Nuffnang BH

Dec 31, 2012

Dan harinya 31 December 2012

Isnin. Dan harinya tiba jugak. 31 December 2012. Hari terakhir jika ikut kalendar bukan Islam ni. Penutup tahun 2012. Banyak benda berlaku. Tahun yang mencabar. Kalau minta di tulis kat sini apa yang berlaku memang aku serah diri. Kelemahan aku nak ingat benda-benda yang berlaku. 

Semoga 2013 aku masih ditakdirkan untuk hidup. Doa aku supaya aku jadi anak solehah dan isteri mithali. Mama yang berjaya menyempurnakan tanggungjawab terhadap anaknya. Semoga aku mendapat peluang menjaga ibuku. 

Kisah 2012 yang pahit aku tinggal2 kan. Harap pengajaran yang lalu betul2 aku serap masuk kepala ni. 2013 menjengah dengan harapan untuk berubah. Harapan untuk mengubah hidup aku. Moga dipermudahkan. amin. 

Dec 28, 2012

Allah tidak Pekak

Alhamdulillah bertemu sekali lagi di Hari Jumaat. Syukur masih dipanjangkn umur untuk bernafas di muka bumi. Ya Allah takutnya mati. Bila mati bermula la perjalanan bertemu Pencipta. Cukupkah amalan di dunia ni. Takutnya nak bertemu Malaikat. Nak menjawab semua soalan. Allahuakbar beri aku kekuatan dalam beribadah. Tetapkan hati ku untuk menjaga solat. Jadikan aku umat yang sentiasa bersyukur. Jauhkan aku dari bisikan syaitan. 

Dua tiga kejadian yang berlaku dalam kehidupan betul2 beri aku pengajaran. Allah itu Maha Mendengar. Allah itu Maha Adil. Allah itu Maha Hebat. Allah Maha Besar. 

Mesti tanam dalam hati setiap yang berlaku ada hikmahnya. Allah aturkan yang terbaik. Pernah satu masa aku terduduk dek ujian yang aku rasa sangat berat. Tak tertanggung rasanya diri. Pernah manusia manusia-manusia lemah sama seperti aku melayan aku seperti sampah dan maruah di pijak2. Dan luka masih terkesan tinggalkan parut yang sukar nak hilang. Aku yang lemah selalu syak wasangka dengan caturan Allah, rasa dizalimi, banyak persoalan timbul dan kenapa perlu aku yang alami.

Dan bila tiba masanya terjawab soalan dulu, soalan aku semasa sengsara. Allah bagi jawapan untuk semua. Allah bayar cash di dunia. Allah tidak pekak. Dia mendengar rintihan hambaNya. 


Dec 26, 2012

tulang rapuh

As Salam,

Rabu. Keadaan kembali tenang dengan penat lelah setelah mengharungi cuti dari KL ke Melaka dan seterusnya ke Pahang. Kalau kat Melaka cuaca agak panas tapi di Pahang 24 hours hujan turun. Takut jugak banjir. Alhamdulillah selamat kembali ke KL. 

Minggu2 yang agak kelam kabut bila mak sakit teruk. Akhirnya perkara yang ditakutkan jadi jugak. Mak sakit teruk. Bukan setakat Gout, tapi tulang rapuh. Mak menangis hampir seminggu dek sakit tulang. Sakit bahagian pinggul, lutut, dan tapak kaki. Jalan pun kene guna tongkat dan kerusi roda. Masa minggu pertama sakit langsung tak boleh sentuh badan mak. Seterusnya mak sakit tapi menahan jugak. Tak mahu ke klinik. Dan abang yang balik bagi injection dan bernasib baik abang ipar kongsi makan ubat gout dia. Lepas makan tu dah boleh tahan sakit tapi tak sepenuhnya.

Akhirnya berpakat bawak mak ke Seremban untuk follow up and jumpa pakar disana. Jumpa pakar tulang dan dia bagi ubat dan nasihatkan datang slepas 3 Bulan. Pakar cakap mak tulang rapuh. Kene bagi ubat, then tambah suntikan setiap 3 bulan jika teruk jugak kene operate. Operate amatlah tidak digalakkan. 

Tadi search pasal ni dan kalau nak tahu lebih lanjut boleh click info patut tahu pasal tulang rapuh dan selanjutnya malay version and english version. ni semua berguna. And ada jugak yang lain2. Tapi aku xdapat nak listkan. In general, pesakit tulang rapuh perlukan Vit D untuk bantu serap kalsium. Kalsium penting untuk elak tulang rapuh. Ada cadangan ubat2 hospital tapi akan ada effect penyakit lain. So better prevent secara semulajadi which is pemakanan tadi. 

Moral of the story, aku dan suami semacam insaf. kami kurang suka susu, so after dis kene selalu bersenam dan amalkn pemakan sihat. Jika di izinkan Allah panjang umur. InsyaAllah. 


Dec 18, 2012

yeass saya menang Syed Mokhtar Albukhary-A Biography

As Salam,
ehem2 entry kali ni sangat teruja sebab apa? sebab macam kat bawah ni la: 



Dear Rodiah,
Congratulations! You have won yourself a copy of the book ‘Syed Mokhtar Albukhary-A Biography’.

amboi tak nyabor nak taip entry menang buku kan. yela masa nampak buku ni kat MPH aritu laki aku da usya nak beli. tapi ku tahan nafsu nak beli (padahal kedekut kan?). dah dapat agak company mesti ada nak kasik buku ni since ada bau2 bacang dengan Tan Sri. ok la tu. 

orang lain menang kete, ipad bagai tak tulis entry pon. kah3 aku excited. tapi aku tak peduli. kau ado? lallallala senyum sampai telinga. 

Dec 14, 2012

Jumaat

As Salam, 

yep2 yippi today is Friday. Alhamdulillah masih bernafas. malam tadi sakit kepala yang amat. lepas tidur ok semua. kesian anak aku main sorang2. sibuk ajak mama kick ball malam2 buta. mama main dengan ikhwan hari cuti ok. 

mak kat kampung masih tak sihat. mujur ada kakak2, and adik2 yang tengokkan. berdoa mak cepat sembuh. abah, rindu abah. kalau abah ada mesti abah marah mak tak pergi klinik. tapi abah takde. sobs. 

Hari ni niat nak lagi baik dari semalam. nak lagi ceria dan bebas masalah. nak cuba bahagiakan diri. apesal? diri tak bahagia eh? hahahah bukan la tak bahagia. cuma ada sedikit terselit kesulitan. Alhamdulillah moga diri dan otak dapat bekerjasama. 

owh tengah dengar radio, pasal bola harimau Malaya. kalah dengan Thailand. arini sampai Malaysia pukul 4, beria DJ suh g sambut. tanda sokongan. dan mujur jugak aku tak tengok game semalam. yes. sebab kalah tak mo tengok. hahahhaha. kalo tak aku emo. lalalalala. 

Dec 12, 2012

Bila kita tersedar sebab sakit

As Salam,

Rasa insaf sangat bila diri setiap saat dengar berita tentang kesusahan orang. Kurang itu dan ini. Sakit situ dan sini. Mak aku pun tengah sakit. Tapi Alhamdulillah, semakin baik. InsyaAllah. tadi dengar berita tentang sakit jugak. Kawan sakit. Sakit sebab gangguan. Allahuakbar. Rasa bersyukurnya, rasa jauhnya aku dari Allah, rasa ruginya, rasa lalainya aku dengan nikmat Allah kurniakan.

Aku biasanya banyak merungut, rasa tidak adil. rasa kejamnya dunia, bila apa yang aku mahu tak dapat. tak dapat sebab kewangan atau suami tak ikutkan kemahuan. aku memberontak. Tapi aku tak pernah terfikir apa yang aku ada.

Pagi tadi aku bermasam muka. Dengan suami. Aku penat dia selalu balik lambat. Alasan biasa bos dia suruh stay kerja dan belajar lebih masa. Aku selalu tarik muka. Aku marah. Sebab aku rasa tak adil. Aku rasa dia tak paham aku. Selalu itu jadi punca kami gaduh. Bodoh betul. Sekurangnya dia balik lambat dan dia masih ada dan nak balik ke rumah, berbanding suami orang yang tak balik langsung sebab dia dah dipanggil menghadap Ilahi atau mencari keseronakkan dunia kat tempat lain. itupun aku masih tak bersyukur. Lemahnya aku.

Aku masih beruntung. Aku masih mampu berjalan. Mampu menelan.

Dec 10, 2012

kesilapan aku


Tahu kenapa aku selalu lupa tarikh, tempat dan dengan siapa untuk sesuatu peristiwa. Sebab aku terlalu takut nak mengingati kenangan. Sebab aku takut kecewa dan aku benci kalah. Kalah dengan perasaan. Bermula saat aku mahu lupakan kesakitan dan kesengsaraan maka bermula detik aku mudah lupa tarikh-tarikh dan saat penting dalam kehidupan aku. Silap disitu aku lupakan semua hal. Pada awalnya aku nak lupakan saat yang pedih-pedih je. 

Dan aku akui memang berkesan aku lupakan semua, aku mampu teruskan kehidupan. Tapi keburukkannya aku jadi pelupa sebab aku abaikan. Bagi perkara yang menyakitkan aku memang tak tinggalkan jejak, tapi kalau untuk benda penting dan  mudahkan aku ingat aku akan simpan segala benda berkaitan, gambar, tiket, dan detail lain.

Category pahit nak ingat:
1.      Email cinta – aku pernah log in email suami aku dan check semua email dia dengan his ex dan aku copy paste simpan dlm pdf format dan aku baca bila aku bosan. Agak bodoh sebab setiap kali aku baca aku buat perbandingan.
2.      Sepak bola – masa degree family day ISBA 2007 kot, aku tersepak bola, then terkena kepala budak berumur lingkugan 2 tahun. Bola laju and kuat. Aku xtaw nasib budak tu skang. Anak lecturer aku. Takut nak Tanya keadaan dia. Sampai sekarang benda ni berlegar dalam otak. Rasa bersalah.

3.     Ex-boyfriends – buang segala hadiah dan jauhkan diri dari makan coklat yang pernah dia beli untuk aku setiap kali dating. Tak pergi ke Kedah tempat kenangan.
Itu je mampu aku share buat masa sekarang. Banyak lagi, tapi as I claimed seperti di atas aku mudah lupa. Yang ni pun puas aku perah nak ingat.

Berkata Imam Al-Ghazali:



Berkata Imam Al-Ghazali:
"Jika engkau ingin mengikut jejak para Imam kuatkanlah dirimu untuk terima segala musibah, bertenang dalam menanggung kepahitan, sifat sabar terbentang dalam dadamu, lisanmu perlu dikunci,matamu dikawal, rahsiamu disembunyikan,hanya dilihat oleh Tuhan sahaja, namamu jgn terkenal,mulutmu tersenyum, perutmu lapar,hatimu luka,hindari dari terkenal, pangkatmu dipendam,setiap hari menahan perasaan pahit dari zaman dan teman,sedang hatimu menurut, siangmu sibuk berbakti kepada orang ramai, malammu rindu pada Tuhan,sepi dari pandangan, Jadikanlah ia jalan dan persiapan untuk hari Kiamat yang padanya sulit sekali mencari jalan..."