Nuffnang BH

Dec 28, 2012

Allah tidak Pekak

Alhamdulillah bertemu sekali lagi di Hari Jumaat. Syukur masih dipanjangkn umur untuk bernafas di muka bumi. Ya Allah takutnya mati. Bila mati bermula la perjalanan bertemu Pencipta. Cukupkah amalan di dunia ni. Takutnya nak bertemu Malaikat. Nak menjawab semua soalan. Allahuakbar beri aku kekuatan dalam beribadah. Tetapkan hati ku untuk menjaga solat. Jadikan aku umat yang sentiasa bersyukur. Jauhkan aku dari bisikan syaitan. 

Dua tiga kejadian yang berlaku dalam kehidupan betul2 beri aku pengajaran. Allah itu Maha Mendengar. Allah itu Maha Adil. Allah itu Maha Hebat. Allah Maha Besar. 

Mesti tanam dalam hati setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah aturkan yang terbaik. Pernah satu masa aku terduduk dek ujian yang aku rasa sangat berat. Tak tertanggung rasanya diri. Pernah manusia manusia-manusia lemah sama seperti aku melayan aku seperti sampah dan maruah di pijak2. Dan luka masih terkesan tinggalkan parut yang sukar nak hilang. Aku yang lemah selalu syak wasangka dengan caturan Allah, rasa dizalimi, banyak persoalan timbul dan kenapa perlu aku yang alami.

Dan bila tiba masanya terjawab soalan dulu, soalan aku semasa sengsara. Allah bagi jawapan untuk semua. Allah bayar cash di dunia. Allah tidak pekak. Dia mendengar rintihan hambaNya.