Nuffnang BH

Oct 4, 2012

patutnya entry selasa lalu yang monyok



As salam, arini ada hari monyok sedunia. Hari aku paling tak suka setelah isnin. Kenapa tak suka? Kenapa? Kerana malam tadi aku mimpi tak best. Ok part mimpi jap g aku bagitaw. Skang reason kedua ari ni ari monyok aku adalah aku jatuh katil pagi tadi. Siot. Choi betul.  Jatuh katil tu takda la sakit sangat, tapi part paling sakit is when my laki gelakkan aku. dia boleh wat main-main pas aku jatuh. Eii astagfirullah sakitnya hati aku. rasa nak lempang je muka dia 3 kali. Da jatuh of cos la sakit sket je pon, sbb katil tak tinggi mana pon. Tapi laki aku jaga hati aku dia tolong gosok2 jela pinggang aku. cis betul, tapi sakit hati aku tak berhenti sampai situ je. Berlarutan dari pagi sampai la skang. Pagi tadi aku marah punya pasal aku anta anak sendiri ke rumah pengasuh. Laki aku cepat2 follow belakang bontot. Aku tarik muka kelat. Pastu memang tak bercakap la kan. Rasa pandang muka dia macam nak tampor2. Eii benci la.

Eh rodiah kemain ko meluat kat laki sendiri kan. Hahhahaha. Tapi tak pedulik nak marah jugak. Ni semua salah diri sendirila kan nape nak marah laki kemain gitu. Semuanya sebab pantang larang dalam hidupku. Aku paling pantang orang main2kan and tak respect aku. so sape2 gelakkan aku tetibe memang mintak penampar la. Ceh garang nak mampos anak pendekar ni. Eh tak cite lak kan cmne leh terjatuh katil kan. Sbenarnya da bangun tapi cam malas and sejuk so aku tidur semula tapi tukar port kat blakang laki aku yg kebetulan posisi dia betul2 hujung katil. Sekali aku gerak then tak sempat nak selamatkan diri sendiri then jatuh macam nangka busuk. Ok cite marah laki sendiri da tamat. Aku rasa tak sedap perut ni, ni mungkin balasan tuhan la kan. Sebab derhaka tak bertempat. Laki bagi mesej kata rindu anak n tanya anak aku reply ok je. Zalim tak? Wahahahha penuaan berlaku dengan cepat bila aku cepat naik marah and susah nak maafkan orang. Eh tipu sehari je aku tak maafkan pastu aku maafkan. Siap lupa lagi detail kenapa leh marah orang.

Ok sebab utama aku monyok arini sebab mimpi tah apa2 aku la malam tadi. Aku mimpi hampir ke waktu subuh. Sebab on kipas kemain sejuk tu aku termimpi laut/air/banjir. Woo tapi aku tak sampai la tahap terkencing kat atas katil. Aku mimpi air je. Mimpi nak start banjir. Pastu aku leh nampak bebudak macam nak selamatkan diri. Aku tak kenal pon sape diaorang. Yang nak selamatkan diri tu buat macam2 tapi tak clear sgt. Ada yang siap2 terjun kat papan peluncur macam kat waterpark. Pergh. Pastu aku tersedar. Pe maksud entah. Ahh tak mo cari walaupun dalam google mesti dapat jumpa. Huh.