Nuffnang BH

Dec 12, 2012

Bila kita tersedar sebab sakit

As Salam,

Rasa insaf sangat bila diri setiap saat dengar berita tentang kesusahan orang. Kurang itu dan ini. Sakit situ dan sini. Mak aku pun tengah sakit. Tapi Alhamdulillah, semakin baik. InsyaAllah. tadi dengar berita tentang sakit jugak. Kawan sakit. Sakit sebab gangguan. Allahuakbar. Rasa bersyukurnya, rasa jauhnya aku dari Allah, rasa ruginya, rasa lalainya aku dengan nikmat Allah kurniakan.

Aku biasanya banyak merungut, rasa tidak adil. rasa kejamnya dunia, bila apa yang aku mahu tak dapat. tak dapat sebab kewangan atau suami tak ikutkan kemahuan. aku memberontak. Tapi aku tak pernah terfikir apa yang aku ada.

Pagi tadi aku bermasam muka. Dengan suami. Aku penat dia selalu balik lambat. Alasan biasa bos dia suruh stay kerja dan belajar lebih masa. Aku selalu tarik muka. Aku marah. Sebab aku rasa tak adil. Aku rasa dia tak paham aku. Selalu itu jadi punca kami gaduh. Bodoh betul. Sekurangnya dia balik lambat dan dia masih ada dan nak balik ke rumah, berbanding suami orang yang tak balik langsung sebab dia dah dipanggil menghadap Ilahi atau mencari keseronakkan dunia kat tempat lain. itupun aku masih tak bersyukur. Lemahnya aku.

Aku masih beruntung. Aku masih mampu berjalan. Mampu menelan.

No comments: