Nuffnang BH

Dec 10, 2012

kesilapan aku


Tahu kenapa aku selalu lupa tarikh, tempat dan dengan siapa untuk sesuatu peristiwa. Sebab aku terlalu takut nak mengingati kenangan. Sebab aku takut kecewa dan aku benci kalah. Kalah dengan perasaan. Bermula saat aku mahu lupakan kesakitan dan kesengsaraan maka bermula detik aku mudah lupa tarikh-tarikh dan saat penting dalam kehidupan aku. Silap disitu aku lupakan semua hal. Pada awalnya aku nak lupakan saat yang pedih-pedih je. 

Dan aku akui memang berkesan aku lupakan semua, aku mampu teruskan kehidupan. Tapi keburukkannya aku jadi pelupa sebab aku abaikan. Bagi perkara yang menyakitkan aku memang tak tinggalkan jejak, tapi kalau untuk benda penting dan  mudahkan aku ingat aku akan simpan segala benda berkaitan, gambar, tiket, dan detail lain.

Category pahit nak ingat:
1.      Email cinta – aku pernah log in email suami aku dan check semua email dia dengan his ex dan aku copy paste simpan dlm pdf format dan aku baca bila aku bosan. Agak bodoh sebab setiap kali aku baca aku buat perbandingan.
2.      Sepak bola – masa degree family day ISBA 2007 kot, aku tersepak bola, then terkena kepala budak berumur lingkugan 2 tahun. Bola laju and kuat. Aku xtaw nasib budak tu skang. Anak lecturer aku. Takut nak Tanya keadaan dia. Sampai sekarang benda ni berlegar dalam otak. Rasa bersalah.

3.     Ex-boyfriends – buang segala hadiah dan jauhkan diri dari makan coklat yang pernah dia beli untuk aku setiap kali dating. Tak pergi ke Kedah tempat kenangan.
Itu je mampu aku share buat masa sekarang. Banyak lagi, tapi as I claimed seperti di atas aku mudah lupa. Yang ni pun puas aku perah nak ingat.