Nuffnang BH

Oct 4, 2012

Tip menaiki teksi ikhlas dari saya untuk anda



Masa naik teksi pagi tadi teringat kisah yang suami share dalam email. Dah lama dah. Kisah perempuan hilang masa dalam perjalanan ke tempat kerja. Mungkin dia seperti saya. Menaiki tren dan kemudian naik bus atau teksi sampai ke office. Dalam cerita tu jugak yang perempuan tu ada mesej rakan sekerja bagitahu dalam beberapa minit akan sampai ke tempat kerja. So mesti dia naik kenderaan seperti teksi sebab tu boleh estimate time untuk sampai ke office. Menakutkan yang kadang2 saya juga seperti itu. Tak sempat naik bus mesti naik teksi. Dan tambang bukan murah. Menjangkau rm6 jugak even short distance.

Kemungkinan kenapa perempuan ni diculik ialah, may be dia macam saya. Saya mahu jimatkan kos. Jadi biasanya saya berjalan sikit sampai ke bus stop berhampiran dan menahan teksi yang lalu lalang. So kat situ dah jimat sikit la. Tapi sedarkah perbuatan itu bahaya? Sebab teksi yang lalu lalang ni bukan teksi sekitar tempat tu. Mungkin teksi dari daerah lain. Yang Cuma lalu untuk hantar penumpang di kawasan tu. Risiko orang tu adalah jahat adalah tinggi. So lebih secure untuk naik teksi kat tempat menunggu teksi. Contoh macam kat stesen lrt biasanya banyak teksi. Normally regular or registered teksi je leh amik and tunggu penumpang kat situ. So chance untuk berbuat jahat tu kurang.

Baru terfikir tentang ni dalam teksi tadi. So after this kene berhati. Owh ye. Selain berhati-hati pilih teksi kena la amalkan baca zikir elak sihir setiap pagi, petang and malam. insyaAllah dilindungi.

No comments: