Nuffnang BH

Dec 26, 2012

tulang rapuh

As Salam,

Rabu. Keadaan kembali tenang dengan penat lelah setelah mengharungi cuti dari KL ke Melaka dan seterusnya ke Pahang. Kalau kat Melaka cuaca agak panas tapi di Pahang 24 hours hujan turun. Takut jugak banjir. Alhamdulillah selamat kembali ke KL. 

Minggu2 yang agak kelam kabut bila mak sakit teruk. Akhirnya perkara yang ditakutkan jadi jugak. Mak sakit teruk. Bukan setakat Gout, tapi tulang rapuh. Mak menangis hampir seminggu dek sakit tulang. Sakit bahagian pinggul, lutut, dan tapak kaki. Jalan pun kene guna tongkat dan kerusi roda. Masa minggu pertama sakit langsung tak boleh sentuh badan mak. Seterusnya mak sakit tapi menahan jugak. Tak mahu ke klinik. Dan abang yang balik bagi injection dan bernasib baik abang ipar kongsi makan ubat gout dia. Lepas makan tu dah boleh tahan sakit tapi tak sepenuhnya.

Akhirnya berpakat bawak mak ke Seremban untuk follow up and jumpa pakar disana. Jumpa pakar tulang dan dia bagi ubat dan nasihatkan datang slepas 3 Bulan. Pakar cakap mak tulang rapuh. Kene bagi ubat, then tambah suntikan setiap 3 bulan jika teruk jugak kene operate. Operate amatlah tidak digalakkan. 

Tadi search pasal ni dan kalau nak tahu lebih lanjut boleh click info patut tahu pasal tulang rapuh dan selanjutnya malay version and english version. ni semua berguna. And ada jugak yang lain2. Tapi aku xdapat nak listkan. In general, pesakit tulang rapuh perlukan Vit D untuk bantu serap kalsium. Kalsium penting untuk elak tulang rapuh. Ada cadangan ubat2 hospital tapi akan ada effect penyakit lain. So better prevent secara semulajadi which is pemakanan tadi. 

Moral of the story, aku dan suami semacam insaf. kami kurang suka susu, so after dis kene selalu bersenam dan amalkn pemakan sihat. Jika di izinkan Allah panjang umur. InsyaAllah. 


No comments: