing-masing ada satu tujuan yang sama. Perkahwinan. Aku mendoakan yang terbaik. Semoga dipermudahkan. Rasa pelik bila adik-adik nak berumah tangga. Rasa cemburu. Rasa macam kenapa korang cepat membesar dan gatal nak kahwin. Ewah macam aku tak gatal nak kahwin la kan? Aku rasa macam kecik je lagi adik-adik aku. Tapi kalau Allah mahukan ia berlaku maka jadilah.

Ikhwan

Sangat comel dan menarik hati. Manja. Dah pandai sebut “sayang mama”, sayang abah”. Aduh cair dengar anak sebut. Dulu ikhwan hanya boleh sebut satu perkataan. Now slowly tambah perkataan. Itu pun kami dah rasa bangga ya amat. Lol. Bila tanya bunyi haiwan alhamdulilah lulus. Banyak jugak haiwan dia kenal. Benda-benda basic dah ajar. Baca doa, sebut Alhamdulillah, terima kasih, naik tangga sebut Allah, dan paham instruction bila aku kata ‘ikhwan tolong mama buang sampah, ambil kain etc. Sekarang Ikhwan bangun pagi dah nak breakfast fruit. Anggur paling dia suka, malam-malam makan orange. Makanan sampingan lain macam roti, biskut, nasi dah kurang walau dia lapar dia sebut nasi. Saja kot sebut macam best. Hahhaha.

Kerja

Bulan kedua terakhir aku baru siap performance appraisal. Sebulan lebih aku berhempas pulas tulis, fikir, olah idea nak karang bagi bos. Siap karang ada sesi perbincangan dan rate diri sendiri. Dua tiga kali jugak session tu. Edit, karang, edit dan akhirnya tamat sesi sakitkan kepala tu. Ikut rezeki. Tak letak harapan tinggi. Dah usaha. Dan kerja semakin berlonggok. Project datang satu persatu. Paling penat bila event yang libatkan company. Kalau department sahaja tahan lagi.

Perkahwinan

Seronok berkahwin tapi yang tak seronok bila nak baiki kelemahan dan bila penat emosi mudah tercalar dan akan bergaduh. Sehari je. Balik kerja ok semula. Kadang-kadang marah rasa nak sepak, rasa nak lari je, rasa nak pijak. Masa tu la kahwin tu tak best. Tapi berkahwin dah tak ada masa nak merajuk. Kene pahamkan diri sendiri dan berkomunikasi dengan betul je. Baru aman.


Cukup la membebel. Sekian. 

kamu nyawa saya

Oct 16, 2013

Batman Workout warghhh

Dalam otak fikir " nak hilangkan buncit, nak kurus, nak hebat".
Tapi tengah bayangkan nak buat senaman kat bawah ni mesti tercabut nyawa.
Arghh Dilemanya.




10 tip keibubapaan Dr Muhaya

10 tip keibubapaan Dr Muhaya

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.


2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan (ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang
Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.


5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimanaKita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita. Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam drama pun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]


9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.

Oct 11, 2013

owh-mini-alphard-ku-silvy part 2

Salam,

Ini adalah rentetan peristiwa dari entry owh-mini-alphard-ku-silvy pasal cerita Silvy kene langgar tu. Silvy adalah nama kereta kecil ku si Alza yang konon-konon cita-cita nak jadi mini Alphard. Last week Jumaat suami dah bertanya-tanya insurance and workshop tu. So adjuster dah tengok and estimate cost baiki dalam RM 6 ribu ++. Telan air liur dengar nyah. Langgar macam sikit tapi cost dia. Menjerat leher sungguh. Kalau la bodoh, masa kejadian mamat under age tu pernah cakap suh hantar workshop je nanti dia bayar. Ewah ko ingat ni cerita apa? Senang nak setel je kan. Ok bab marah malas nak cite la. Tak marah dah. Malas.

Now nak cite kisah bab menuntut bayaran pampasan. Yang konon dijanjikan nak bayar seribu since kereta akan dibaiki back to basic je. Sebab Husband dah beria make up kereta. Makan duit juga tu. Then bila tiba hari dinanti janji hanya tinggal janji. Alasan tak nak bayar sebab family dah guna duit nak bayar saman Rm600. Padan muka salah ko kan bawak motor macam lahanat pastu langgar kereta orang then nak lari lagi. Eh tadi kata taknak marah. Masa husband cerita dia follow up tu aku dah agak memang diaorang tak kan bayar. Alasan sebab insurance dah cover. Bodoh kau kan, memang la cover tapi aku dah make up kereta tu. Ada otak ke tidak. Aku nak yang asal ko paham tak? Husband tak ugut, tak sms caci cuma sekolah kan sikit ingatkan bab akhirat je. Tak dapat contact abang sulong contact la abang yang lain. Masing-masing lepas tangan. Tak pelah kami bukan pengemis. Bab dosa ke apa urusan kau dengan Allah. Cuma kasihan sangat kat mak ayah korang. Moga-moga korang dapat petunjuk dan hidayah. Yang nyata Cuma akhirat. Dunia ni persinggahan je. Sekejap je.

Sekarang masih tunggu workshop repair la. Semua activity shopping, riadah, berjalan menziarahi sanak saudara terpaksa kami tangguhkan. Penatnya bila semua kena jalan kaki. Oh nak naik taxi pergi mall jaraknya just sekangkang kera. Taxi tak mau amik pun. Then paling best masa sambut anniversary kat KL Tower naik cab. Gigih kan kami. Kasihan Ikhwan tak keruan. Macamana arwah abah aku gigih bawak aku naik motor beli barang sekolah dulu-dulu ye. Terima kasih mak abah. Pengorbanan mu amat tinggi. 

*entry lama baru nak publish. dah siap si pun si Silvy.. Alhamdulillah lega hati. 

Oct 3, 2013

kembang kuncup si Ikhwan Hafeez

As salam,

Banyak betul yang berlaku sampai tak sempat nak duduk diam cari idea nak menulis. Tak menulis maksudnya aku tak akan dapat catat kenangan yang berlaku. Nak harapkan otak nak ingat semua perkara memang tidakla.

Ikhwan Hafeez:

Dah masuk dua tahun sebulan dah semakin bijak. Bila tak suka akan tunjuk jari telunjuk and say “no..no..no”. akan pilih baju sendiri after mandi. Suka pakai losyen, bedak dan sembur minyak wangi. Selalu request nak pakai deodorant. Dan terpaksa la pura-pura pakaikan dia. Boleh bersengkang mata semata-mata nak tengok karoot komedia dan betul ke bohong kat astro. Pastu bila bab karoot komedia masa introduce pelakon, bila sebut nama yus je terus dia jerit yussssssssssssss kuat-kuat pastu gelak. 

Mungkin nama yus paling senang dia nak ikut dan sebut. Bab betul ke bohong dia suka tiru AC mizal jerit betul ke bohong sambil tangan letak kat pipi. Ok tak taw nak describe camna tapi dia sangat teruja. Pas tu gelak banyak-banyak. Dia tengok sorang-sorang pun tak jadi masalah. Dah start gaduh sebab aku nak tengok cerita lain. Dia nak tengok jugak walau siaran ulangan.

Hari tu dia demam panas sampai mulut dia keluar mata ikan. Ada selera nak makan tapi bila masuk je makanan dia jerit-jerit pedih. Kesian sangat. Mujur dua hari je. Tu pun badan dah kurus. Oh ye masa mak jaga dia terikut wan dia selalu sebut “ ingat..sambil jari telunjuk tu dia goyangkan. Pastu sibuk nak buat kat mama and abah. Adoi la anak. Ikhwan dah pndai suap makanan pakai sudu dah lama dah. Kadang-kadang pergi wedding or makan rumah orang mesti dia nak sudu and pinggan sendiri. Pastu orang puji terer. Wah bangga jadi mak. Hahahha. dan bab paling best Ikhwan suka makan budu. ye cuma budu digaulkan dengan nasi putih. berselera dia makan. amboi ikut mama ko ke telan semua benda. abah kau jangan harap nak makan benda-benda camtu. 

Walau tak besar mana pun mama tetap bangga nak. Kalau dirumah sudah asuh. Makan satu keluarga wajib Ikhwan kene tolong. Dia akan disuruh amik tikar untuk alas. Kami makan bersila. Nak ikut tradisi arwah abah, sebab masa makan la masa bonding untuk keluarga. Teringat dulu selalu malas nak makan sebab dah kenyang tapi abah akan marah-marah suh makan. Then tak boleh makan asing-asing kena makan satu family. Sekarang baru tahu kenapa begitu. Jadi harus diteruskan tradisi.

Ikhwan anak yang baik. Dia tak kan meragam kecuali dia tak sihat. Tapi ada satu tabiat dia sampai sekarang tak dapat nak ubah. Dia kalau hantar pergi rumah pengasuh kalau berjalan ke dia mesti nak dukung. Nak patah pinggang mama and abah. Kalau we all refused nak dukung dia mesti otomatik tangan sapu-sapu tanah then duduk. Tunggu sampai mama or abah angkat dia. Bertuah punya budak. 

Tabiat lain ialah susah nak bangun pagi. Adui mencabar bila drama sebabak dia nak mandi. Menangis macam kene dera. Dah mandi memang tak da masalah yang lain. Ikhwan rajin solat. Bila Nampak abah dia nak solat dia cepat-cepat pergi basuh muka n kaki tanda amik air semayang then amik kopiah dia, suh abah bentangkan sejadah. Dia kalau sujud dia mesti akan melunjur baring hahahhahah comel. Rukuk n qiyam dah terer. Mulut kumat kamit baca surah la konon-konon.


Banyak lagi hal Ikhwan tapi otak cam lupa-lupa. Nanti ada masa ingat nak menulis akan ditulis lagi. Oh sekarang dah tak panggil diri sendiri “ikan” (silent h nama dia woi) dia panggil, mama ni abam. Aduh la anak. Bila tanya abam nak adik? Dia terus buat muka panic risau orang rampas takhta dia. Hahhaha kuat jelous ok. Hurm Ikhwan semua perkataan hujung ada G semua dia replace dengan M. abam la sayam la. Ok sekian pasal Ikhwan. 

abah and mama sayang u soooo much

Sep 24, 2013

Anak sapa leetuuw..


Baca dari bawah ke atas. Sweet kan suami & anak i. ewwww

owh mini alphard ku. silvy

As Salam,

Gambar dibawah adalah kesan kejadian:
Pagi Ahad, 22 September 2013 jam sekitar 4.00 pagi. Mangsa adalah kereta baru yang dibeli semasa Aidilfitri lepas.
Dilanggar oleh budak sekolah atau dah tak sekolah berumur 16 tahun yang katanya nak elak langgar lubang.
Apa budak sekolah buat jam 4 pagi? Bawak motor laju dan langgar kereta orang.
Parking dibawah rumah, standard rumah flat mana dapat specific parking.
Kecederaan tahap sakit hati nak pandang.
Dimasukkan ke workshop perodua dianggarkan 2 mggu lagi baru dapat berjumpa.


owh silvy kau masih menawan walau kemek cmtu. kami amat merinduimu. Cepat sembuh. 


No plat ko pon tercabut. mesti kuat dentuman tu kan? mesti ko sakit kan?


 kesian mata dia..arghhhh






Mujur pagi tu jiran ada kenduri kahwin, diaorang stay untuk pasang khemah kenduri. Masa kejadian lepas dengar je bunyi dentuman, terus berkejar tengok. memang budak tu nak larikan diri. Seorang kawan dia jatuh dan lutut berdarah. Boleh plak yang bonceng tinggalkan kawan. Pas ditangkap baru budak tu menyerah diri. Jiran ketuk pintu rumah dan zam turun setelkan. 

Jantung berdenyut-denyut turun bawah. kejutkan Ikhwan. Ikhwan kata car koyak. adoi. Tapi kami tak la melatah. Orang ramai kerumun tunggu zam naik tangan. yang lain nak tumpang belasah la. Memang dah lama orang dendam dengan budak-budak yang selalu buat masalah ni. 

Bawak motor laju-laju, buat Superman la, pacak motor la. Masa proses nak setel pergi rumah mak budak tu, abang dia sempat marah-marah kata budak tu ambil ganja. Budak bermasalah dalam keluarga. Aku kasihankan masa depan dia. Kasihan kan mak dia. Moga dia dapat petunjuk. 


Sep 20, 2013

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita


13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.
(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.
(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)


4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.
(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.


5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)


6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)


9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)


10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)


11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)


Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.
(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)


12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.


13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Sep 19, 2013

Emak dirumah dan makan habbatus sauda


Salam,

Bila mood nak up entry beratus kali seminggu datang mula la menggelupur nak menaip je. Pastu gelak sorang-sorang. Nak bercerita tentang life sendiri kang mula la kata syok sendiri, buka aib la itu la inila. Tapi. Ada aku kesah. Selagi tak petik nama orang cukup ye tak? Blog aku kan? Suka hati aku la. Amboi sombong sangat bunyinya. Pedulik.

Weekend aritu kakak sulong aku ajak teman dan tunjuk kedai arab tempat mak, adik, and aku beli barang2 makanan sunnah macam cuka epal, cuka anggur, makanan arab dan sebagainya. Harga pun murah. Dah alang-alang nak tunjuk jalan aku pun beli la kapsul habatussauda. Dalam dia minyak. Campuran minyak yang elok untuk kesihatan. Oleh kerana perkembangan badan aku yang sangatlah membanggakan sekarang ni memang banyak toksid yang perlu dibuang dari badan. Jadi aku beli. harga pun tak mahal. 

Aku memang payah nak maintain kan habit makan supplement. Pemalas ok. Tapi demi memikirkan badan memang dah nak masuk kategori nazak memang kuatkan hati. Dan bermula la perjalanan memakan kapsul. Khasiat segala boleh tengok kat website orang jual ni.  kapsul-habbatus-sauda-khasiatnya
Dan yang aku nak share kat sini ialah aku amat sengsara selepas makan supplement ni. Sebab badan aku banyak angin. mak kata ini adalah reaksi awal ubat dengan badan aku. Yeah. Aku sakit bontot, aku sakit tulang rusuk, pangkal rahim, kulit aku naik biji2 macam ruam. Ini adalah hari kedua. So aku kuatkan semangat. Disamping masalah yang aku sakit2 tu, aku selalu sendawa so aku bersyukur sangat. Atleast taw angin tu keluar. Badan sakit tak yah cakap la. Rasanya 12jam sakit tanpa henti, badan jadi tak selesa dan penat. Bila penat maka ramailah syaitan yang dekat.bisik2 kat telinga ni suh marah2.

Penat aku jadi pemarah. Siapa mangsa yang kene marah of cos la laki aku. Kesian laki aku. Sabor jela. Memang sekarang dia tak sabar pun. Dia tak layan dah if aku marah2. Buatla macamana pon aku bebel la sorang2. Macam orang gila. Dia buat derk tak pun dia layan tab. Lagi aku menyirap. Dan bila fikir-fikir aku rasa bersalah pun ye gak. Laki orang tak de kene marah2, kesian laki aku. Dah setapak ke neraka. Kang masuk cite tanah kubur kang.

Dah panjang aku bebel baru aku perasan pe kaitan entry dengan subject di atas. Hahahha aku nak bagitaw mak ada dengan aku. Seronoknya balik kerja mak ada depan mata. Tengok mak gelak, tengok mak makan. Mak ketawa. Alhamdulillah rezeki. Adik beradik lain tengah jelous semua nak amik mak. Tadi call mak, mak kata mak tengah masak ikan stim. Tak sabar nak balik makan. Doa kat Allah, mintak Allah pinjamkan mak selama yang mungkin. cukupla aku terkilan tak dapat jaga arwah abah. Dengan mak aku tak nak menyesal di kemudian hari.



Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

Sep 18, 2013

-tekanan-impak-hasil-

Salam,

Setiap pagi cuba amalkan zikir elak sihir, bala dan orang yang zalim. Cuba ingatkan diri supaya tak lupa doa mintak kat Allah supaya semua urusan dipermudahkan. Cuba jangan lupa diri dengan dunia sahaja. Terima kasih Allah kerana masih mendengar dan tak pernah lupa. Syukur. Allah turunkan petunjuk melalui apa saja makhluk yang Dia rasa Dia mahu. Allah berhak. Hari ini aku aku bersyukur Allah memilih seseorang untuk berkongsi petunjuk. Untuk aku bersedia. Petunjuk atau teguran yang aku rasa aku mudah nak terima. Yang tak mengguris yang buat aku berfikir macam-macam perkara. Terima kasih Allah. Terima kasih makhluk Allah.

Allah boleh bagi teguran bila-bila masa dan berbagai cara. Cara halus atau cara kasar. Cara yang menyenangkan atau cara yang boleh buat makhluk terluka. Sekali lagi bersyukur aku dipilih untuk cara yang halus. Sayangnya Allah kepada makhluknya. Alhamdulillah.

Teguran dari makhluk Allah tu suruh aku bersedia. Bersedia dengan apa sahaja. Peringatan supaya aku kekalkan batas dan sikap yang perlu ada. Menjadi professional dan tahu limit dalam apa jua keadaan. Jauhi conflict dan berbaik dengan semua orang. Perubahan kali ni aku rasa menyeluruh. Tapi hanya sebahagian yang akan terkena kesan. Kesan ke atas individu akan berbeza. Dan aku terpilih untuk kesan yang agak besar. Bukan senang kalau kita bukan pilihan. Harus tonjolkan sikap yang boleh “dibawa” kemana-mana.

Kita akan belajar dan kenal diri sendiri bila kita di uji. Bila diri dibawah tekanan. Semua sikap, tindakan, keputusan mencerminkan siapa kita. Adakah cerminan kita binatang buas? Orang kaya yang zalim? Cermin yang rapuh? Atau ais yang membeku? Paling utama, bagaimana kita memilih untuk memberi reaksi kepada ujian. Melatah? Tenang? Meraung? Meratapi? Menyalahkan?

Bila kita minta Allah supaya jadikan kita kuat Allah pasti makbulkan. Dengan cara, Allah turunkan pelbagai ujian. Sebab bila kita dapat atasi ujian, kita akan menjadi kuat. Jadi aku minta pada Allah aku mahu kuat dan urusan aku dipermudahkan. Aku mahu lepas ujian. Paling penting aku belajar sesuatu selepas mengharung ujian.


Kegagalan pada pertama kali adalah kesilapan, tapi gagal pada kali kedua adalah pilihan. 


Sep 12, 2013

Kecuaian dan kesian mereka itu..

Kecuaian:
1.      Main – main bawa maut – sumber HMetro
Parit Buntar: “Saya meluru ke belakang kereta dan sebak apabila melihat anak saya dalam keadaan melutut sambil memegang selipar manakala kepalanya terhimpit di dinding rumah.
2.      Dihempap Durian – sumber kawan office
Bayi satu bulan dihempap durian dan meninggal.
3.      Bayi enam bulan didera pengasuh – sumber FB kawan Degree
Critical dan lebam seluruh badan, darah beku di otak. Dipercayai didera oleh pengasuh di Klang. Masih dalam siasatan polis.

Aku ada anak berusia dua tahun. Suami dan aku masih belajar cara terbaik nak besarkan anak. Cuba elakkan kecuaian dan tak putus-putus berdoa agar kami terlindung dari segala bala. Sedihnya kalau apa yang buruk terjadi kepada anak sendiri. Anak yang dikandung Sembilan bulan, yang susah payah meneran masa melahirkan, yang dijahit dan berpantang. Yang tak tidur malam berjaga.
Setiap yang berlaku ada hikmahNya. Orang sekeliling yang tak terkena harus ambil iktibar. Orang yang alami moga kejadian yang berlaku buat orang tu jadi lagi tabah dan dekat dengan Allah. Allah lebih tahu yang terbaik untuk setiap makhluknya.


Sep 5, 2013

Harga Rumah NAik 10%

Salam,

Baca news kat MalaysianInsider  harga rumah akan naik 10%. Mengucap panjang bila baca. Terfikir hutang PTPTN, Kereta, Hutang lain. Ditambah perbelanjaan lain. Apakah? alasan sebab minyak naik 20sen dan industry lain pun turut nak naikkan harga.

Dan rasanya belum masa nak beli rumah takut bila tambah komitmen nak bayar rumah hidup terbeban. Sudahnya yang ada tergadai, yang di impi lenyap macam tu saja. Betul pesan seseorang, simpan dulu duit or melabur pada emas. InsyaAllah, akan datang emas naik boleh la beli apa yang dikehendaki. Sekurangnya bila masa depan harga barang lain naik, emas pun naik sekurangnya mampu nak memiliki.

Sebab tu aku simpan duit untuk beli emas. Tak rugi rasanya. Dan harap orang lain pun ada kesedaran.


TandaTangan..standing instruction..


Ni alkisah yang lepas untuk dijadikan pengajaran. Aku berurusan dengan Bank Muamalat tapi bukan HQ tapi cawangan Taman Melawati. Sebelum meneruskan cerita, entry kali ni bukan nak aibkan sesiapa cuma nak kongsi pengalaman supaya orang lain boleh amik langkah berjaga-jaga, menjimatkan masa, dan terhindar dari stress.

Pendek cerita aku ada urusan dengan BMMB which is aku nak buat standing instruction for financing. So urusan lain aku agak boleh setel, sign agreement, jumpa officer dan sekali isi SI (standing instruction) form. Oleh sebab siang bekerja jumpa dengan officer malam. Setelah beberapa ketika, staff BMMB cawangan Taman Melawati call yang form reject by bank sebab SIGNATORY tak sama dengan apa yang aku signed masa open account dulu. What the fish?

Tak da pulak officer tu advise. Masa tu bulan Ramadhan which is aku rasa memang tak best la jumpa memalam. Dengan orang keluar terawikh etc. Ok hal sign tu ye la kene la jugak sebab nak cepat. Selepas habisnya Ramdhan dan datangnya Syawal, masa tu la received call from the staff asked me to come again and signed since my form dah direject by HQ. Nak marah pun tak boleh so dalam keadaan blur datang jumpa. Masih lagi malam sebab siang kerja, dia explain yang form aku sign tak sama dengan apa aku sign masa aku open account which is in 2010.

Nganga sekejap sebab 2010 aku start kerja dengan company sekarang. Kelemahan is aku selalu buat silap bila pressure. Habis form bila aku salah signed. Hampir gaduh bila aku tertinggi kan suara kat staff tu. Husband marah. hahahhah. Bukan sengaja tapi tak kan officer tak leh bagi solution bila aku failed to sign. So aku yang ada experience handle customer + anak angkat BNM ni membangkang habis-habisan. Tak kan la tak de solution. Officer tu mati- mati suh tiru. Monyet.

Officer bagi dua tiga copy form suh aku praktiskan then submit bila berjaya tiru. Aku memang tak praktis even praktis make perfect. End up dapat call dari branch then went to HQ mintak update signatory and signed new form in front of officer untuk buktikan kesahihan sign aku. BTW, officer branch suh aku tiru mati2 suh sama sebab in case of auditor check so lepas la. Apa ingat aku tak pernah deal dengan auditor ke? aishhh.

After met up dengan HQ aku pun berjaya setelkan dan nasihat yang aku terima is..if nak buat apa yang berkaitan/yang touch saving account kene tiru ikut signed yang first masa open account dedulu. Hatta zaman dinosour ko signed ko kene ingat. ko mampu? tak mampu ko ikut la cara aku ni. ahhaha G tempat open account then update signatory.

Sep 4, 2013

Naik 20 Sen dan yang sedihnya

Salam,

Termenung bila seseorang postkan tentang harga minyak naik baru-baru ni. Naik 20sen dan macam tak kisah sebab ye lah 20 sen nak sedapkan hati kene jarang-jarang keluar or kene jimat bab lain. Tapi bila baca yang tersurat dan tersirat ni buat aku termenung panjang.

Yang Tersurat

Naik 20 sen sahaja seliter
20 sen x 50 liter = naik RM10 sahaja setangki
RM10 x 2 kali = naik RM20 sahaja seminggu
RM20 x 4 minggu = naik RM80 sahaja sebulan
RM80 x 12 bulan = naik RM960 sahaja setahun

Yang Tersirat

Minyak naik Harga barang lain pun akan naik 
Dan kadar jenayah akan naik jugak, sebab orang semakin terdesak nak cari duit. Cari duit ikut jalan mudah. Rompak, samun, culik malah bunuh pon sanggup rasanya.


Tapi rasanya, Walau naik satu ringgit pun masih orang beli. Sebab itu adalah keperluan.  

credit to kak suzie284

Aug 30, 2013

Sambutan Hari jadi, Tiup Lilin dan Hukumnya

As Salam,

Bulan September bulan yang dinanti oleh aku sebab ulang tahun kelahiran anak sulong aku. September juga bulan kelahiran anak-anak saudara dan adik bongsu. Dalam enam orang kalau tak salah. So bila dah ramai terkeluar la idea nak menyambut beramai-ramai. Part yang tu memang suka. Adik cadangkan buat majlis bacaan Yassin dan jamu jiran sekeliling. Dan mahu membeli kek sekadar menggembirakan anak-anak yang bawah umur.

Dan bila cakap pasal majlis hari lahir mesti dalam otak fikir acara tiup lilin dan hukumnya. Aku ada baca satu entry pasal berdakwah kat blog ustaz noramin yang bincang pasal ni. Sila baca dengan lapang dada. Entry pasal sambutan ulang tahun dan lilin. 

Bolehkah menyambut hari jadi dengan meniup lilin dan bernyanyi?

Sesetengah orang cakap tak boleh...kalau tak, boleh ke kita tukarkan lagu "Allah selamatkan kamu"?

Jawapannya:

Majlis menyambut hari kelahiran adalah baik kerana itu adalah caranya kita menginggati segala nikmat yang Allah berikan kepada kita dan ia merupakan salah satu cara kita bersyukur kerana Allah melahirkan kita di dunia ini dengan keadaan baik dan sihat.

Tapi kita kena ingat kalau majlis ini salah pengisiannya atau salah meraikannya dengan cara tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak seperti adanya tarian, menari, konsert, bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya. Meninggalkan solat dan sebagainya. Maka ini jelas menjadi haram.

Menjadi persoalan ramai umat Islam diluar sana bolehkah meraikan hari kelahiran dengan memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu “selamat hari jadi”?

Jawapannya, perkara ini datang bukan dari budaya Islam dan ia datang daripada budaya barat. Hadis Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud :

“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku”

Jelas di sini bahawa merayakan hari kelahiran dengan meniupkan lilin itu bukan dari Agama Islam, malah ia dipraktikkan oleh masyarakat Kristian setiap kali mereka menyambut hari kelahiran mereka.

Barang siapa yang menyambutnya dengan cara memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu hari lahir adalah haram sebab dia bukan dari budaya Islam. Cara Islam menyambut hari kelahiran adalah dengan melaksanakan kenduri kesyukuran, membaca doa dan menjemput semua kaum kerabat dan sahabat-sahabat yang berdekatan dengan tujuan untuk bersilaturahim antara satu sama lain.

Akhir kalam, masuklah kedalam Agama Islam dengan cara keseluruhannya bukan masuk yang mana sesuai kita ambil dan yang tidak sesuai dengan nafsu kita tinggalkan. Jadilah umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan meninggalkan perkara yang mungkar dan syubhah, kerana ini lebih menjaminkan keselamatan kita di dunia dan di akhirat. Rayakanlah hari kelahiran sepertimana yang ditetapkan oleh syarak Islam, mudah-mudahan majlis yang dijalankan itu diberkati dan dirahmati oleh Allah.

(so pandangan ustaz ini adalah: dibolehkan menyambut hari kelahiran dengan bersyarat. Lilin pula adalah haram)

Yang cuba aku highlightkan adalah salah satu comment dari pembaca blog dari entry Ustaz Noramin ialah yang kat bawah ni:

                 
Ust telah setuju mengenai hari jadi :
"Majlis menyambut hari kelahiran adalah baik kerana itu adalah caranya kita menginggati segala nikmat yang Allah berikan kepada kita dan ia merupakan salah satu cara kita bersyukur kerana Allah melahirkan kita di dunia ini dengan keadaan baik dan sihat".

Namun berbeza pula pendapat ustaz mengenai :
""Barang siapa yang menyambutnya dengan cara memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu hari lahir adalah haram sebab dia bukan dari budaya Islam".

Alasan yg diberi Ust adalah :
"haram sebab dia bukan dari budaya Islam". Berlandaskan kepada hadis berbentuk umum :
"“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku.”

Persoalan :
1. - Adakah benar hadis umum tersebut boleh menjadi 'ilat untuk mengharamkan perbuatan tersebut?.
2. - Adakah benar setiap perbuatan "bukan budaya Islam", haram dilakukan?.

Jelas sekali bahawa hadis itu bukan berbentuk umum, dimana setiap setiap perbuatan perbuatan yg menyerupai perbuatan orang bukan Islam adalah haram. Kerana perkataan "tasyabuh" dlm hadis tersebut tidak mengikat perbuatan yang dilarang. 

Terdapat dikalangan ulamak yang mentafsirkan "Tasyabuh" sebagai sesuatu yang berkaitan dengan aqidah dan keagamaan, bukan perbuatan yang berkait dengan adat dan budaya. Kerana banyak daripada budaya dan adat yang diamalkan sebelum kedatangan Islam terus diamalkan pada zaman Rasulullah SAW oleh para sahabat RA.

Ustaz menyatakan:
"perkara ini datang bukan dari budaya Islam dan ia datang daripada budaya barat".
Adakah sesuatu yang berasal dari budaya barat diharamkan dalam Islam?.

Apakah benar setiap budaya barat bertentangan dengan Islam dan mesti diharamkan?.

Pada tahun 60an, memakai tali leher dan topi diharamkan, 'ilat kepada pengharaman tersebut adalah "tasyabuh" dgn pakaian orang barat, dimana kebanyak org barat adalah kafir (kristian).

Namun pada hari ini, hukum tersebut tidak lagi relevan, dimana pakaian tersebut tiada kaitan dengan agama dan akidah seseorang. Bahkan pakaian tersebut dipakai kerana kesesuaian dengan budaya dan iklim masyarakat barat.

Perbuatan meniup lilin di atas kek semasa menyambut hari jadi tiada kaitan dengan upacara keagamaan dan aqidah agama Kristian. Perbuatan ini hanya budaya barat, yang mungkin asing daripada budaya melayu.

Mungkin kaedah sadu az-Zaraie' boleh diguna pakai untuk menentukan hukum perbuatan ini, namun tidaklah sampai mengharamkan sesuatu budaya yang tiada kaitan dengan akidah dan budaya. 

Disokong pula oleh pembaca lain dalam comment yang ini:

Salam,
artikel yg menarik perhatian, lg2 hari jadi sy dh hampir. Tp sy brsependapat dgn PakTehPas. Sbb bkn golongan yg nak menghalalkan benda yg dilarang tp alasan pengharaman sambut hari jadi dgn tiup lilin adalah kurang kuat.

Contohnya, melayu dan Islam adalah dua benda berbeza. Budaya melayu bukan budaya Islam tp banyak budaya Islam sama dgn budaya melayu. Walaupun ada adat melayu yg tiada asal usul dari Islam, tk bermakna adat itu dilarang.

Barat walaupun majoriti agama kristian, tp mereka masih ada penganut Islam. Maka selagi budaya yg dtg dari Barat tk bercanggah dgn akidah dan syarak, saya merasakan tiada salah kalo nk diamalkan dgn acuan Islam. Cuma pandangan, maafkan kalo silap fakta. ~Yugi~

Comment balas dari:

Salam Kepada Pak Teh Pas syukran atas teguran yang diberikan dengan penjelasan yang cukup baik, dan saya harap diskusi baik seperti ini dapat berlansung di dalam komen2 di blog saya, saya hargai paktehpas atas perkongsian ini.

saya juga adalah insan biasa, kadang2 artikel-artikel yang dibuat ikutkan nafsu, kadang2 ikutkan sedikit ilmu. jadi kesimpulannya saya insan yang lemah dan selalu lakukan dosa.. dan saya perlukan teguran dan peringatan dari anda semua.

Maksud budaya barat itu saya jelaskan terlalu umum, itu kesilapan saya.. tapi pada maksud yang saya nak sampaikan di sini, adalah budaya kristian dan nyayian... dari menyanyi lebih baik berdoa atau buat apa2 yang lebih baik lagi.

Di dalam artikel saya di atas juga menjelaskan budaya tiup lilin ini datang dari upacara agama kirstian dan lilin itukan salah satu alat ibadah mereka.

Pandangan Ustaz Azhar Idrus dalam ceramah nya di You tube: video UAI 


(ustaz kata sambut adalah Harus, dan tak menggalakkan letak lilin sebab takut tergolong dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W “Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku”)

Comment seterusnya – ini comment dari pembaca nama yg bernama Hairil tapi dia comment tentang hukum lain tapi PakTehPas ulas yang berkaitan tentang kelayakan seseorang memberikan pendapat tentang hukum.

hairil kata :
"sama jugak pengharaman rokok n poco2.. mufli2 tidak sependapat tentang larangannya.."

Dalam perundangan Islam, perbezaan hukum yang dikeluarkan oleh para ulamak bukan merupakan hujah untuk membebaskan kita dari mana-mana hukum. Sesuatu hukum syarak akan dianggap tepat dan benar bila hukum tersebut menepati kehendak al-Qur'an dan as-Sunnah.

Para fuqaha telah menggunakan pelbagai kaedah supaya setiap hukum yang dikeluarkan selari dengan kehendak al-Qur'an, as-Sunnah dan maqasid as-Syarieyah. Antara kaedah-kaedah yang diguna pakai adalah kaedah al-Istishab, al-Istihsan, al-Maslahah al-Mussalah, al-Adat dan Fatwa as-Sahabah. 

Pengkaji sejarah perundangan Islam telah mengemukakan beberapa sebah berlakunya perbezaan hukum di kalangan fuqaha'. Antara sebabnya adalah :

1- Perbezaan ilmu yang dimiliki oleh seseorang ulamak.
Dimana inilah punca utama timbulnya perbezaan hukum di kalangan alim ulamak negara kita. Secara fitrah ilmu yang dimiliki oleh seseorang ulamak tidak sama taraf dengan seseorang yang lain. 

Misalnya, seseorang mempunyai ilmu dan kepakaran dalam bidang tasauf, kebolehan yang dimiliki berbeza dari seorang yang memiliki kepakaran dalam ilmu hadis. Latar belakang kepakaran ini menjadi tunjang kepada ketepatan hukum yang dikeluarkan oleh seseorang ulamak.

Bolehkah seorang yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang fiqh mengeluarkan hukum fiqh yang menepati kehendak syarak dan maqasid as-Syarieyah?. 

Bagi masyarakat melayu, asas penting ini tidak diberikan pertimbangan yang khusus. Kesan dari pengabaian ini, pelbagai hukum telah dikeluarkan tanpa hujah dan rujukan yang tepat. Sikap masyarakat yang beranggapan "semua ustaz pandai dalam bidang hukum" telah mendatangkan kecelaruan kepada masyarakat.

Keadaan ini makin parah, bila ahli agama yang memiliki nama, namun tidak memiliki ilmu, secara mudah mengeluarkan hukum berdasarkan kelemahan ilmunya.
Contoh yang paling mudah adalah, adakah mereka yang diberi kuasa untuk mengeluarkan fatwa atau dipanggil mufti memiliki kepakaran dan pengkhususan dalam mengeluarkan hukum fiqh?. Apabila kepakaran ini tidak dimiliki oleh seseorang mufti, dengan mudah masyarakat akan mempertikaikan sesuatu fatwa yang dikeluarkan. 

Contoh lain yg boleh dijadikan rujukan, apabila seorang ustaz yg dimasyhurkan sebagai seorang ulamak pembaharuan. Beliau secara mudah membidaahkan setiap amalan yang dipraktik oleh orang melayu dengan alasan menyalahi sunnah. 

Bila kita selidiki latar belakang ustaz ini, kepakarannya dalam ilmu hadis. Maka hukum yang dikeluarkan terlalu mudah, sama ada bidaah atau sunnah. Dimana setiap amalan yg tidak diamalkan Rasulullah SAW adalah bidaah yang menyesatkan, dan setiap yang sesat adalah haram diamalkan.

Seorang yang mempelajari perundangan Islam akan menghukumkan sesuatu berasaskan lima hukum yang ditetapkan. Untuk memudahkan umat Islam mengamalkan ajaran agama dan menjalani kehidupan mereka hanya satu sahaja yang ditegah daripada melakukannya, iaitu sesuatu yg dihukumkan haram.
Ini bermakna sesuatu yang wajib, sunat, harus dan makruh tidak diharamkan.
Dan ini cadangan dari pembaca lain:
Salam ustaz sepatutnya ceritakn sekali dlm post ni budaya barat yg ditiru masa sambutan hari jadi, bukan mslah tiup lilin kek je tapi perbuatan sebelum tiup lilin tu yg ptut ditekankan dan diperingatkan iaitu memohon hajat. blh rosakkan akidah tu..

Entry terpanjang setakat ni..tapi aku benar-benar rasa berbaloi bila update tentang ni. Ceteknya ilmu yang sedikit ini. Pandang semula diri. Muhasabah. Allah, diri ini masih banyak lagi untuk diperbaiki.

Aku masih lagi belajar memahami. Jauhi yang was-was. Yang tak mendatangkan pahala jauhkan lah.